Monday, February 02, 2009

Yang Ketujuh

Aku yang kadang-kala berhenti separuh jalan apabila melihat nombor bercelaru di hadapan tapi dia yang selalu membantuku menyelesaikannya.


Aku yang kadang-kala membuat keputusan berdasarkan emosi dan angan-angan tapi dia yang selalu membetulkannya dengan berpijak di dunia yang nyata.


Aku yang kadang-kala membuat kerja last minute tapi dia yang selalu memperuntukkan masa untuk kesempurnaan sesuatu perkara.


Aku dan dia kadang-kala berbeza pendapat kerana perspektif kami yang berlainan. 


Tapi aku dan dia kadang-kala mempunyai instinct yang selari.



Mungkinkah kerana degupan jantungnya selalu berada dekat dengan telingaku?.


Atau mungkin kerana dia yang selalu memandangku dengan penuh kasih dan cinta seolah-olah tahu apa yang sedang bermain dalam kotak fikiranku?.


Hidup ini harus ada sifat saling lengkap-melengkapi. Itulah aku dan dia.......



Abang,
この7年間は私と一緒にいてくれて本当にありがとう
いろんなことを乗り越えて、ここまでやっとたどり着いた私達が
これからも共に愛し合って、共に歩もう
愛している。。。

No comments:

Post a Comment