Wednesday, June 22, 2011

Buli

Dah lama tak update, tiba-tiba hari nih tajuk entri yang kontroversi pula. 

Pagi tadi Haziq macam malas ke sekolah. Disebabkan hujan, kesian pula tengok Haziq dan Hazim ke sekolah jalan kaki. Jadi hari nih hantar Haziq dan Hazim naik kereta. Waktu sampai kat sekolah, tanya Haziq kenapa hari nih lain macam. Barulah dia buka cerita yang semalam waktu rehat ada kawan dia tarik seluar dia. Hah!!masuk nih dah kali kedua, kawan yang sama buat benda macam nih. Kali pertama dulu, saya telefon cikgu komplen pasal budak nih. Memang budak nih suka buli budak-budak lain. Rasanya dia nih kurang perhatian kat rumah. Kenal mak dia dan tahu perangai mak dia nih selalu buat tak heran dengan anak dia. Pembuli nih selalunya suka tarik perhatian orang sebab dia tahu bila dia buat benda-benda yang bagi dia boleh buat orang ketawa, dia rasa orang suka pada dia sebab dia hebat. Sekolah Jepun memang banyak kes buli. Ada yang sampai bunuh diri sebab takde siapa pun berpihak pada mangsa buli. Dia takde tempat mengadu. Kasihan tengok sistem kekeluargaan Jepun yang semakin rapuh. Malaysia masih bagus sebab kita ada agama.

Haziq pula jenis yang kena tanya apa cerita kat sekolah hari nih, barulah dia cerita banyak. Kena banyak sokong dia. Nak tahu cerita tuh betul atau tidak, saya akan telefon sekolah tanya cikgu kelas. Nasib baik sistem sekolah Jepun, satu guru kelas untuk satu kelas, ajar semua subjek. Jadi cikgu kelas dah kenal perangai seorang-seorang anak murid dia. Haziq cerita yang cikgu kelas dia beritahu kat budak-budak yang suka buli nih (waktu kali pertama) yang bila Haziq balik Malaysia nanti, Haziq akan beritahu pada orang Malaysia yang orang Jepun nih suka buli orang. Haha...semestinya!!..Cikgu nih sampai susah hati sebab dia kata dia nak Haziq balik Malaysia tahun depan dengan bawa cerita yang bagus sahaja pasal sekolah Jepun.

Akhirnya saya suruh Haziq jangan dekat atau buat kawan dengan budak yang suka buli nih. Bila kawan dengan budak yang perangainya tak bagus, kita akan jadi samada mangsa buli ataupun perangai serupa, 2X5 dengan budak tuh. Tinggal lagi 9 bulan untuk bersabar dengan perangai budak-budak Jepun nih. Kasihan pada Haziq dan Hazim sebab kena berkorban perasaan demi Umminya yang nak habiskan PhD kat Jepun nih. Pernah tanya jiran pasal kes buli nih. Dia pun ikut geram dan terperanjat yang ada budak buli Haziq. Dia kata kalau jadi lagi kes macam nih kena beritahu guru besar.

Jadi kalau ada kali ketiga, saya akan cakap sendiri dengan guru besar. Nak tengok pihak sekolah cakap atau tidak dengan mak budak nih. Kalau tak cakap juga, saya akan fail komplen rasmi pada Presiden PIBG pula. Lepas itu kalau takde action dari pihak PIBG pula, saya hantar komplen ke Biro Pendidikan di Pejabat Daerah Kitakyushu pula. Huhu!. Mahunya kecoh satu Moji nih!.

5 comments:

  1. Hanny,
    Kalau dah selalu budak tu buat "kacau", adu jer kat pihak atasan. Budak2 camtu perlu diberi perhatian!!!

    Lagi 9 bulan?? Macam orang mengandung pulak.

    ReplyDelete
  2. salam Hannny..

    kes yg sama ngan anak dara saya.awal tahun lalu dia citer ada kawan (pompuan) tarik seluar dia masa tu ada hari pendidikan jasmani.budak tu nyorok belakang pintu dan kebetulan dia lalu budak tu tarik seluar dia..hangin saya dengar.katanya 'umie jgn marah.dia dah minta maaf ngan kakak.dia bukan nak buat kat kakak.tp nak buat kat budak lelaki yg lain'.

    tp saya tetap membebel sbb bagi saya perbuatan budak tu salah..bygkan,budak pompuan nak bergurau macam tu ngan budak lelaki

    ReplyDelete
  3. Kak Ida12:52 PM

    hanny, kat msia pun belum tentu mereka x kena buli. Sekolah malaysia apa kurangnya. dengan struktur keluarga mak ayah sibuk bekerja sekarang, berapa ramai anak2 yg terbiar dan berperangai semacam. Pokok kata isu ni bukan di nihon saja. dan pada akak yg dah lalui keduanya, Nihon still better. At least cikgu tu ambik tau. Cuba cikgu d malaysia. anak kita lambat faham sikit dia dah cop "bodoh".

    ReplyDelete
  4. alahai kesian haziq...
    setuju dgn pendapat kak ida,kat mana2 pun sama je kak,even kat europe pun masalah buli masih hebat.kat msia pun tak kurang,klau tak,takde laa kes students mati kena buli kan?adik fith darjah 5 baru pindah masuk sekolah swasta agama,kena buli dgn hebatnya.benda camni parents kena main peranan,takleh anggap ianya kecil sbb emosi anak2 tgh membesar ni rapuh without support,kak hanny lg pakar kan bab tu.kak hanny kena buat sesuatu,ni baru kat nihong yg cikgu bg perhatian jugak,kat msia hmmm cikgu pun tak berani sgt...
    moga haziq hazim tabah,lg 9bulan,huhu,sedih!

    ReplyDelete
  5. terima kasih semua sebab sudi baca entri emotional nih. Sou ne. Kat mana2 pun ada kes buli nih cuma bergantung dengan cara pihak sekolah atasi masalah nih. Peranan ibu bapa tuh penting juga tapi takut di cop ibu bapa yang terlalu manjakan anak jer..

    haha.. 9 bulan macam mengandung ker?..hehe..belum lagi tuh tapi harap2 dapat hasil yang positif lagi 9 bulan nih (dapat grad)....doakan ya semua...

    ReplyDelete