Wednesday, February 25, 2009

Percaya - Shinrai

Hari nih lepas hantar Haziq dan Hazim ke sekolah, bayar segala jenis bil kat pejabat pos, lepas tuh lepak kat Mojiko Library. Sementara tunggu pukul 11 setengah nak ambil Haziq dan Hazim bacalah semua jenis majalah dalam library nih. Terjumpa satu artikel menarik pasal "ningenkankei" (hubungan antara manusia?).


Jepun memang terkenal dengan "ningenkankei". Tak kiralah dengan keluarga ipar-duai, jiran tetangga dan boss serta kawan satu ofis. Pernah kerja buat part-time kat Jepun, balik Malaysia kerja dengan orang Jepun 6 tahun still susah nak faham "ningenkankei" diaorang nih. Tapi satu jer yang pasti, orang Jepun memang mementingkan "shinrai kankei (trust relationship)".


Dalam artikel dari majalah Aera bulan 3 (majalah nih sangat menarik sebab banyak issue general) ada bagitahu macam mana nak improve "ningenkankei" kat dalam ofis. Ini ikut cara Jepun lah ya...

  1. Fikir macam mana kalau kita berada di tempat orang bawahan sebelum kita bagi arahan tertentu.
  2. Anggaplah boss seperti ayah. Jadilah "anak" yang baik untuk ambil hati boss. Jangan kutuk boss belakang-belakang.
  3. Jangan bercakap bohong atau cakap besar. Kalau ada kerja yang tak boleh buat kena beritahu tak boleh buat kerja itu atau mungkin kata "saya boleh cuba buat kerja ini".
  4. "shinrai" (percaya) penting dalam hubungan dengan boss. Orang Jepun mungkin akan bagi peluang kedua kerana percaya tetapi bukan untuk orang yang ada jenayah seperti "chikan"(molester), pencuri dan pecah amanah.
  5. Kalau mahu orang percaya kat diri kita, kenalah beri kepercayaan kepada orang lain dahulu.
  6. Untuk menjadi boss yang dipercayai kenalah berani memikul tanggungjawab dan bukan lari dari tanggungjawab itu. Ada seorang CEO beritahu yang dia takkan pecat atau buang pekerja kalau syarikat dalam krisis. Sebaliknya dia akan kurangkan gaji pekerja (of course gaji dia juga mungkin akan jadi zero) dengan harapan pekerja bawahan dia akan terus loyal dengan syarikat dan beri kepercayaan tidak berbelah bagi pada CEO itu.

Sebenarnya banyak lagi yang diceritakan dalam artikel nih tapi semuanya pusing-pusing kepada "shinrai". Betapa orang Jepun ini mempercayai sesama mereka jadi tidak hairanlah kadang-kadang bila ada orang Jepun melancong ke luar negara ada yang mudah tertipu, duit habis so kenalah minta ehsan orang embassy untuk balik ke Jepun. Bukan mudah rupanya untuk meng"adjust" level "shinrai" kita kan....

No comments:

Post a Comment