Sunday, July 11, 2010

Serangga

Tak lama lagi cuti sekolah musim panas. Bila tiba cuti sekolah, antara aktiviti Haziq dan Hazim ialah mencari serangga. Jadi, hari nih belikan seorang satu bekas lutsinar untuk letak serangga. Kami bawa jalan-jalan mencari serangga di taman berdekatan dengan rumah.

Cuaca mendung dan angin memang kuat bila kami sampai di taman yang terletak di tepi laut, atas bukit ini. Haziq dan Hazim pun sibuk cari serangga macam semut hitam, だんご虫, カメ虫 dan serangga yang tak tahu apa namanya dalama BM. Haziq tahu nama serangga nih semua. Mungkin sebab sekolah Jepun banyak mengajar budak-budak tentang alam sekitar. Waktu rehat pun kena keluar kelas cari serangga, ikan, ketam dll. di kolam mini sekolah.

Minggu depan dah mula cuti musim panas sekolah Haziq. Kena sediakan jadual untuk Haziq. Ummi pula tiada cuti. Kena sambung buat paper......

No comments:

Post a Comment