Wednesday, August 31, 2011

Aidilfitri 2011

Blog Dari Kacamata Ummi ingin mengucapkan
"Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin".

Untuk tuan rumah, pagi raya tak masak apa-apa pun lauk raya. Inilah masanya nak berlepak-lepak di pagi raya sebelum tahun depan nak sibuk masak itu ini, pasang kusyen baru, langsir etc.  Tahun ini seperti tahun sebelumnya, kami sekeluarga pagi-pagi dah bertolak untuk sembahyang hari raya di Masjid Fukuoka. Pukul 8:15 pagi dah sampai tapi takde orang pun. Ingatkan takde sembahyang raya. Takpun  semua orang sembahyang raya di tempat lain. Rupa-rupanya pukul 9 pagi baru mula sembahyang. Kali ini takbir raya agak menyentuh perasaan. Sayu saja rasa di hati. Nak kata sebab beraya di Jepun, tahun nih dah masuk tahun ke-6 raya di Jepun jadi tak mungkin. Mungkin sebab tahun depan dah nak balik, jadi mesti rindu suasana beraya kat Jepun.

Habis sembahyang raya, kami dijemput ke open house rakyat Malaysia di Fukuoka. Makan sedap tapi tak berani ambil banyak-banyak. Takut perut terkejut. Balik dari Fukuoka singgah Wakamatsu di Kitakyushu. Ramainya orang Malaysia yang dah nak balik habis. InshaAllah boleh jumpa di Malaysia tahun depan. Sampai rumah dah pukul 5 petang. Sehari suntuk beraya. Barulah sembpat kami 4 beranak nak beraya pula. Paling seronok Haziq dan Hazim dapat duit raya dan insentif berpuasa. Bila tanya nak buat apa dengan duit raya, diaorang dah target nak beli Lego. Budak-budak nih memang suka pasang Lego yang kecil-kecil. Umminya yang tak kuasa nak bebel suruh kemas.

Apa-apa halpun, tahun ini raya meriah sebab baju raya sekeluarga pun sedondon warna hijau!. Yay!. Warna bumi!.

Tuesday, August 02, 2011

Dah lama tak update blog kan.
Minta maaf pada semua pelawat blog ini.

Sempena bulan yang mulia ini, tuan rumah serta keluarga ingin mengucapkan
"Selamat Menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan"
Dengan ini juga, blog Dari Kacamata Ummi akan bercuti sebulan.
Jumpa lagi lepas raya ya:))
 

Gambar senja waktu camping di Tsunoshima 2 minggu lepas.