Saturday, July 17, 2010

Kaligrafi

Hari ini Ayah kerja, Hazim pula ada pesta musim panas sama kakak dan abang sekolah menengah di tadika dia, jadi tinggal Ummi dan Haziq. Hari ini Haziq ada kelas kaligrafi Jepun (書道). Kenalah ikut sama tengok dia guna berus and dakwat.

Bulan lepas, cuma tengok Haziq tulis "ゆめ(dream)" dan banyak kali juga komen cara dia pegang berus dan cara dia menulis. Waktu di AAJ dulu pernah ambil kelas kaligrafi Jepun jadi lebih kurang tahu cara tulis. Kali nih, daripada duduk tengok Haziq buat, baik ambil kelas nih sama-sama.

Hari ini bila tulis sendiri barulah tahu agak susah rupanya nak tulis guna berus. Tiga kali tunjuk kat sensei, tapi ada sahaja sensei komen tak betul. Sensei siap kata Haziq tulis lagi cantik!. Huhu...

Hasil tulisan Haziq.
Dakwat merah tuh sensei yang buat.
Minggu lepas tulis "ゆめ". Minggu nih tulis むぎ.

No comments:

Post a Comment