Thursday, July 31, 2008

Berebut

Haziq kata dia sakit perut dan cepat-cepat lari masuk tandas.

Hazim ikut dari belakang.
" Abang cepatla..Unchi ga detai (ta** dah nak keluar nih)"

Haziq baru jer masuk tandas. Hazim tak sabar-sabar sampai ketuk pintu tandas banyak kali.

Bergaduh mulut lagi.....Pening dengar Hazim asyik kata "cepatla".

Aduhai..kalau kat Malaysia boleh suruh masuk tandas satu lagi tapi nih kat Jepun tandas satu ajer kat setiap rumah. Camne nak buat Hazim oi.....

Masalahnya setiap kali Haziq masuk tandas, mesti Hazim pun nak masuk tandas masa tuh gak. Bertuah sungguh. Semua nak ikut abang....

Tuesday, July 29, 2008

Lukisan

Haziq happy sebab dapat lukisan dia terpilih. Hazim lak muka sedih tak dapat hadiah.

Lukisan Haziq ada lintasan keretapi, siap ada orang tengah tunggu keretapi lalu

Antara lukisan budak-budak kelas Haziq

Minggu lepas sensei Haziq kata lukisan "watashi no suki na norimono (Kenderaan yang saya suka)" dapat ginsho (silver medal) dalam satu exhibition antara sekolah tadika di Moji. Haziq suka sebab dapat sijil dengan hadiah. Hazim lak dok kata " Hazim punya takde ke?" dengan muka sedih dia...

Hari ini lepas sekolah, bawa Haziq dan Hazim untuk tengok pameran lukisan itu. Memang kreatif lukisan budak-budak. Semuanya warna-warna yang ceria dan kalau tengok sekali memang tahu budak-budak tengah happy melukis sambil mewarna lukisan masing-masing.

Seronok tengok macam-macam jenis kenderaan yang ada. Ada shinkansen (Haziq lukis shinkansen), kereta polis (budak kelas Haziq yang dapat kinsho - gold medal), kereta, kereta bomba, keretapi biasa dan jentolak pun ada. Huhu.. siapala yang suka dengan jentolak tuh..agaknya dia kagum benda tuh boleh bawa tanah kot.....

Monday, July 28, 2008

どうして君を好きになってしまったんだろう-東方神起



Why Did I Fall In Love With You - Tohoshinki

Lagu nih sedih mengisahkan lelaki nih suka kat kawan perempuan dia sejak sekolah lagi.
Tapi dia tak luahkan perasaan kat perempuan nih.

Mereka masih berkawan sehingga masing-masing dah bekerja.
Satu hari perempuan nih jumpa kata dia nak kahwin.
Lelaki nih frust sangat tapi dia datang juga majlis kahwin perempuan ini.
Untuk ucapkan tahniah dan selamat berbahagia.......
Suka dengar lagu nih sebab catchy musicnya..

update 29/7 music video yang 1st kena delete so nih ambil yang lain. story di atas tak de kena mengena dengan music video yang ini (fan-made music video. credit to tvxqfosho)

Thursday, July 24, 2008

Pesta Bunga Api

taken from the official website(http://www.moji-retro.com/hanabi/)

Bila sebut natsu (summer) di Jepun mesti semua tahu time nih lah kat semua tempat ada Pesta Bunga Api. Seperti biasa, Pesta Bunga Api di Moji Retro adalah paling besar dan meriah dalam Kyushu (kalau tak silap:)) sebab bunga api dilancarkan dari dua tempat iaitu Moji dan Shimonoseki. Kira macam lawan belah mana lagi hebat. Paling best ada bentuk macam-macam. Jumlah bunga api adalah sebanyak 13,000 das. Selalunya bawah 10,000 das sahaja.

Tak sabar nak tengok bunga api tahun nih. Yang paling best tak payah bersesak-sesak dengan orang ramai dan susah payah mencari parking kereta sebab boleh tengok dari depan rumah saja. Yeay!

Tuesday, July 22, 2008

Mandi-manda



Hari Ahad lepas, bawa Haziq dan Hazim mandi air terjun. Tempatnya Sugao Taki (菅生滝) di Kokura Minami. Dari rumah naik kereta tak sampai satu jam perjalanan ikut highway. Dari tempat parking ke air terjun cuma 5 minit jalan kaki.


Kebetulan cuti 3 hari jadi ramai juga orang yang datang terutamanya dengan keluarga masing-masing.
Tapi taklah ramai sampai tiada tempat untuk letak makanan. Haziq dan Hazim bukan main suka dapat main air. Air terjun cuma satu di atas sekali. Tak ramai orang yang mandi kat atas sebab dalam. Ramai yang tengok air terjun sahaja dari jambatan kecil. Kebanyakkannya mandi di sebelah bawah. Air terjun di sini sesuai untuk keluarga yang bawa anak-anak.


Lepas makan nasi lemak, Haziq dan Hazim tak sabar-sabar nak mandi. Tapi bila masuk sahaja dalam air "Samui (sejuk)!" sampai mengigil badan. Terutamanya Haziq yang kurang lemak di badan. Memang sejuk betul airnya. Kalah mandi air paip di rumah.....


Friday, July 18, 2008

Cerita Haziq dan Hazim

Tengah - tengah masak kat dapur terdengar Haziq dan Hazim perang mulut.

Haziq kata " tamak..."

Hazim kata "hah?" tak dengar kot..

Haziq kata " tamak" dengan suara tinggi....

Hazim kata "hah?"...tak faham kot...

Haziq kata sekali lagi " tamak"

Kali ini Hazim nak confirmkan apa yang Haziq kata..

Hazim kata " tok mak?"

Haziq give-up mintak sikit jajan (biskut) dari Hazim dan sambung main......

Hazim yang memang kurang fasih & faham BM pula sambung makan jajan dengan selambanya tanpa mengetahui "tamak" itu apa..


Tuesday, July 15, 2008

Musim panas dah bermula

Tak sangka pula entri untuk Irma jadi entri sedih. Itu entri happy + nak kenakan Irma. Sebenarnya entri itu sebagai tanda rindu kat Malaysia. Rindu kat orang Malaysia, rindu nak makan macam-macam kat pasar malam Bangi, rindu nak jalan-jalan sama Emak kat taman bunga Tujuh Puteri di kampung dan paling tak sabar nak makan nasi sedulang sama Haziq dan Hazim macam kami (sama Irma, Along dan Hafiz) kecil-kecil dulu. Teringat time dulu-dulu kami berebut nasi setiap kali makan dalam dulang. Kenapa kami suka makan dalam dulang => malas nak basuh pinggan banyak-banyak. Huhuhuhu.....


Musim panas di Jepun dah bermula. Panas betul. Setiap hari sampai garing (kering) baju yang dijemur. Keras sampai tak payah di kanji. Haziq dan Hazim dah mula sessi mandi kolam di sekolah. Setiap hari kena bawa "pool-card" yang ada suhu badan paginya dan tanda samada boleh masuk kolam & shower atau tidak. Seluar mandi pun kena bawa setiap hari. Kadang-kadang kalau tak masuk kolam renang hari itu, mereka akan main lumpur atau pistol air. Part yang main lumpur tuh tak dapat nak bayangkan betapa happy-nya Haziq dan Hazim. Setiap kali balik sekolah, mesti becok mulut masing-masing nak cerita pasal mandi kolam. Maybe sabtu atau ahad nih nak pergi mandi sungai. Syoknya panas-panas berendam dalam air........

Saturday, July 12, 2008

Adik

Honey Irmawati Hamzah

Hari isnin, 14 Julai 2008 ini birthday Irma so nak ucap Happy Birthday yang ke 30. Huhuhu..dah masuk 30 ker. Macam tak percaya jer kan. Tak lama lagi nak bersalin anak ke dua so nak ucap juga semoga semuanya selamat.

Kami adik beradik 7 orang semuanya perempuan. Waktu kecil-kecil dulu geng camping pondok daun pisang di belakang rumah, geng main cikgu-anak murid, geng main masak-masak, geng gaduh tarik rambut, geng mandi parit nih semuanya dengan Irma. Walaupun badannya kurus berbeza dengan kami adik beradik lain yang ada ++, Irma punya bakat besar. Bagilah apa sahaja barang, tak dinafikan dia memang kreatif men-transform-kan sesuatu itu jadi menarik. Terutamanya dalam bab-bab hantaran. Mungkin darah seni dari Abah mengalir sedikit - sedikit antara kami 7 orang. Bila masing-masing mula berjauhan sejak sekolah menengah, tak dinafikan kadang-kadang rindu nak gaduh main tarik rambut sama-sama.

Irma yang selalu berada di sisi Emak dan Abah sejak dahulu lagi lebih faham situasi di rumah dari kami yang jauh. Kadang-kadang ada rahsia yang dikongsi antara Emak dan Irma yang pasti membuatkan kami adik beradik lain cemburu. Tapi itulah kelebihan Irma di mata Emak dan Abah. Irma yang tidak pernah menyerah kalah, tidak pernah mengaku penat, tidak kisah menangis kesedihan, kegembiraan untuk keluarga......Irma yang sentiasa menyimpan kantung kecil berisi beras di sebelah.....:)

Irma,
Teruskan melangkah ke arah impian....
Usah hiraukan halangan yang datang.....
Kuatkan semangat dan cekal harapan...
Akak sentiasa menyokong Irma dari belakang.....
Best of luck!
-Akak-


Tuesday, July 08, 2008

Drama baru - Tomorrow (TBS)

From official site tomorrow

Drama baru dah start tajuk Tomorrow.
Hero Yutaka Takenouchi as doktor.
Dah lama tak tengok dia berlakon.

Setiap hari ahad @ 9pm kat TBS.
Kebetulan download 1st episod kat DAddicts. Menarik gak.
osusume untuk sapa yang minat Takenouchi!:)

Official Site Drama Tomorrow

Sunday, July 06, 2008

Jumpa Yuko

Haziq yang jadi cameraman

Yuko nih kawan satu Universiti tapi lain fakulti waktu di Hiroshima. Last jumpa dia 8 tahun yang lalu. Kali nih kebetulan dia turun ke Kyushu jadi sempat singgah di Moji.


Teringat waktu ajak Yuko datang ke Malaysia 11 tahun dulu. Yuko datang bersama kawan kami, Riko. Riko nih cute orangnya. Mereka sebenarnya pertama kali melancong ke luar negara. Flight dari Jepun singgah di Singapore dan barulah naik ke KL. Tapi diaorang nih tak tahu tak boleh keluar dari airport di Singapore. Diaorang pun dengan selambanya keluar dengan niat nak jalan-jalan. So dah cop bagai kat passport semua. Bila dah nak naik flight ke KL, timbul masalah pasal cop kat passport tuh. Tapi entah macam mana diaorang dapat gak naik flight ke KL.


Bila sampai di KL, kami bertiga naik bas express nak balik ke Batu Pahat. Entah macam mana, bas dari Puduraya rosak di tengah jalan. Kena tukar naik bas yang lain. Kami yang mulanya duduk dekat-dekat terpaksa duduk berasingan. Tapi yang nak cerita kat sini ialah pasal Riko yang terpaksa duduk sebelah sorang mamat nih. Waktu tuh hari pun dah nak malam. Bas yang kami naik memakan masa 3 jam lebih nak sampai ke rumah.



Sebaik sahaja kami turun dari bas, nampak muka Riko lain macam. Ish..kenapa lak nih. Rupa-rupanya Riko cerita yang waktu dalam bas, tengah-tengah borak dengan mamat tuh tetiba mamat tuh pegang peha dia. Hah!!terkejut sangat. Kesian dia kena lalui pengalaman camnih. Minta maaf kat dia dan tanya dia ok ker tak. Nasib baik Riko kata dia cepat-cepat tepis tangan mamat tuh dan kata "No". Semalam waktu jumpa Yuko, barulah Yuko buka cerita yang malam tuh, Riko mengigau dalam tidur. Mengigau dengan bersungguh-sungguh cakap English!!!...Tapi tak dapat nak dipastikan apa butirnya. Huhuhu..


Sepanjang beberapa hari di kampung, kami pergi bercamping di tepi laut. Seronok sangat mandi laut sampai tak ingat dunia. Bila balik camping, Yuko kena sakit perut yang teruk. Sampai pucat lesi. Kami bawa gi jumpa doktor dan doktor bagi injection kat punggung. Kata Yuko paling dia tak boleh lupa jarum injection tuh besar sangat sampai dia kecut perut!.


Balik rumah, mak masakkan bubur nasi dan Yuko makan dengan umeboshi (Jepun kalau sakit demam ker sakit lain-lain mesti makan bubur nasi dengan umeboshi) yang dia bawa dari jepun. Umeboshi nih sejenis buah warna merah tapi masam teramatlah..... Lepas dia rehat dalam sehari dua barulah demam dan sakit perutnya ok. Kata Yuko semalam, sejak dia sakit perut kat Malaysia, dia tak pernah kena sakit perut lagi. Mungkin perut dia dah terkejut kena teruk waktu tuh sampai sekarang boleh tahan kalau dia makan apa sahaja jenis makanan.



Kisah diaorang nak balik pulak. Since Yuko sakit dan tak sempat nak kejar flight di KL, kami ambil keputusan naik dari Singapore. Hantar sampai ke airport tapi di border Malaysia/Singapore, diaorang tak boleh masuk sebab kat passport ada cop yang kena pangkah. Nih time diaorang "ter"keluar dari Changi Airport time nak datang hari tuh. So kenalah explain kat pegawai imigresen tuh macam-macam. Last-last settle masalah dan kami bergegas ke airport lepas tuh.



Sekarang nih, Riko dah kahwin dan ada anak sorang. Dia still kat Hiroshima dan Yuko masih single dan kerja di Tokyo.
Kalau ingat balik kisah dulu, memang kelakar. Lepas ini, Yuko kata nak bawak Kimutan, kawan kami yang lain untuk datang ke Moji bulan 8 atau 9 nih.

Saturday, July 05, 2008

Petang tadi....

Petang tadi....
lepas habis kelas, gi rumah Nas (junior 1st year).
Tolong dia masak untuk makan-makan sesama Yamadaians malam nih.
Kesian dia sorang-sorang.
Cuaca memang panas kat luar ditambah dengan 4 dapur gas yang ada di rumah Nas.
Lama tak main masak-masak sama kohai...Huhuhu
Rindu lak saat di Hiroshima dulu.


Tapi yang tak tahan time nak tumis lada untuk ayam masak merah
lada kat dalam periuk tuh asyik meluap dan meletup naik kena kat tangan.

"Adoi!!Sakitnya!!"
Kalau time kat kampung sure dah kena marah dengan mak
"Uish..apa orang pompuan masak kat dapur bising-bising. Dengar sampai jiran sebelah"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Petang tadi.....
lepas balik sekolah, Haziq dan Hazim lepak atas sofa sambil tengok kartun "Kin niku man"==> lawak tengok kin niku man menyanyi...

Tiba-tiba dengar Haziq kata
"Janganlah main siku Abang"
Lepas tuh dengar Hazim jawab
"Ala....naklah siku....Adik suuuuuuuka siku Abang"sambil sengih-sengih pandang Ummi..

Huhuhu...Hazim..apalah yang ada kat siku nih....

Wednesday, July 02, 2008

Kegemaran Hazim

Bukan sahaja waktu nak tidur
Waktu duduk sama Ummi
Tanpa disedari tangan kecil itu
Masuk dalam lengan baju Ummi
Mencari siku kegemarannya
Dipegang dan digaru

Satu malam Ummi taknak bagi siku
Ummi kata
"pegang tangan sahaja"

Hazim dengan muka sedih pun kata
"Ummi" sambil gaya memujuk

"Siku choudai (nak siku)"

Alahai anakku, siku Ummi sampai luka kat situ.........

Tuesday, July 01, 2008

Warna pink untuk girl?

Dulu...
Hazim suka warna pink
kertas origami pink, pen pink, dan macam-macam lagi nak warna pink
Even suruh Ummi pakai baju pink


Baru-baru nih
nampak kawan kat sekolah (budak lelaki) pakai baju pink
Terus dia kata kat Ummi,
" eh....kawan tuh girl ya...."
sambil muka sengih-sengih....

Hazim ==> pink=girl