Berada di perantauan kadang-kadang mengajar kita bermasyarakat, menjadi seorang yang lebih dewasa di samping melihat keadaan negara sendiri dari perspektif orang luar.
Berada di perantauan, sebagai orang yang lebih dewasa dari segi usia, pengalaman belajar dan bekerja serta berkeluarga mengajar diri menjadi pendengar, penasihat di samping menjadi penglipur lara bercerita macam-macam topik kepada adik-adik satu negara.
Petang tadi kohai (junior) girls datang beramai- ramai menyertai " First Women's Convention Teratak Siawase". Apa aktiviti kami?. Makan nasi tengahari, tengok gambar, baca majalah sambil tuh makan limau satu kotak pemberian Nazir-tachi (thanks!).
Lepas ambil Haziq dan Hazim dari sekolah, buka kelas membuat pizza sambil bercerita. Inilah kali pertama kohai girls datang ke rumah. Selalunya kalau kohai datang ke Teratak Saiawase nih mesti ada boys so masing-masing jaga kelakuan supaya tampak ayu dan sopan.
Terima kasih kat Fidah, Akmal, Iza, Fizah, Dena dan Nas sebab sudi datang menjengah akak dan Haziq Hazim di Teratak Siawase. Kalau ingat balik semua yang kita dok cerita mesti nak tergelak sebab lawaklah korang nih. Bebila nanti kita buat "Second Women's Convention Teratak Siawase" okay?. Masih ingat tak soalan yang akak tanya, kat mana korang 10 tahun dari sekarang?. Akak doakan impian adik-adik semua tercapai. Gambare!.

No comments:
Post a Comment