Haziq baca tajuk, 男の子はなぜ言うことを聞かないの?(Kenapa anak lelaki tak mendengar kata?). Lepas tuh dia sengih. "Ummi, 天才じゃ".
Mendidik budak lelaki dan budak perempuan berbeza. Kadang-kadang tak faham apa pasal budak lelaki nih susah sangat nak dengar kata. Bila kata A, dia buat B. Dan begitu juga kalau suruh A, dia buat Z!!.
Isnin lepas, sebelum sampai ke kelas, merayap sekejab ke kedai buku dan jumpa buku nih. Bagus jugalah dalamnya. Berdasarkan pengalaman penulis membesarkan anak lelaki. Bahasa dalam buku nih pun senang faham.
Salah satu topik menarik dalam buku nih, anak lelaki perlu bergaduh untuk dia belajar cara berbaik semula. Kalau banyak kali gaduh, mereka akan ingat cara berdamai, tahu bila masa mengalah, tahu juga cara mempertahankan diri sendiri dan paling penting cara berkawan dan bermasyarakat kelak. Kalau tak gaduh, tahan sabar ajer pun tak bagus.
Orang dewasa hanya boleh masuk campur kalau dirasakan situasi jadi bahaya. Tapi menurut kata buku nih lagi, orang dewasa kena dengar cerita dari dua pihak dan beritahu apa pandangan kita bila tengok mereka bergaduh. Lepas itu, baru beritahu cara penyelesaian. Anak-anak lelaki akan belajar dari cara orang dewasa menyelesaikan masalah.
Ada banyak lagi cerita menarik yang dirasakan logik. Jadi ibu pada dua anak lelaki memerlukan tahap kesabaran paling tinggi. Selalu ingatkan dalam diri, jangan "break down". Tapi kadang-kadang adalah "hujan" di siang hari kalau esoknya nak kena hantar report kat sensei... Huhu...
No comments:
Post a Comment