Tuesday, February 17, 2009

Di Mojiko Library


Petang tadi lepas balik sekolah, ajak Haziq dan Hazim pergi library dekat dengan rumah. Suka library nih sebab tak ramai orang dan buku kanak-kanak pun banyak yang baru. Kebetulan ada bagi free books kat tingkat bawah so angkut bawak balik dekat 20 buah buku dan majalah.



Haziq suka sangat baca kamishibai (picture-story show?). Hazim yang suka jadi tukang dengar. Hazim tuh tengah pegang next kamishibai pasal shinkansen (bullet train) untuk Haziq baca. Suara Haziq baca boleh dengar satu bangunan rasanya. Huhu..


Esok Haziq ada otomari hoiku (rombongan sekolah tidur semalam di luar). Ini kali kedua Haziq pergi so takdelah risau sangat. Kali ini hanya Minato Hoikusho sahaja jadi Haziq kenal kawan dan sensei yang ada.


Bila tanya mak kawan Haziq, " tak kisah ker hantar anak umur 5, 6 tahun pergi rombongan macam nih?". Mak kawan Haziq tuh kata " Langsung tak risau. Happy sebab anak dia seronok join aktiviti camnih". Memang anak orang Jepun nih dah diajar berdikari sejak kecil lagi. Tapi paling kagum tengok cikgu Jepun yang boleh handle macam-macam perangai budak kat sekolah....

No comments:

Post a Comment