Friday, December 09, 2011

Universiti


Tahun ini musim luruh cukup panjang rasanya. Sempat ambil gambar sana sini. Suhu pun sekejab sejuk sampai ke tulang, esok lusa panas macam bulan 8. Dua minggu lepas, Haziq luka di mulut sampai kena 6 jahitan. Ceritanya dia berlumba lari dengan adik dia lepas main di taman dan tersadung kaki depan pintu. Pintu Jepun bukan calang pintu. Jenis besi, steel berat jadi bila bibir tuh kena bucu, terus terkoyak dalam gak. Haziq menangis punyalah kuat sampai jiran sebelah keluar. Mungkin dia fikir kenapa bising sangat. Darah pun banyak kat depan pintu. Cepat-cepat capai kunci kereta dan bawa jumpa doktor sebab jam pun dah nak dekat pukul 5 petang. Klinik hampir tutup.

Bila doktor kat klinik tengok teruk sangat terus dia suruh rujuk ke hospital pakar. Sampai jer di hospital, doktor jahit lepas letak ubat bius. Umminya panik juga waktu mula-mula sebab dah lama tak nampak darah pekat tapi takdelah panik sampai tak boleh buat apa. Kalau tunggu, terfikir nak letak minyak gamat, sure makin bengkak bibir Haziq. Esoknya, bila Haziq bangun tidur, tengok bibir dia membengkak 2 kali ganda. Huhu. Kesiannya anakku. Nak makan pun payah. Tapi lepas seminggu, terus baik dan takde tinggal bekas pun. Itupun Haziq tak serik lagi. Boleh panjat pokok di taman, nak buat buaian.

Dua hari lepas, dapat mail dari satu jurnal kata paper accepted untuk publish dalam jurnal. Pernah cerita dalam satu entri nih. Alhamdulillah. Yang lagi satu pun baru dapat mail kata diaorang tak boleh publish dalam buku. Recommed hantar ke jurnal pula. Aish...bercinta betul nak publish paper nih.

* Gambar di ambil di Universiti depan Fakulti Ekonomi dan bangunan GSEAS hari ini. Cantik kan:)

No comments:

Post a Comment