Thursday, January 29, 2009

Hari-hari yang berlalu

Lepas submit thesis sampailah hari nih, seminggu baca buku cerita, dua minggu berendam air mata, ketawa sorang-sorang, melayan perasaan cintan-cintun dengan drama. Melayan dua korean drama (Bad Love & Thank You) pastu Taiwanese Drama (Mars). Dah tak larat nak start tengok drama yang baru sebab tak boleh nak berhenti. Cuma sekarang tengah layan cerita Boys over Flowers (Korean Version).


Hari ini juga pergi declare tax dan buat re-entry. Setiap kali nak declare tax mesti pening dengan sistem tax kat Jepun. Sistem tax kat Malaysia pun failed, inikan pula nak buat sistem tax Jepun yang penuh dengan kanji. Walaupun last year dah register for e-Tax (guna internet untuk declare tax), tapi tak faham camne nak buatnya. Last sekali surrender suruh orang Pejabat Cukai buatkan.


Lepas gi pejabat cukai kat Moji, terus ke Kokura buat re-entry. Sekejab ajer rupanya. Hari nih lak, baru dapat e-mail dari sensei kata thesis evaluation hari Jumaat depan, 6hb Feb nih. Nak kena prepare power point presentation for 15 min. Yosh, tinggal sikit sahaja lagi nak grad.

No comments:

Post a Comment