Tuesday, June 23, 2009

Kompang

Waktu sekolah rendah dulu, suka sangat dengan cerita-cerita yang misteri, khayalan, dongeng dan seberadik dengannya. Mungkin juga terpengaruh dengan buku Bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis. Mungkin sebab pernah mengalami peristiwa misteri yang membuatkan perasaan ingin tahu membuak-buak sehingga sanggup menubuhkan skuad "Kembara ke Alam Misteri" waktu sekolah rendah. Kecik-kecik bukannya tahu apa pun......


Kisah ini bermula waktu sekolah rendah darjah 4/5 tak silap, setiap malam jumaat pukul 10 malam hingga 12 tengah malam mesti dengar bunyi kompang (sayup-sayup) di belakang rumah. Kalau nak kata budak kampung berlatih kompang kenapa sampai pukul 12 malam. Orang semua nak tidur. Untuk seminggu yang pertama, buat tak kisah. Minggu seterusnya pun buat tak kisah. Lama jugalah buat tak kisah.


Suatu hari, terfikir nak selidik dari mana sebenarnya bunyi kompang tuh. Di belakang rumah hanyalah hutan belantara dan pokok getah. Jarak dengan kampung belakang adalah 5-10km. Mana mungkin bunyi budak kampung berlatih kompang boleh dengar sampai ke bilik. Yang ada betul-betul di belakang rumah hanyalah pokok buluh tebal. Abah tak pernah nak potong walau tebal macam mana. Orang sebelah pun tak pernah kata nak tebang pokok buluh. Masa itu terfikir orang bunian yang tinggal kat pokok buluh ini kot yang main kompang.


Puas sudah cari punca bunyi kompang sehingga rajin bertanya member-member lelaki satu sekolah agama samaada diaorang ada berlatih kompang ke tidak setiap malam jumaat. Jawapannya tiada. Kebanyakkan sabtu atau ahad. Persoalannya siapa yang main kompang setiap jumaat kat belakang rumah?!.
Misteri...


p/s Kohai-tachi, akak nak pass kompang 6 ketul tapi terfikir korang reti ker main kompang?. Manalah tahu nak buat kouryu orang Malaysia...

Saturday, June 20, 2009

Kata Hazim

Ayat yang Hazim selalu guna,
"nande (kenapa)?".

Kalau sakit, dia kata,
"itaino itaino todenke..sugoi itai wa roketto ni notte!,
sukoshi ita wa hikouki ni notte!"
(kalau sakit sangat, dia suruh naik roket biar cepat hilang sakit, tapi kalau sakit sikit ajer, dia suruh naik kapalterbang)---- pandai ajer buat lagu baru....

Hazim yang suka itazura (buat joke)........


Monday, June 08, 2009

Balik sekolah

Selalunya Haziq balik sekolah pukul 3 lebih dan sampai kat rumah pukul 3:50 petang. Tapi hari ini jam dah pukul 4 lebih pun tak sampai rumah lagi.

Terus telefon sekolah tapi kata cikgu, Haziq dah balik. Telefon After-School Club pula, kata cikgunya Haziq tak singgah situ. Turun menyusul ke jalan tempat Haziq selalu guna tapi bayang pun takde. Aik...mana Haziq pergi. Inilah kali pertama Haziq balik lambat dan tak sampai-sampai rumah lagi.

Patah balik ke After-School Club (dekat dengan balai raya kat sini) tanya dengan kawan satu kelas. Kawan tuh kata nampak Haziq naik bukit dekat dengan rumah. Hmm..pelik......takde lak selisih dengan Haziq. Hati dah mula berdebar-debar.

Lepas tuh tergerak hati nak balik rumah sebab terdengar suara dia sayup-sayup. La....nampak Haziq tengah buka pintu rumah. Lega rasanya. Terus tanya Haziq pergi mana. Tanya Haziq kot kot dia ikut jalan pintas (kat sini kena ikut laluan yang ditetapkan oleh sekolah. Tak boleh ikut jalan pintas).

Rupa-rupanya, ada sorang kawan Haziq yang satu kelas ajak borak dekat depan rumah dia, on the way nak balik sekolah. Agaknya leka bercerita dengan kawan, dia tak sedar dah lambat so Haziq baliklah jalan kaki. Selalunya Haziq balik dengan kawan yang lain. Tapi kawan yang lain dah pecut balik tinggalkan Haziq dengan kawan yang lagi seorang ini.

Bila sampai kat satu rumah yang ada tangga, Haziq berhenti duduk rehat kat situ. Tiba-tiba ada anak jiran depan rumah (darjah 5) baru balik sekolah tegur dia kata "Haziq, jom balik. Nanti mama risau". Haziq pun baliklah dengan anak jiran itu.

Sekarang nih kepenatan. Risau sangat sampai effect emosi dan fizikal. Huhu....anak..anak...