Monday, July 12, 2010

Highway

Line merah = free

Sejak parti pemerintah bertukar, antara manifesto yang ditunggu-tunggu ialah "highway percuma". Bukan mudah orang nak bagi benda percuma. Bermula dari 3 Julai, 5% dari keseluruhan highway di Jepun dah jadi percuma. Hampir 55% pengguna highway bertambah sejak jadi free. Tapi highway utama seperti 中国道 belum lagi jadi free.

Rupa-rupanya ramai yang tak setuju highway free. Kapal (feri), shinkansen, kedai-kedai yang terletak di sepanjang jalan utama (bukan highway) dan sebenarnya pemandu trak bimbang pendapatan berkurang. Apa-apa halpun rancangan highway free untuk seluruh Jepun masih dalam tempoh percubaan sehingga bulan 3 tahun depan. Tapi rasanya jualan kereta di Jepun pasti meningkat. Semua orang rasa lebih senang naik kereta untuk jalan-jalan.


No comments:

Post a Comment