Thursday, July 22, 2010

Merah


Sebahagian perbualan dari kisah benar yang berlaku minggu lepas.

Lelaki:
Lepas nih nak cat warna merah kat brake caliper la....(sambil tunjuk gambar kat internet - bukan gambar di atas).

Perempuan:
Eh...tak cantiknya. Kereta warna hitam tapi kenapa kat situ ajer warna merah. Tak lawa la.. Cuba cat warna hitam gak ker....bagi sama dengan warna kereta.

Lelaki:
La..memang warna merah lah kat situ. Tuh dah jadi satu brand...

Perempuan:
Yeker.. apara...tak cantik lah (terjumpa lak gambar ferrari guna caliper warna silver). Hah, nih warna lain, ok jer. Tak semestinya warna merah kan...

Lelaki:
La.... (diam sebab malas layan lebih-lebih, agaknya)

Huhu.. lepas perbualan di atas, si wanita tuh pula selalu terjumpa brake caliper warna merah macam kat atas. Lama-lama tengok berkenan lak kat hati.. :P

7926

Setelah lebih setahun pakai spec kuning dan kusam, semalam bawa 7926 gi kedai tukar cermin mata baru. Beli frame sahaja dari kedai online dan ingatkan ada orang tolong bawa ke kedai tapi rupanya kena outstation. Jadinya, setiausaha tanpa gaji nih lah yang kena bawa gi kedai suruh orang kedai pasangkan. Setengah hari juga letak di kedai.

Petang bila orang kedai telefon kata 7926 dah siap, wah!!!! 格好いい...handsome!!!..Lepas nih kita mekap tempat lain pula ya:)

Wednesday, July 21, 2010

Kereta


Antara banyak-banyak filem melibatkan kereta, saya suka juga tengok cerita Fast and the Furious. Bolehlah layan sekali sekala sebab ada kereta fav: Skyline GT-R...Lagipun takde merapu sangat jalan cerita. Banyak kereta Jepun lak tuh.

Dengar kata Fast and the Furious 5 dah confirmed. Ada The Rock lagi. Memandangkan research pun mengenai otomotif jadi kenalah tengok cerita nih. Tak tahulah kat mana yang ada kaitan dengan research sendiri.

Monday, July 19, 2010

Safari

Semalam bangun pagi terus ajak Haziq dan Hazim ke Akiyoshidai Safari Land, dalam 2 jam perjalanan dari rumah naik highway. Safari di Akiyoshidai nih boleh naik bas yang disediakan atau bawa masuk kereta sendiri.

Semuanya kereta family tengah beratur nak masuk Safari Land di Akiyoshidai.

Kawasan tempat binatang seperti kuda belang, badak sumbu, unta dan binatang-binatang yang tak ganas. Binatang nih semuanya bebas ke sana sini jadi budak-budak pun seronok tengok.

Kalau yang naik bas boleh beri makan kat singa. Singa nih semua duduk dalam kumpulan jadi bila nampak bas nih datang, semua pakat bangun pergi kat bas. Gerun gak!.

Harimau yang duduk bawah pokok tengah rehat. Memang kami dapat pergi tengok dekat-dekat. Adalah mata harimau nih kejab-kejab pandang arah kami. Nasib baik tak lompat atas kereta.

Ada bas bentuk harimau. Yang ini pula kawasan binatang seperti zirafah, kambing dan lain-lain. Boleh berhenti di parking dan tengok dengan lebih dekat sambil beri makan pada binatang.

Dalam perjalanan balik singgah di Akiyoshidai. Pemandangan hijau sejauh mata memandang. Jalan nih memang favourite mat-mat motor dan kereta sports sebab jalan yang berliku. Kalau musim panas, memang tempat nih cantik untuk bergambar. Angin pun best!.

Minipizza


Tersangatlah comelnya mini pizza nih.
Tapi sapalah yang rajin buat camnih ya.
Sayang pula nak makan...


Saturday, July 17, 2010

Kaligrafi

Hari ini Ayah kerja, Hazim pula ada pesta musim panas sama kakak dan abang sekolah menengah di tadika dia, jadi tinggal Ummi dan Haziq. Hari ini Haziq ada kelas kaligrafi Jepun (書道). Kenalah ikut sama tengok dia guna berus and dakwat.

Bulan lepas, cuma tengok Haziq tulis "ゆめ(dream)" dan banyak kali juga komen cara dia pegang berus dan cara dia menulis. Waktu di AAJ dulu pernah ambil kelas kaligrafi Jepun jadi lebih kurang tahu cara tulis. Kali nih, daripada duduk tengok Haziq buat, baik ambil kelas nih sama-sama.

Hari ini bila tulis sendiri barulah tahu agak susah rupanya nak tulis guna berus. Tiga kali tunjuk kat sensei, tapi ada sahaja sensei komen tak betul. Sensei siap kata Haziq tulis lagi cantik!. Huhu...

Hasil tulisan Haziq.
Dakwat merah tuh sensei yang buat.
Minggu lepas tulis "ゆめ". Minggu nih tulis むぎ.

Friday, July 16, 2010

Tomato


Semalam bawa balik pokok tomato mini yang Haziq tanam kat sekolah sejak bulan lepas. Macam tak percaya Haziq boleh tanam pokok tomato. Ummi tanam pokok sayur semuanya tak menjadi. Haziq tanam sekali, buahnya sampai 9 biji!.

Waktu darjah satu pun ada tanam sayur tapi tak dapat merasa hasilnya sebab tak jadi. Tak ingat pula pokok apa. Kali ini memang tabik kat Haziq sebab dia jaga betul-betul dan tahu kenapa daun pokok jadi kuning. Sebab buah tomato ambil air dari daun untuk membesar. Jadi, kenalah rajin siram pokok.

Tak sabar nak merasa tomato mini yang Haziq tanam!.

update: Silap!. Sorry ya...Darjah satu tanam pokok bunga mekar pagi (アサガオ) tapi bunganya macam malu-malu kucing nak keluar.

Thursday, July 15, 2010

Tunggu

Bila kerja dengan syarikat Jepun di Jepun, Ayah susah nak sampai rumah sebelum pukul 7 malam. Haziq dan Hazim balik sekolah dah lapar. Selalunya pukul 7 dah makan malam. Itupun kira lewat berbanding dengan budak sekolah Jepun yang lain. Dulu tunggu juga nak makan sama-sama satu keluarga tapi sejak Haziq masuk sekolah rendah, dia kena tidur awal pukul 9 malam. Hazim pun ikut sama dengan abang dia tidur awal.Pukul 9 lebih barulah Ayahnya balik. Kasihan lak tengok Ayah kena makan sorang-sorang.

Mengikut statistik di ambil dari sini, kebanyakkan isteri Jepun tak tunggu husband balik untuk makan malam sama-sama (44%). Ada yang tetapkan masa sebab selalu SMS husband tanya balik pukul berapa.
sehingga 7 malam (12%),
sehingga 8 malam (15%)
sehingga 9 malam (13%)
sehingga 10 malam (4%)
sehingga 11 malam (1.7%)
sehingga 12 malam (0.2%)
tak kira balik sampai pukul berapa pun masih tunggu (8.7%) - % berkurangan sejak tahun demi tahun

Tapi kat sini, yang penting, masa cuti yang ada perlu dihabiskan bersama keluarga. Komunikasi antara ahli keluarga juga penting. Tak kiralah SMS pendek sampai 10 kali sehari:)

Wednesday, July 14, 2010

Gambar


Semalam bila tengok newsletter sekolah Haziq, terperasan ada gambar sendiri. Macam cikgu tengah ajar Bm kat budak-budak Jepun pula. Sebenarnya waktu nih memang budak-budak darjah 5 tengah belajar pasal permainan tradisional di Malaysia. Tengah tunjuk "congkak" dan "teng-teng". Diaorang minat betul dengan congkak. Siap nak suruh cikgu buatkan congkak macam dalam gambar. Cikgu diaorang nih memang kreatif. Bagi gambar sahaja dia boleh buat sebiji macam dalam gambar tuh.

Seronok jugalah menjaga perpustakaan sekolah Haziq. Best pula sekali sekala baca buku cerita budak-budak. Banyak boleh belajar dari cara penulisan dan penyampaian yang kreatif. Gambar-gambar pun menarik. Semuanya jenis abstrak dan kalau sekali tengok, kebanyakan gambar dalam buku cerita Jepun macam budak tadika yang lukis pula. Cuma banyak main dengan warna-warna ceria.

Monday, July 12, 2010

Highway

Line merah = free

Sejak parti pemerintah bertukar, antara manifesto yang ditunggu-tunggu ialah "highway percuma". Bukan mudah orang nak bagi benda percuma. Bermula dari 3 Julai, 5% dari keseluruhan highway di Jepun dah jadi percuma. Hampir 55% pengguna highway bertambah sejak jadi free. Tapi highway utama seperti 中国道 belum lagi jadi free.

Rupa-rupanya ramai yang tak setuju highway free. Kapal (feri), shinkansen, kedai-kedai yang terletak di sepanjang jalan utama (bukan highway) dan sebenarnya pemandu trak bimbang pendapatan berkurang. Apa-apa halpun rancangan highway free untuk seluruh Jepun masih dalam tempoh percubaan sehingga bulan 3 tahun depan. Tapi rasanya jualan kereta di Jepun pasti meningkat. Semua orang rasa lebih senang naik kereta untuk jalan-jalan.


Sunday, July 11, 2010

Serangga

Tak lama lagi cuti sekolah musim panas. Bila tiba cuti sekolah, antara aktiviti Haziq dan Hazim ialah mencari serangga. Jadi, hari nih belikan seorang satu bekas lutsinar untuk letak serangga. Kami bawa jalan-jalan mencari serangga di taman berdekatan dengan rumah.

Cuaca mendung dan angin memang kuat bila kami sampai di taman yang terletak di tepi laut, atas bukit ini. Haziq dan Hazim pun sibuk cari serangga macam semut hitam, だんご虫, カメ虫 dan serangga yang tak tahu apa namanya dalama BM. Haziq tahu nama serangga nih semua. Mungkin sebab sekolah Jepun banyak mengajar budak-budak tentang alam sekitar. Waktu rehat pun kena keluar kelas cari serangga, ikan, ketam dll. di kolam mini sekolah.

Minggu depan dah mula cuti musim panas sekolah Haziq. Kena sediakan jadual untuk Haziq. Ummi pula tiada cuti. Kena sambung buat paper......

Thursday, July 08, 2010

Member


Waktu ambil JLPT hari tuh jumpa member yang sama-sama ambil master di Yamaguchi University 2 tahun lepas. Member nih dari China tapi lepas ambil master, dia terus kerja jadi Cikgu bahasa Jepun duduk dekat dengan Shimonoseki. Baik sangat dan lembut. Cara cakap pun slow tak macam orang dari negara dia yang lain.

Walaupun dia dah pernah ambil Level 1, tahun ini format tukar. Jadi bila student dia tanya format yang baru nih lagi susah ke senang, dia tak boleh jawab. Last-last dia ambil exam sendiri tahun nih. Dia pun kata lagi susah JLPT format baru. Suka usik dia pasal BF. Rupanya baru tahu dia belum ada BF...


Hotaru

Fan made video waktu season 1

ホタルノヒカリ2 (Hotaru no Hikari) season 2 dah mula semalam sempena Tanabata.
Hero dan heroin favourite!!!
Suka tengok Fujiki berlakon sejak dari zaman "Nurse no oshigoto", Ayase pula suka sejak dia berlakon dalam "Jin".
Lepas nih boleh tengok setiap Rabu pukul 10 mlm sambil lipat kain.
Jalan cerita lak romantik dan kelakar.
Sweet sangat si Ayase nih...
おすすめです:)

Tuesday, July 06, 2010

Troy


Cerita dah lama. Jalan cerita pun ingat-ingat lupa. Cuma ingat Brad Pit pakai skirt, lawan pakai pedang dan ada kuda besar. Oh ya, ada Orlando Bloom juga:)

Kena tengok balik cerita Troy sebelum pergi Troy.....

* Gambar: via here

Boys

Haziq baca tajuk, 男の子はなぜ言うことを聞かないの?(Kenapa anak lelaki tak mendengar kata?). Lepas tuh dia sengih. "Ummi, 天才じゃ".

Mendidik budak lelaki dan budak perempuan berbeza. Kadang-kadang tak faham apa pasal budak lelaki nih susah sangat nak dengar kata. Bila kata A, dia buat B. Dan begitu juga kalau suruh A, dia buat Z!!.

Isnin lepas, sebelum sampai ke kelas, merayap sekejab ke kedai buku dan jumpa buku nih. Bagus jugalah dalamnya. Berdasarkan pengalaman penulis membesarkan anak lelaki. Bahasa dalam buku nih pun senang faham.

Salah satu topik menarik dalam buku nih, anak lelaki perlu bergaduh untuk dia belajar cara berbaik semula. Kalau banyak kali gaduh, mereka akan ingat cara berdamai, tahu bila masa mengalah, tahu juga cara mempertahankan diri sendiri dan paling penting cara berkawan dan bermasyarakat kelak. Kalau tak gaduh, tahan sabar ajer pun tak bagus.

Orang dewasa hanya boleh masuk campur kalau dirasakan situasi jadi bahaya. Tapi menurut kata buku nih lagi, orang dewasa kena dengar cerita dari dua pihak dan beritahu apa pandangan kita bila tengok mereka bergaduh. Lepas itu, baru beritahu cara penyelesaian. Anak-anak lelaki akan belajar dari cara orang dewasa menyelesaikan masalah.

Ada banyak lagi cerita menarik yang dirasakan logik. Jadi ibu pada dua anak lelaki memerlukan tahap kesabaran paling tinggi. Selalu ingatkan dalam diri, jangan "break down". Tapi kadang-kadang adalah "hujan" di siang hari kalau esoknya nak kena hantar report kat sensei... Huhu...

Sunday, July 04, 2010

N1

Alhamdulillah. Selamat ambil exam Japanese Language Proficiency Test Level N1. Tahun ini katanya format baru. Kalau yang lepas-lepas level 1 tuh jadi Level N2 tahun nih so N1 lagi susah dari level 1 tahun lepas. Kesimpulannya soalan memang susah, banyak jawapan yang lebih kurang sama dan banyak juga kanji yang pernah jumpa tapi tak sangka ada bacaan (読み方)yang lain. Banyak perkataan yang berulang-ulang contohnya ずうずうしい、華々しい(はなばなしい)dan lain-lain. Keputusan akan keluar bulan 9 nanti. Harap-harapnya luluslah...

Tempat exam di Munakata (Fukuoka Education University: 福岡教育大学). Hujan lebat sangat. Nasib baik boleh bawa masuk kereta dalam kawasan University. So lepas ini, kena tumpu untuk siapkan paper nak hantar journal pula. Sambil-sambil tuh boleh update blog!. Yeay....

* Tahniah pada kak Lin dan Abang Joe atas kelahiran anak yang pertama, Baby Quharry pada 30 June 2010. Semoga menjadi anak yang soleh, berbakti kepada agama, bangsa
dan negara, InshaAllah...

Ambil dari fb abang joe