Thursday, June 02, 2011

Musim

Cahaya matahari di celah-celah bunga sakura.
Gambar diambil bulan 4 hari tuh.
Suka dengan cara cahaya matahari
yang tersebar di sekeliling bunga sakura dan
ranting pokok yang bewarna kegelapan.

Musim hari sukan dah bermula. Hari sukan sekolah Haziq dan Hazim hari Ahad, 5 Jun nih. Kalau sekolah di Jepun, semua kanak-kanak akan terlibat dalam semua acara. Murid sekolah pun tak ramai. Satu kelas purata murid dalam 24 orang darab dari darjah 1 sampai 6, jadi kesluruhan murid sekolah Haziq dan Hazim lebih kurang 144 orang. Tahun ini tahun terakhir Haziq dan Hazim beraksi dalam hari sukan. Cuma ada dua kumpulan, kumpulan putih dan kumpulan merah. Kebanyakkan sekolah pun begitu. Mungkin ada kaitan dengan bendera Jepun warna putih merah?. 

Menariknya dalam acara sukan sekolah mesti ada 玉入れ (masukkan uncang kecil berisi kacang dalam gol kecil yang diletak atas besi/kayu panjang dan dipegang tinggi oleh guru sekolah). Semua murid dalam kumpulan merah dan putih akan berlumba masukkan uncang kecil dalam gol masing-masing, dalam masa yang diberikan. Bila masa tamat, mereka akan sama-sama mengira uncang yang ada dalam gol. Siapa paling banyak, kumpulan itu yang menang. Memang seronok!. Masing-masing berebut nak masukkan uncang tapi tak sampai so terpaksa lompat dan meninjit. 

Oleh kerana tahun ini Haziq kumpulan putih, Hazim kumpulan merah, Ummi bagi pilihan pada Haziq dan Hazim untuk pilih penyokong. Hazim minta Ummi sokong kumpulan dia dan Ayah sokong kumpulan Haziq. Rasanya memang pihak sekolah takkan beri adik beradik dalam satu kumpulan yang sama untuk beri sokongan yang sama rata pada kumpulan putih dan kumpulan merah. 

Walaupun hari-hari nak tidur malam mesti mengadu sakit kaki, minta Ummi letak minyak, urutkan kaki, esok paginya bila nak ke sekolah, muka masing-masing happy ajer. Gambare Haziq dan Hazim!.

* Hati seorang ibu itu cukup tenang dan lega apabila melihat wajah anak-anak sedang tidur lena. Apatah lagi tidur lena mereka itu disebabkan kesungguhan dan usaha masing-masing menuntut ilmu, belajar pelbagai skill termasuk cara berkawan......


2 comments: