Thursday, July 15, 2010

Tunggu

Bila kerja dengan syarikat Jepun di Jepun, Ayah susah nak sampai rumah sebelum pukul 7 malam. Haziq dan Hazim balik sekolah dah lapar. Selalunya pukul 7 dah makan malam. Itupun kira lewat berbanding dengan budak sekolah Jepun yang lain. Dulu tunggu juga nak makan sama-sama satu keluarga tapi sejak Haziq masuk sekolah rendah, dia kena tidur awal pukul 9 malam. Hazim pun ikut sama dengan abang dia tidur awal.Pukul 9 lebih barulah Ayahnya balik. Kasihan lak tengok Ayah kena makan sorang-sorang.

Mengikut statistik di ambil dari sini, kebanyakkan isteri Jepun tak tunggu husband balik untuk makan malam sama-sama (44%). Ada yang tetapkan masa sebab selalu SMS husband tanya balik pukul berapa.
sehingga 7 malam (12%),
sehingga 8 malam (15%)
sehingga 9 malam (13%)
sehingga 10 malam (4%)
sehingga 11 malam (1.7%)
sehingga 12 malam (0.2%)
tak kira balik sampai pukul berapa pun masih tunggu (8.7%) - % berkurangan sejak tahun demi tahun

Tapi kat sini, yang penting, masa cuti yang ada perlu dihabiskan bersama keluarga. Komunikasi antara ahli keluarga juga penting. Tak kiralah SMS pendek sampai 10 kali sehari:)

No comments:

Post a Comment