Wednesday, July 14, 2010

Gambar


Semalam bila tengok newsletter sekolah Haziq, terperasan ada gambar sendiri. Macam cikgu tengah ajar Bm kat budak-budak Jepun pula. Sebenarnya waktu nih memang budak-budak darjah 5 tengah belajar pasal permainan tradisional di Malaysia. Tengah tunjuk "congkak" dan "teng-teng". Diaorang minat betul dengan congkak. Siap nak suruh cikgu buatkan congkak macam dalam gambar. Cikgu diaorang nih memang kreatif. Bagi gambar sahaja dia boleh buat sebiji macam dalam gambar tuh.

Seronok jugalah menjaga perpustakaan sekolah Haziq. Best pula sekali sekala baca buku cerita budak-budak. Banyak boleh belajar dari cara penulisan dan penyampaian yang kreatif. Gambar-gambar pun menarik. Semuanya jenis abstrak dan kalau sekali tengok, kebanyakan gambar dalam buku cerita Jepun macam budak tadika yang lukis pula. Cuma banyak main dengan warna-warna ceria.

No comments:

Post a Comment