Friday, July 22, 2011

Microskop

Dua, tiga bulan lepas, ada belikan Haziq mikroskop yang simple dan ringan. Murah pula tuh. Mikroskop untuk budak-budak sekolah rendah tapi ada 100X, 450X dan 900X. Sebelum nih, Haziq suka gunakan untuk tengok sayap serangga, daun dan bunga. Semalam, Umminya ada luka pada tangan jadi teringat nak tunjuk Haziq macam mana rupa darah bawah mikroskop. Haziq dan Hazim gembira tak habis sebab dapat tengok plasma, platlet darah guna mikroskop. Bila tunjuk sel-sel bergerak, lagilah diaorang terperanjat. Untungnya jadi budak-budak zaman sekarang sebab dah terdedah dengan teknologi sains yang canggih-canggih. Berbanding dengan kanak-kanak 30 tahun dulu, kami cuma dapat tengok sel-sel guna mikroskop bila masuk tingkatan 3 kalau tak silap. Hari ini ajak Haziq pergi Uni. sebab nak kena hantar buku ke perpustakaan. Sibuk dia pungut dari semut sampailah lumut nak bawa balik rumah tengok bawah mikroskop.

Kebetulan, ada ajak dia tengok pameran barang-barang bersejarah dalam kawasan Universiti. Bertambah-tambah minat nak korek tanah cari barang bersejarah pula. Cukup seronok tengok budak-budak umur Haziq dan Hazim minat pada sains dan alam sekitar. Bukan setakat belajar dalam kelas penting tapi belajar pegang segala tumbuhan, serangga dan lain-lain di luar pun bagus juga.

Thursday, July 21, 2011

Natsu

Hari ini bermulanya cuti musim panas Haziq dan Hazim. Itu maknanya bermulanya juga kerja Ummi kena tanda kerja sekolah Haziq dan Hazim. Kalau tahun lepas, cuma tanda untuk Haziq tapi kali ini untuk Hazim juga. Nasib baik Hazim suka buat kerja awal cuma tak tahan kena selalu leter dengan dia suruh periksa kerja sekolah.

Yang peliknya diaorang nih kalau hari sekolah liat nak bangun tapi kalau hari cuti boleh pula bangun awal. Lepas sarapan pagi, Haziq dan Hazim buat kerja sekolah untuk cuti musim panas. Tengok Ummi tanda betul atau salah dan pukul 10 barulah lepaskan diaorang main ke Pusat Jagaan Kanak-kanak dekat dengan rumah (児童館).Pukul 12 diaorang balik makan. Lepas tuh, duduk rumah sat. Pukul 3:30 atau 4 petang barulah beri budak-budak nih main kat taman sampailah pukul 5:00.

Umminya pula takde cuti. Nak menyiapkan draft thesis yang kena hantar awal bulan 10. Pening nak bahagikan masa dengan budak-budak nih ada di rumah jadi kurang konsentrasi nak menulis. Kena bangun awal pagi untuk baca buku dan buat kerja lain. Bukan senang nak buat PhD dengan anak-anak dua orang nih. Lasak dan banyak mulut pula tuh. Rasanya baru buat thesis Master, dah kena buat untuk PhD lak. Cepat betul masa berlalu. Argh....takut pula fikir nak habis!.

Wednesday, July 20, 2011

Cengkerik



Suka dengan cara Angie besarkan anak-anak. Bukan yang pasal makan cengkerik tapi lebih pada dia dedahkan anak-anak dia pada alam semulajadi. Anak-anak dia memang membesar mengikut level masing-masing. Maknanya dia tak perlu risau tentang tekanan nak dapatkan nombor 1 dalam kelas mahupun tekanan nak siapkan kerja sekolah!. Kalau tengok paparazzi ambil gambar Jolie-Pitt Clan mesti ada muka anak-anak dia yang ceria. Takde sembunyi sana sini.

Saturday, July 16, 2011

Sugarcraft

Ini Hazim buat. Kejab jer pastu dah hilang dia makan.
Hari ini ada kelas sugarcraft anjuran AJK Pendidikan PIBG sekolah Haziq dan Hazim (PICnya: saya ler). Sepatutnya bayar tapi kami buat bagi free. Sekolah yang tanggung. Haziq dan Hazim pun ikut tapi untuk budak- budak cuma buat bentuk hati, bulat atau bintang dan hias dengan bunga etc. Yang ini boleh makan.

Untuk mak-mak, kami buat kasut bayi (tak boleh makan). Tak pernah terfikir nak buat sugarcraft nih sebab nampak susah tapi bila dah buat, best pula. Terutamanya bila dah jadi kasut dan sampai masa nak menghias. Bila dah siap hias baru boleh masukkan dalam kotak khas. Berbaloi bila dah siap tengok kasut nih comel.. Haha...masuk bakul angkat sendiri. Untuk orang yang pertama kali buat nih so ok lah kan....

Friday, July 15, 2011

Buku

Sejak dari kecil lagi, saya suka bertanya. Kalau Abah dan Mak tak tahu jawapan, saya akan baca buku di library sampai jumpa jawapan. Library dan saya memang sinonim. Suka jadi librarian dari sekolah rendah sampailah sekarang (jadi volunteer di library sekolah Haziq dan Hazim). Kalau tak puas hati, saya tanya cikgu, ustazah. Kakak-kakak saya semuanya jauh, samada sekolah asrama atau luar negeri jadi jarang nak tanya pada diaorang. Oh ya, saya suka bercerita dengan kawan-kawan. Mereka panggil saya "Tukang Karut". Pertandingan Bercerita antara sekolah memang dah sebati dengan saya (walaupun tak pernah Johan).

Koleksi buku dari pelbagai genre penuh di kampung dan bilik saya. Kami adik beradik memang suka membaca buku cerita (Mills & Boon, terutamanya) dan selalu bertukar-tukar buku cerita. Bila saya ingat kembali, kalau berjalan kemana-mana, Mak akan suruh bawa buku. Tak kiralah buku pelajaran atau buku cerita. Takut perjalanan jauh, saya cepat bosan. Sehinggalah Mak tak pesan pun, saya dah siap masukkan buku cerita dalam beg. Rumah kawan-kawan yang saya suka pergi adalah rumah kawan yang banyak koleksi buku ceritanya.

Keluarga saya hanya perlu hadiah buku, bukannya mainan ataupun kain baju. Mak suka membaca majalah dan ada koleksi sejak berpuluh tahun. Abah pun rajin belikan majalah kat Mak. Sehinggalah saya besar, tradisi hadiah buku dalam keluarga masih kekal. Walaupun duduk Jepun, kebanyakkan buku dalam bahasa Jepun, saya tetap belikan buku untuk Abah dan Mak serta kakak. Buku yang ada banyak gambar. Cara-cara menanam pokok bunga, kraftangan Jepun yang ada turutan cara membuatnya. Kalau minat, bahasa bukan penghalang!.

Bila dah ada anak, saya terapkan suka dengan buku kepada Haziq dan Hazim. Waktu diaorang kecil-kecil dulu, saya selalu bercerita sebelum tidur. Bila diaorang dah besar dan saya pula sibuk dengan study, saya selalu ajak ke library, tunjuk buku cerita warna warni ataupun belikan hadiah buku setiap bulan. Sekarang nih bila tengok Haziq, saya nampak diri saya waktu kecil dulu. Haziq suka bertanya, menyelidik dan membaca. Kalau jumpa buku, tak kira di mana, dia akan tumpukan sepenuh perhatian pada buku tuh. Hazim pula masih di peringkat suka dengar saya bercerita. Dia akan cari buku cerita dan minta saya baca walaupun sebenarnya dia dah boleh baca. Bila diperhatikan, imaginasi Haziq dan Hazim makin kreatif sejak diaorang minat baca buku cerita. Cuma saya tak galakkan buku komik (kalau komik ke arah mempelajari sesuatu baru ok) pada peringkat awal nih. Kalau Haziq nak beli komik, saya akan pantau isinya. Bukan isi yang karut marut macam ke arah hantu atau cinta orang besar. Lain orang lain caranya dan ini cara saya mengajak Haziq dan Hazim sukakan buku pengetahuan. Ok, sampai sini dahulu. Tak tahu apa tujuan entri ini ditulis tapi mungkin sebab meja saya sekarang penuh dengan buku rujukan nak siapkan Literature Review!!..

* Bila minat membaca, rasa nak tengok tv pun kurang. Waktu kecil dulu, peraturan keluarga kami, tak boleh tengok tv hingga larut malam (tapi kadang-kadang langgar juga-siap untuk dengar bebelan mak esok paginya), tak boleh buka tv seminggu kalau nak exam dan Mak/Abah pun ikut sama tak buka tv. Hanya untuk berita saja. 

LR

Baru dapat draft untuk chapter Fieldwork yang penuh dengan comment dari sensei. Masa dah tak sampai 3 bulan nak submit full draft. Sensei kata 時間と戦う(maknanya, tengah ber"perang"dengan masa). Bila dengar sensei kata macam tak cukup masa, mulalah gelabah. Huhu. Data dan isi penting dah ada. Cuma nak susun bagi cantik dan tambah beberapa isi penting sikit lagi. Tapi satu lagi yang risau, chapter Literature Review tak boleh independent. Kena masuk bawah Chapter Introduction. Alamak...nak kena buat semula. Padahal dah hantar chapter LR nih ke Journal. Kalau dapat published rugi pula nak masukkan dalam chapter Introduction bila submit draft dissertation nanti. Pening sat kalau nak kena buat LR lagi. Dalam banyak-banyak chapter, LR nih paling susah nak compile tapi paling penting dalam dissertation. Takper, kita buat perlahan-lahan. Edit semua chapter!. yay!!

Thursday, July 14, 2011

Pemandangan

Waktu belajar di UM 15 tahun dulu, pernah ternampak kawasan air terjun dan taman bunga betul-betul dari lebuh raya ke arah Selatan. Tak silap lepas Air Keroh sebelum sampai Batu Pahat. Waktu tuh naik bas ekpress nak balik cuti. Cantik sangat pemandangan air terjun dalam hutan belantara. Tapi itulah kali pertama dan terakhir nampak kawasan air terjun tuh. Sejak dari hari itu, setiap kali balik kampung mesti cari kawasan air terjun tapi tak jumpa. Terfikir juga manalah tahu air terjun tuh dari dunia lain tapi entahlah, waktu itu saya bukannya baru bangun tidur ataupun mamai. Sampai sekarang masih terbayang-bayang indahnya pemandangan kat situ.

Kalau di Jepun pula, setiap kali naik highway dari Uni nak balik ke rumah, mesti lalu satu kawasan yang ada bangsal lama diseliputi dengan rumput menjalar. Lepas itu kawasan sekitar bangsal tuh memang mendamaikan dengan rumput hijau, ada pokok sakura besar. Setiap musim, pemandangan akan berubah. Kalau time sakura lah paling cantik. Bangsal lama nih pula dikelilingi dengan hutan. Adalah rumah tradisional orang Jepun berdekatan dengan bangsal tuh. Tak pernah nampak orang keluar masuk situ. Nak berhenti tepi highway tak boleh, nak ambil gambar pun tak boleh sebab tengah drive. Memang tak boleh lupa pemandangan yang macam lukisan nih. Nasib baik yang ini bukan dari dunia satu lagi sebab sah-sah setiap kali balik dari Uni. mesti ada. Sekurang-kurangnya terubat rasa rindu nak tengok air terjun tepi lebuhraya ke selatan tuh. Puas saya selidik dengan semua orang tapi takde sesiapa pun pernah nampak. Hmm..hairan sungguh...

Tuesday, July 12, 2011

Awan

Petang tadi ada kerja kat sekolah Haziq dan Hazim. Biasalah jadi AJK PIBG sekolah kat Jepun nih sama sibuk dengan cikgu diaorang. Kagum tengok mak-mak Jepun nih aktif buat aktiviti untuk budak-budak.

Balik dari meeting kat sekolah, ajak Haziq dan Hazim pinjam buku library. Lepas lepak library, kami bertiga makan ABC Rainbow Jepun. Air gula ngan parutan ais yang halus. Cepat betul cair dengan suhu yang cukup panas hari nih.

Tengah-tengah makan ternampak kepulan awan bentuk....Ummi kata bentuk kucing tengah mengendap tikus. Haziq kata macam badak sumbu. Hazim lak kata macam awan. Huhu. Dia kurang imaginasi sebab tengah syok makan ABC. Itu belum masuk cerita dongeng kami.

Monday, July 11, 2011

質問

HaziqとHazimからの質問:

死んだら、どうなる?

死んだら、痛い?

死ぬって何歳から?

Ummiが死んだら、どうする?

「死」に興味深々な子供たち、説明しても、その後また疑問がある。

Friday, July 08, 2011

Suratkhabar

Sejak dari tahun lepas, mula kumpul keratan akhbar yang ada kaitan dengan research PhD. Ada seorang lecturer bagitahu yang dia pun simpan keratan akhbar walaupun cuma 30% sahaja yang boleh guna untuk buat research. Saya bukan pelanggan suratkhabar jadi setiap bulan saya akan ambil suratkhabar bulan lepasnya untuk satu bulan (Nippon Keizai Shinbun) dari ofis fakulti ekonomi di Universiti. Selalunya saya check helaian 1-19 sebab ada banyak tajuk menarik berkaitan ekonomi dan masyarakat. Helaian belakang tuh cuma untuk rancangan tv dan sukan (bukan bidang yang saya minat). Scan tajuk dulu dan kalau ada artikel menarik, saya potong dan simpan dalam fail khas. Suka juga tengok jadual atau gambar. Saya jarang baca isi artikel. Isi penting selalunya ada pada tajuk dan gambarajah. Ok. Itu cara saya baca suratkhabar selain baca online. Selamat membaca suratkhabar untuk semua!

* antara isi penting dalam artikel di atas, 100 orang CEO beritahu dalam satu survey yang syarikat mereka akan pulih dalam tahun ini juga walaupun ada Tsunami 11/3 hari tuh. Kagum betul dengan kesungguhan syarikat Jepun nih. Politik Jepun kucar kacir pun tak campur aduk dengan ekonomi negara.

Thursday, July 07, 2011

Dengar

Hari ini bermulanya jadi volunteer pustakawan sekolah Haziq dan Hazim untuk tahun ini. Sempat dengar cikgu yang handle perpustakaan sekolah kawasan Moji nih bercerita (yomikikase). Best pulak dengar orang lain bercerita walaupun kita dah bukan budak- budak.

Buat kerja nih 3 jam jer, sekali seminggu. Sambil tuh boleh baca buku cerita budak yang memang best.

Dulu pernah tanya cikgu nih, kalau dia kenal mana- mana syarikat penerbitan buku cerita yang boleh bagi hak milik untuk terjemah ke BM. Cikgu nih kata kalau tahu syarikat penerbitan kat Malaysia lagi senang kerja. Hah, kalau kenal syarikat buku cerita di Malaysia yang pernah terbitkan buku cerita terjemahan, tak kisahlah dari bahasa apa pun, bagitahu saya ok.

Banyak buku cerita bahasa Jepun yang menarik dan penuh dengan nilai- nilai yang murni. Projek nih masih peringkat awal tapi harap-harapnya dapat settle hak milik untuk terjemah beberapa buku cerita Jepun sebelum habis study. List buku cerita pun belum pilih. Ok. Idea dah mula datang. Kena cepat-cepat tulis. Mata ashita ne!

Wednesday, July 06, 2011

Teks

Alahai...
Bila nak habis baca semua nih..
Guna gak teknik baca buku dalam masa 1 jam tapi tak habis juga.
Ada idea lain?.
Buku yang ada gambar Doraemon tuh buku latihan matematik Haziq.
Pending untuk check kemudian.

Dongeng

Kanak-kanak sukakan buku cerita bergambar. Kalau di Jepun, buku cerita bergambar memang banyak. Gambar pun cantik- cantik dan comel. Yang menariknya juga, tulisan besar dan senang nak baca.

Di sini program mendengar cerita memang selalu ada. Salah satu cabang penting dalam pendidikan anak- anak adalah dengan membacakan mereka buku cerita.

Ok. Ini beberapa cara nak bacakan buku cerita atau di sini 読み聞かせ: yomokikase yang saya ambil dari buku.
1) saiz buku. Kalau buku yg kecil dan memerlukan kanak-kanak melihat dengan lebih dekat, pangku anak dan baca di sebelah dia. Kalau buku yang besar dan gambarnya senang tengok, minta anak-anak duduk depan dan baca dengan buku tuh ke arah mereka, kita membaca dengan memandang dari tepi. Paling bagus lagi, letak buku cerita di antara badan kita dan anak-anak.

2) Pilih buku yang lebih banyak gambar dari tulisan untuk elak anak-anak boring. Kalau boleh jangan cari buku yang terlalu tebal.

3) Baca nama penulis ataupun pendahuluannya supaya anak-anak tahu serba sedikit latar belakang buku cerita tuh.

4) Tarik nafas, berhenti sebentar setiap kali tukar muka surat. Tidak terlalu laju baca dan lihat muka anak-anak sekali sekala.

5) Baca dengan penuh perasaan. Ikut intonasi karakter dalam buku cerita. Kalau tukar muka surat, cuba berhenti supaya anak-anak dapat tengok gambar dulu sebab waktu nih diaorang takkan dengar apa yang kita cerita. Lepas beberapa saat, boleh mula balik.

Harap-harap balik Malaysia pun boleh buat aktiviti macam ini. Haziq dan Hazim memang suka kalau Umminya bacakan buku cerita. Tak sabar nak tunggu kesudahannya. Dulu-dulu cerita pakai imaginasi sendiri tapi sekarang imaginasi yang dalam kepala penuh dengan cerita automotive industry, ASEAN, free trade, foreign direct investment, technology transfer etc... Huwa!!!panik dah nih..

Friday, July 01, 2011

Akhirnya benih lavender yang ditanam dalam telur bercambah!. Tanam benihnya 2 minggu lepas. Tak sangka cepat ajer. Harap-harap gemuklah pokok lavender nih nanti....
Setem bentuk "love". Comel sangat dengan gambar burung & bunga.

Otak

Baru habis baca satu buku tajuk "Bagaimana menggunakan otak secara efisien untuk belajar". Antara isi yang penting ialah:
  1. Otak akan lebih aktif bila kita dapat capai satu-satu matlamat. Ada satu elemen dalam otak yang hadir bila kita rasa seronok untuk belajar subjek itu.
  2. Letak "deadline" pada matlamat kita. Bila ada tekanan dari segi masa, otak akan lebih aktif dan dapat tangkap apa yang dipelajari dengan syarat "deadline" itu bukan orang lain yang letak tapi diri sendiri. Contohnya kena hantar assignment 2 minggu lagi (sensei yang bagitahu) tapi kita tetapkan "personal deadline" 3 hari sebelum deadline yang sensei bagi.
  3. Tumpukan perhatian. Maknanya tetapkan rutin harian dan bila sampai masa untuk belajar, jangan buang masa dan mulakan kerja kita. Jadikan habit nanti lama-lama otak akan aktif untuk beri perhatian pada subjek yang kita nak belajar. Jangan lama-lama. Contohnya, cuba untuk 25 minit (pomodoro tecnique). Ataupun untuk beberapa mukasurat dulu.
  4. Guna teknik menghafal. Caranya, mula-mula baca satu mukasurat dan perhatikan isi penting. Lepas itu cuba tulis semua di atas buku nota dengan syarat jangan tengok mukasurat itu lagi. Cara ini lebih berkesan untuk jangka masa panjang sebab imej/ isi penting yang dah baca mula-mula tadi dapat di simpan di dalam otak sebelum di pindahkan dalam buku nota. 
  5. Kenali "Golden Time" otak iaitu masa tidur yang cukup. Saya yang jenis tak boleh stay up sampai tengah malam. Jadi saya akan tidur dulu dan bangun pukul 3/4 pagi untuk belajar. Sebenarnya bila baca buku ini, dia kata "golden time" otak adalah selepas kita tidur dengan nyenyak waktu malam sebab waktu itu segala maklumat akan disusun atur (macam defrag komputer) pada peringkat tidur lena. Bila bangun pagi, otak akan ada ruang untuk isi maklumat yang baru pula.
  6. Bila tak tahu apa makna satu-satu perkataan, terus cari dalam internet atau kamus. Jangan biarkan persoalan dalam otak takde jawapan. Dengan cara ini, otak dapat diisi dengan maklumat yang berguna bukan penuh dengan soalan sahaja. 
  7. Kalau kita gagal, sebenarnya itu bermakna kita akan terus dahaga dengan kejayaan dan akan usaha untuk bagi berjaya. Jangan pandang kegagalan itu sebagai benda negatif tetapi anggap sebagai benda yang bagus untuk lebih berusaha.
Banyak lagi sebenarnya yang menarik dalam buku nih. Orang Jepun memang terkenal dengan suka buat research mengenai otak atau cara-cara nak tingkatkan "production". Tak kisahlah dari buat kereta, barang elektrik, buat kerja di dapur ataupun bahagian badan manusia termasuk otak nih. Akhir kata, selamat mengaktifkan otak ya!