Tuesday, August 25, 2009

Ramadan

Gambar di Kabeshima (加部島)di Saga Prefecture. Cantik pemandangan kat situ tapi sayang tak boleh nak camping.

Sempena bulan yang mulia ini, kami ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan kami yang tidak disengajakan (mungkin yang sengaja-gurau). Blog ini hanya akan di update selepas habis bulan Ramadan. Akhir kata, selamat berpuasa dan sehingga kita jumpa lagi ya....


Friday, August 21, 2009

Melawat kilang Nissan

Fairlady-Z (2008). Smart sangat..


Dalam thesis, ada satu chapter berkaitan dengan automotif jadi kenalah tengok macam mana proses buat kereta. Sekurang-kurangnya tahu suasana kilang kereta di Jepun ini. Lepas ambil Kak Hanom, kami berdua pun bertolak ke Kilang Nissan yang terletak dekat dengan Kitakyushu Airport.

Kawasan kilang Nissan di Kitakyushu nih memang luas dan terletak di tepi laut. Siap ada pelabuhan sendiri untuk kapal angkut kereta dan di export ke sana sini. Masa lawatan ialah 1 jam di mana kami di bawa melawat dan melihat sendiri proses buat kereta dari sekeping steel sampailah dah jadi kereta. Group orang awam dibahagikan kepada beberapa orang satu kumpulan dan kami di bawa ke kilang menaiki shuttle bus mengikut group.

Mula-mula kami pergi tengok Press and Stamping. Masuk-masuk ajer memang bau kilang. Natsukashi!. Teringat time kerja di Hitachi buat air-cond dulu. Selalu kena turun ke tempat press shop sana sampai lekat bau alminium and steel kat baju kerja. Kat sini mesin besar-besar buat pintu, bonet dan bumbung kereta.

Lepas itu, kami tengok proses nak pasang semua kepingan steel tadi jadi chassiss (badan kereta). Paling kagum tengok bukan pekerja kilang yang buat tapi lengan robot besar dan warna kuning dengan hujungnya macam 2 jari manusia. Robot-robot ini semua ada nama macam Doraemon, Nobita, Anpanman, Baikinman dan banyak lagi nama kartun Jepun. Waktu kami sampai bahagian robot ini (tak silap ada 80 jenis robot), semua robot tuh siap angkat tangan lambai. Sekali tengok macam dalam cerita Terminator 3 lak.

Kemudian, kumpulan kami bergerak tengok proses mengecat badan kereta. Rupa-rupanya ada 100 lebih jenis cat digunakan. Tiga warna paling popular untuk Nissan ialah silver, putih dan hitam. Lepas body kereta dah cat barulah assembly parts dan enjin masuk ke kereta.

Ada beratus ribu parts yang di pasang dalam sebuah kereta jadi boleh bayangkan betapa penuhnya parts tuh kat production line. Tapi tidak di kilang ini. Memang bersih. Parts hanya akan di bawa ke production line bila stok kat line dah tinggal sedikit. Parts dibahagikan mengikut model kereta. Oh ya, salah satu ciri unik production line di Jepun ialah satu line menghasilkan beberapa model kereta yang berlainan untuk meningkatkan productivity.

Mesti terfikir tak ker pekerja nanti silap pasang. Pada body kereta sebelah kiri, ada ditampal getah keping warna pink, hijau terang, putih dan satu lagi warna terlupa untuk bagi tahu kereta itu model apa. Di depan kereta dekat atas enjin, ada sekeping order sheet yang ada info macam apa accessories yang customer itu nak pasang, ke mana kereta ini akan di export dan lain-lain info. Memang laju tengok pekerja kilang ini pasang parts dalam kereta. Takde nampak yang tengah rehat atau borak.

Last sekali ialah inspection. Proses ini menggunakan komputer dan semua akan diperiksa penuh oleh pekerja. Ada satu test panggil shower test untuk check kereta ada bocor atau tidak. Lagi satu test, nak check asap kereta samada mematuhi standard atau tidak.

Endless Advan Skyline GT-R

Bila dah habis melawat kilang, kami naik bas dan balik ke bilik pameran. Tengok kereta Skyline GT-R, Fairlady-Z, Murano, X-Trail dan kereta Nissan yang pertama dibuat tahun 1937, Datsun. Comel sangat. Tapi bila tengok Endless Advan Skyline GT-R yang dah di-modified untuk Super Taikyu (ST) Race, memang cun!. kakkoi ii!...Kereta ini pernah juara ST tahun 2002 dan 2003. Nak balik dapat pula hadiah GT-R sebiji. Tapi Tomica jer lah...

Pengalaman yang amat berharga dan banyak boleh belajar. Lepas ini nak tengok kilang Toyota pula. Kalau sempat balik Malaysia nanti nak melawat kilang Perodua atau PROTON, insyaAllah.

Wednesday, August 19, 2009

Kanak-kanak

Tiga tahun lepas, waktu hantar Haziq dan Hazim ke Tadika Jepun, kawan diaorang cuma buat yang kat bawah ini......

- tengok dari jauh, takut agaknya
- dengan muka pelik akan tanya "kenapa tutup kepala?". Jawapan paling senang ialah sebab kimari (peraturan) atau yakusoku (janji).
- kadang-kadang ada budak lelaki pipi tembam, mata sepet dengan muka tak mandi yang tanya "takde rambut ya?"
- tak jawab langsung kalau kita tanya apa-apa. Muka buat nak nangis...alamak...

tapi sekarang diaorang tuh.........
- suka pegang dan belek brooch kat tudung
- kadang-kadang ada budak perempuan umur 4 tahun dengan rambut kerinting, pipi merah tembam sikit dan mata bulat intai apa dalam tudung..aish...
- kita tanya sikit, dia cerita macam-macam hal kat rumah dia, kereta baru lah, ada adik baru lah, ada baju baru lah....
- minta dukung!...

paling segan bila cikgu diaorang tegur kata "eh, hari nih warna baju dengan tudung serasi la", takpun " hari ini warna baju sesuai lah dengan musim sekarang" dan macam-macam lagi..

tapi tak tahu nak respond apa bila satu hari ada sorang budak nih tanya "kat Malaysia ada banyak lanun kan?". huh?...

Tuesday, August 18, 2009

Subsidi kereta

Semalam tengok berita pasal ekonomi Jepun yang dah bertambah baik lepas pengumuman dari Cabinet Office. Boleh tengok details kat sini.

Antara faktor yang mendorong ekonomi Jepun nih bertambah baik ialah subsidi kenderaan oleh kerajaan Jepun yang diumumkan sekitar April 2009. Subsidi untuk tukar kereta lama kepada kereta mesra alam (eco-friendly car). Bukan yang kat bumbung ada rumput atau dalamnya ada pokok tapi yang bukan guna minyak petrol 100 percent tapi guna electric atau campur. Sorilah. Makcik bukan budak engineer jadi tak pandai nak cerita mengikut bahasa saintifiknya.

Menariknya pasal subsidi nih, lepas sahaja kerajaan Jepun umumkan subsidi nih, ramailah pergi melawat kedai kereta nak book awal-awal kereta yang mesra alam. Salah satunya, Toyota Prius. Model kereta yang paling laris sejak subsidi ini dilancarkan. Sampai tak menang tangan kilang Toyota nak buat Prius. Jiranku yang depan rumah (Jepun) pun sibuk berkira-kira nak tukar Toyota Wish dia ke Toyota Prius.

Mengikut subsidi ini, sesiapa yang ada kereta usianya 13 tahun ke atas, boleh dapat kurangkan cukai bila trade-in dengan kereta mesra alam. Di Jepun, kalau nak beli kereta kena bayar dua jenis cukai. Satu weight tax (antara 5000yen hingga 50000yen untuk kereta baru) dan satu lagi excise tax. Pendek kata, bila beli kereta baru keseluruhannya boleh dapat kurang sampai 300,000yen (dalam RM11,000 ikut rate yen sekarang) mengikut jenis kereta. Menarik!.

Nota: Harga Toyota Prius yang baru ialah 3,270,000yen (RM120k).


Monday, August 17, 2009

Camping di Tsunoshima 2009

Credit to Ahmad Ridzuan, Kyukodai. Pemandangan Tsunoshima dan jambatan bengkok yang menghubungkan Yamaguchi Prefecture dan Tsunoshima.

Semalam sampai rumah pukul 2 petang. Punyalah penat, mak bapak tertidur tapi Haziq dan Hazim masih aktif dalam rumah. Pelik sungguh tengok diaorang yang tak reti penat mandi laut. So ini dia cerita kami camping di Tsunoshima.

15 Ogos 2009 (sabtu)
Pukul 9 pagi dah bertolak ke Tsunoshima. Tengok cuaca, hujan!. Alamak, tak best la camping dalam hujan tapi sebab dah booking pergi jugalah. Perjalanan memakan masa dekat dua jam. Dalam perjalanan hujan kejab berhenti kejab turun. Sampai sahaja di tempat camping, terus register untuk dapat tapak dirikan khemah. Orang tak ramai sangat sebab hujan tapi nasib baik hujan renyai-renyai. Bagus juga orang tak ramai so bolehlah lepak-lepak dengan selesa.

Pemandangan dari tapak khemah kami

Bila nampak laut, Haziq dan Hazim tak sabar betul nak mandi. Lepas dirikan khemah, buka meja dan payung barulah boleh mandi laut. Dah puas mandi laut, naik atas, makan nasi lemak untuk tengahari. Selera betul sebab tepi laut dan semua dah lapar.

Haziq dan Hazim mandi laut

Pukul 3 petang barulah budak-budak Yamaguchi U sampai dalam 14 orang tak silap. Setengah jam kemuadian orang dari Kyuko U sampai dalam 10 orang, lepas ajak diaorang register, terus masing-masing pasang khemah. Biasalah kanak-kanak riang pantang jumpa laut, semua tak sabar nak mandi. Tengok-tengok kat tempat camping, orang dah takde. Semua pakat terjun laut yang memang betul-betul depan mata.

Dalam pukul 6 lebih, barulah dua lagi kereta budak-budak Yamaguchi U sampai. Ramai betul. Nasib baik kami ambil tapak khemah paling hujung jadi takde orang kacau langsung. Semua yang datang hampir 30++ orang campur keluarga kami. Malam tuh kami buat BBQ ramai-ramai. Rasanya paling sedap sotong fresh yang orang dari Kyushu bawa!!!. Tak lupa terima kasih pada semua yang bersusah payah bawa makanan!. Semuanya sedap!!. Sampai tak larat nak makan.

Malamnya pula masing-masing main bunga api. Dah jadi macam-macam budak-budak yang main bunga api time raya pula. Haziq dan Hazim pula dah penat dan lapar tapi sempat makan serta main bunga api sebelum masuk tidur. Yang lain sambung borak-borak sampai ke pagi. Ada yang tak tidur sebab sembang. Tahan betul diaorang nih!.

16 Ogos 2009 (Ahad)
Bila bangun subuh, tengok ada yang dah bangun untuk prepare sarapan pagi. Menu sarapan pagi ialah mee goreng, onigiri, sandwich dan lain-lain. Haziq bangun dulu dari Hazim dan minta mandi laut so belum makan pagi dah terjun masuk laut. Yang lain pun sama. Memang namanya camping tepi laut jadi aktiviti utama adalah mandi laut. Tapi best betul mandi laut di Tsunoshima. Sejuk!!!

Pukul 10 pagi dah kemas khemah sebab nak check out. Kami keluar dari tempat khemah pukul 11 setengah sementara yang lain masih sibuk mandi laut. Mesti masing-masing gelap sebab berjemur kat tepi pantai. Tak tahulah pukul berapa diaorang keluar dari pulau.

Sebelum balik kami singgah di menara api dan jalan-jalan sekitar pulau. Cuaca memang panas jadi ramai sangat orang datang. Lepas ajak Haziq dan Hazim makan aiskrim, kami bertolak balik pukul 12 tengahari. Makcik dah letih!. Yang bawa kereta pun letih juga!. Ayah, お疲れ様です!.


Friday, August 14, 2009

Bunga Api Mojiko

Semalam ada hanabi taikai (Pesta Bunga Api Mojiko). Ramai yang datang rumah untuk sama-sama tengok bunga api kat tepi laut. Tapi tahun ini sungguh mengecewakan. Ada kapal besar singgah berlabuh betul-betul tempat kami tengok last year. Lepas itu hujan rintik-rintik dan awan pun banyak. Bila bunga api naik ke atas meletup, tak nampak betul-betul sebab asap dan awan mendung. Langit tak clear. Kecewa jugalah.

Terima kasih untuk tetamu dari yamadai, kyukodai dan kyudai gak. Sorry layanan tak seberapa dan menu pun lebih kurang. Harap-harap semuanya kenyang ya!....


Friday, August 07, 2009

Balik kampung Saijo

Minggu lepas balik kampung kat Saijo, Hiroshima Prefecture. Kali ini saja-saja nak jumpa Senba Sensei dan family Awin. Last sekali jumpa Senba Sensei waktu pregnant Hazim kat Malaysia. Sekarang Hazim dah 4 tahun. Punyalah lama tak jumpa tapi sekali jumpa, sensei masih macam dulu. Lembut ajer cara cakapnya. Ajak sensei makan roti nan sebab Haziq dan Hazim memang suka makan nan di Restoren Spicy Bar dekat-dekat dengan Hondori. Bandar Hiroshima pun dah berubah. Warna-warni lagi. Rasanya tak berani nak bawa kereta kat bandar Hiroshima sekarang sebab jalan pun dah tak ingat dan manusia pun punyalah ramai.

Lepas makan dengan sensei, hantar sensei balik rumah dan kami bertolak ke Saijo. Ingatkan nak camping tapi hujan turun dengan lebatnya so kenalah cancel dan bermalam di hotel. Baru sahaja ada kes tanah runtuh so tak jadilah camping lepas hujan kat dalam hutan. Kalau tepi laut mungkin ok.

Esok pagi baru dapat jumpa Awin, Fendi dan anak-anak mereka. Tersangatlah comelnya si Syaef, Safiah dan Syafiq. Suka sangat main dengan Syafiq yang asyik senyum dan ketawa bila diagah. Haziq dan Hazim pula sibuk buatkan origami untuk Syaef dan Safiah.

Bila jalan-jalan di Saijo, terasa Saijo banyak berubah sejak 11 tahun yang dulu. Jalan nak balik rumah dulu pun dah lupa. Banyak kedai makan dan jalan pun makin luas. Lagi satu, banyak betul love hotel!. Dulu rasanya tak banyak macam sekarang. Untuk siapa?. Student Hirodai?...


Tuesday, August 04, 2009

Dia yang kukenal

Sejak perkenalan kami, dia seorang yang tegas.
Tegas tentang ketepatan waktu dan janji,
Tegas tentang tertibnya ketika berbicara dengan orang tua,
Malah, dia juga tegas tentang kebersihan bukan sahaja luaran, tetapi juga dalaman.

Sehingga ku kenal dia hari ini,
dia sama seperti dulu.
Dia tetap tegas dalam semua perkara.
Namun di sebalik semua itu,
ketika jiwa aku sedang sedih, dia tetap di sebelah, setia mendengar semuanya.
Ketika dia pulang dari kerja, sedang dia berehat di hari minggu,
anak-anak meminta dilukis gambar semulajadi,
dia pasti tidak menghampakan harapan mereka.

Selama ini belum pernah keluar ucapan ini dari mulutku, tetapi kali ini....

Ayah dan Mak,
Terima kasih tidak terhingga kerana membesarkan, mendidik dan menyayangi Abang Sayuthi selama ini. Terlalu banyak pengorbanan yang Ayah dan Mak lakukan untuk anak-anak. Semoga dengan berkat doa dari Ayah dan Mak juga, kami dapat mencapai segala cita-cita kami dan diberi kekuatan iman untuk mengharungi segalanya di sini.

Abang,
お誕生日おめでとう。
いつもそばにいてくれて、本当にありがとう。
いつまでも、愛している。。。