Tuesday, February 03, 2009

Payung

Hazim dan payung favourite.
Abaikan kasut yang kat depan Hazim



Dari minggu lepas hari-hari hujan turun. Hari ini pun hujan. Haziq dan Hazim ada payung sendiri warna kuning. Waktu mula-mula dapat payung kuning nih, walaupun hari tak hujan, nak juga pakai payung. Setiap kali keluar rumah, tengok langit. Agak-agak gelap nak mendung (belum hujan lagi!) dah start kata nak pakai payung.


Kalau hari hujan, kawan-kawan kat sekolah bukan setakat pakai payung, siap pakai kasut hujan dan baju hujan lagi. Comel-comel lak tuh. Girls punya warna pink, boys punya ada macam-macam warna. Tapi mesti ada gambar character cartoon macam mickey mouse ker, lilo ker , kartun jepun dll.



Payung kat Jepun pula ada dua jenis. Satu untuk hari hujan dan satu lagi untuk hari panas. Payung yang pakai time hari panas nih memang cantik. Siap ada lace sana sini dan kerawang bermacam corak. Kreatif betul diaorang nih...



No comments:

Post a Comment