Banyak pengalaman yang diperolehi bila berada dalam kelompok orang Jepun buat jangka masa yang panjang. Belajar untuk menjadi kreatif dari segi memasak (tiada kedai mamak, kedai jual nasi lemak etc), belajar untuk menjadi sistematik (membuang sampah mengikut jenis dan hari tertentu) dan belajar untuk memperkenalkan negara dan agama kepada orang Jepun. Jepun juga merupakan negara yang mempunyai satu "imej".
Pendek kata, ada banyak "satu" lagi dalam masyarakat Jepun. Nanti sambung cerita lain kali......
Satu bangsa: Orang Jepun
Pusing kiri kanan depan belakang, jalan sana sini semuanya orang Jepun. Mata sepet dan kulit putih. Tiada warna lain. Kalau ada orang yang kulitnya warna kelabu asap, sawo matang, hitam legam atau biru kundang maka orang itu akan dipanggil "gaijin" (singkatan untuk gaikokujin: foreigners). Kalau ada orang itu muka seperti orang Jepun tapi rambut perang (asli bukan yang dicat) dan mata biru (yang asli bukannya pakai contact lenses), maka dipanggil orang itu "half" atau bila melihat salah seorang ibu atau ayahnya bukan orang Jepun, ada yang memanggil anak itu half or mix (macam nak order burger).Satu bahasa: Bahasa Jepun
Benarlah kalau kita dapat menguasai bahasa asing dengan sendirinya kita akan belajar budaya bangsa itu. Bila bercakap bahasa Jepun, tutur kata yang lemah lembut dan sopan santun mengajar kita menjadi sabar. Bahasa Jepun bukan seperti English yang direct to the point. Tapi penuh dengan kiasan, makna mendalam dan pujian (walaupun tahu kadang kala itu bukan pujian ikhlas). Rugi rasanya kalau tinggal di Jepun tetapi tidak boleh bercakap bahasa Jepun. Orang Jepun memang kurang fasih bercakap English. Untuk membawa pulang ilmu yang baik dari Jepun, nak tak nak kenalah belajar bahasa Jepun.Pendek kata, ada banyak "satu" lagi dalam masyarakat Jepun. Nanti sambung cerita lain kali......
No comments:
Post a Comment