Monday, October 18, 2010

Rehat

Sorry sebab dah lama tak update. Sejak balik dari Turki, memang banyak kerja menanti. Tuan rumah demam sampai tak boleh nafas. Malam Ahad gi Emergency. First time guna nebulizer. Selalunya Haziq dan Hazim sahaja. Sekarang nih barulah tahu perasaan diaorang kena nebulizer. Mula-mula tak selesa sebab kena hidu wap tapi lama-lama terasa lega dan boleh bernafas.

Ingat nak sambung cerita pergi Turki tapi nampak gaya lama lagilah nak sambung. Kemungkinan besar blog ditutup untuk jangka masa yang panjang. Tak lama lagi PhD tahun tiga (tahun akhir, insyaAllah). Jadi memang kena tumpukan sepenuh perhatian pada study. Hazim pun bulan 4 tahun depan dah masuk darjah 1.

Akhir kata, ampun maaf dari pihak tuan rumah dan sekeluarga ya kalau ada tersalah cakap, terkecikkan hati pembaca blog "Dari Kacamata Ummi". Kalau umur panjang insyaAllah kita jumpa lagi. Sayonara. Sob..sob...

Wednesday, October 06, 2010

Jalan

Haziq dan Hazim bangun pukul 5 setengah dan azan Subuh kedengaran. Kami turun sarapan awal pukul 8. Sarapan di hotel macam biasa roti, telur, air teh epal (sedap sebab Haziq dan Hazim pun boleh minum) dan telur rebus. Cheese ada tapi tah tak boleh masuk kat tekak nih. Pagi-pagi kot.

Lepas sarapan kami berjalan ke arah bertentangan dengan Masjid Biru dan Hagia Sophia untuk ke Grand Bazaar. Main redah sebab tengok peta pun tak faham. Pagi-pagi kereta pun kurang dan dapatlah tengok suasana sibuk orang buka kedai, pergi kerja, sarapan kebab yang dijual di mana-mana kaki lima jalan dan kereta yang agak laju lalu di jalan yang sempit.

Nak masuk Grand Bazaar kena scan badan dulu. Masuk-masuk ajer terus jumpa lorong emas dan perhiasan diri. Kat sini ada banyak lorong. Ada lorong sandal, lorong karpet, lorong baju kulit dan lorong baju dalam pun ada. Kami sesat dalam pasar nih. Tak tahu jalan keluar tapi tak patah balik. Main pilih jalan dengan Haziq dan Hazim. Gilir-gilir kata belok kiri dan kanan. Akhirnya entah macam mana kami dapat keluar balik ke jalan yang kami sampai. Sempat tukar duit Euro ke Lira kat dalam Grand Bazaar.

On the way nak balik, kami singgah supermarket beli yogurt, biskut, susu kotak. Ingat nak beli roti tapi terkejut tengok roti besar giler. Camne nak bawa balik. Orang Turki nih memang suka makan roti perancis dan yogurt. Kebetulan dua benda tuh kesukaan Haziq dan Hazim. Seronok dapat makan yogurt strawberi yang sedap!.

Balik dulu ke bilik hotel. Jumpa orang tengah kemas bilik. Minta kettle dan suruh dia buangkan sampah. Macam itik dengan ayam rasanya bila sorang cakap Turki, sorang cakap English. Hotel di Turki kalau 4 bintang tuh jangan haraplah servis atau biliknya tiptop. Bolehlah sekadar buat tidur dan mandi. Yang penting selesa sebab bilik luas. Katil double 1 dan single 1. Ada Wifi dan cable tv.

Lepas rehat sekejab, Haziq dan Hazim masuk bilik air buang semuanya barulah kami berjalan ke Hagia Sophia. Time nak masuk Hagia Sophia, kena scan beg dan waktu tuh ada pelancong Jepun yang terdengar Haziq dan Hazim cakap Jepun. Diaorang siap tegur tanya sekolah kat Jepun ya. Haziq dan Hazim selamba ajer cakap Jepun kuat-kuat. Orang semua pelik tapi senyum tengok diaorang borak.

Tak dapat nak gambarkan suasana dalam Hagia Sophia. Terharu sangat sebab dapat tengok tempat ratusan tahun usianya dan memainkan peranan penting dalam ketamadunan Islam. Ramai juga orang yang datang. Kami naik sampai ke tingkat atas. Cantik betul lukisan dalam nih.

Habis melihat-lihat dalam Hagia Sophia, kami naik bas dua tingkat untuk 1jam setengah perjalanan melihat bandar Istanbul. 20 Euro untuk perjalanan dari bahagian Eropah ke bahagian Asia melalui dua jambatan yang berlainan. Sana sini masjid. Dan banyak tinggalan sejarah seperti istana, tembok pertahanan dan macam-macam lagi. Cantik sangat pemandangan dari atas bukit. Masuk sahaja Taksim, terus nampak kemodenan Istanbul. Jalan pun agak sibuk.

Disebabkan dah lebih tengahari dan Haziq dan Hazim belum makan nasi, bermulalah ragam diaorang dalam bas. Boring agaknya lama sangat atas bas. Kami sampai semula ke depan Masjid Biru (tempat mula naik bas) pukul 4 petang dan berjalan balik ke bilik hotel.

-bersambung-

p/s tertinggal lak cerita kami masuk Basilica Cistern (tempat penyimpanan air bawah tanah). Next entry lah ya. Ada perbualan antara Haziq dan Hazim yang menarik mengenai tempat nih.

Masjid


Dalam Basilica Cistern (Yerebatan Sarnici)

Bila tram sampai, kami pun beratur nak masuk tapi kiri kanan depan belakang semua berpusu-pusu nak masuk. Tiba-tiba ada orang lelaki sebelah kata dalam bahasa Turki dan semua orang terus bagi laluan untuk kami masuk. Agaknya dia kata ada budak nih, bagi laluan. Fuh, lega dapat masuk. Dalam tram, adalah orang kata "malaysia" dalam bahasa Turki kat tepi. Sementara nak sampai, tanyalah orang perempuan yang diri depan mana hentian Sultanahmet. Dia kata lagi 6 stesen. Orang keliling semua suka pegang kepala Haziq, senyum tengok budak dua orang nih. Dalam berdiri tuh nampaklah sorang budak lelaki dalam umur awal 20-an kot tengah berzikir sambil pegang tasbih. Pakai baju kerja biasa ajer. Sebelum sampai Turki, dalam otak memang tahu orang Turki kurang bab-bab islamik sikit tapi bila nampak budak lelaki nih terasa mungkin dah berubah sedikit dari beberapa tahun lalu.

Sampai sahaja di Sultanahmet stesen, terus turun dan mula cari hotel. Cantiknya kat sini. Suasana pagi dengan bangunan warna-warni berbeza di Jepun, papan tanda yang meriah dengan tulisan turki, Masjid Biru dan Hagia Sophia membuatkan hati rasa terharu sebab dah sampai di Istanbul. Haziq tolong bawa beg dan kami berjalan ke arah hotel.

Sampai di hotel, buat urusan pendaftaran, bila masuk bilik, Alhamdulillah dapat bilik luas. Ada mesin basuh lagi. Haziq dan Hazim terus capai remote tv nak tengok kartun. Kartun cakap Turki pun diaorang boleh gelak.

Lepas rehat dan mandi, kami pun keluar cari makan tengahari. Jumpa beberapa kedai kebab. Tak tahu nak pilih yang mana. Akhirnya kami duduk kat kedai kebab depan Masjid Biru dan order chicken doner untuk Haziq dan Hazim, Ummi lak kebab daging. Sedap pula makan panas-panas.

Habis makan, kami bertolak ke Masjid Biru yang kebetulan baru lepas azan Zuhur. Ingatkan nak masuk sembahyang tapi Haziq dan Hazim asyik sibuk nak main jadi kami cuma duduk di luar. Ada anak orang Turki yang main lari-lari kat tepi masjid habis kena marah dengan guard sebab buat bising.

Bila tengok keadaan Haziq dan Hazim macam letih dan asyik ajak balik, jadi kena tangguh tengok Hagia Sophia yang terletak berdepan dengan Masjid Biru. Biasalah bila berjalan dengan budak, kenalah ikut ragam diaorang. Lagipun dekat ajer dengan hotel. Esok sahajalah pergi. Sampai bilik hotel, Haziq dan Hazim letih sangat sampai tidur ke malam. Ummi turun beli makan malam. Nasi campur style Turki. Sedap!. Baklava pun sedap!. Tapi manis sangat. Tengah malam Hazim bangun kejab. Bagi dia rasa baklava. Dia kata macam roti canai. Ada ka patut!.Ish...penggemar roti canai sungguh.

-bersambung-

Tuesday, October 05, 2010

Istanbul 1


Hagia Sophia berdekatan dengan kawasan hotel (cerita akan datang)


Bila kami dah sampai depan kastam, lagi cepat degupan jantung. Macam mana kalau Hazim tak boleh masuk Turki. Macam mana kalau kena cancel gi conference nih. Berapa banyak kali salawat ngan macam-macam ayat baca. Bila sampai depan pegawai imigresen, kejab jer tengok muka dia berkerut pastu dia pun tak kata apa-apa bagi semua passport kat kitaorang. yeay!!!!passport dah ada chop Turki!!!.Alhamdulillah.

Sampai kat tempat beg, tunggu punyalah lama last-last barulah beg kitaorang keluar. Haziq dan Hazim sibuk berebut nak bawa beg. Last-last bagilah Haziq bawa. Nanti balik dari Istanbul, baru Hazim bawa. Lepas keluar airport terfikir nak naik shuttle bus tapi 40 Euro!!Mahal sungguh. Last-last kami turun bawah, gamble naik train or Metro. Cuma 1.5TL sahaja!. Tapi kena berhenti kat satu stesen pastu kena tukar naik Tram lak. Dengan bawa beg berat dari Metro berjalan sama Haziq dan Hazim ke stesen Tram dalam lautan manusia yang nak pergi kerja. Kat tepi-tepi jalan ada orang jual sarapan pagi, scarf dan macam-macam tapi tak boleh nak berhenti sebab arus laju sangat. Suhu pula takde lah sesejuk mana. Macam Jepun sekarang.

Lepas beli coin 1.5TL, kami pun berjalan nak naik Tram tapi alangkah tak disangka, lautan manusia bertukar jadi "lopak" manusia menunggu Tram yang datang. Dalam kepala otak, boleh ker masuk dengan Haziq dan Hazim nih. Keliling kami semuanya orang Turki yang nak pergi kerja pagi-pagi. Hanya kami pelancong yang berani naik Tram time rush hour!.

-bersambung-

Friday, October 01, 2010

Terbang

Untuk catatan pejalanan Osaka-KL-Istanbul(1) 2/oct-15/oct

Hari sabtu petang, lepas habis hari sukan Hazim, kitaorang 3 beranak bertolak dari Pelabuhan Moji ke Osaka dengan menaiki feri. Satu bilik ada dua buah katil dua tingkat. Takdelah besar mana bilik tapi kami dapat satu bilik jadi senanglah nak lepak-lepak. Perjalanan memang jauh tapi kalau sekali sekala tukar angin memang best naik feri. Suka Haziq dan Hazim tengok pelabuhan dan dapat naik kapal. Pukul 9 malam dah masuk tidur dan esoknya bangun, feri dah sampai osaka. Disebabkan kami saja yang bukan berkumpulan, ada teksi dah menunggu untuk hantar sampai ke stesen keretapi.

Lepas sampai kat stesen keretapi, tunggu dalam 15 minit, sampailah keretapi yang nak ke Kansai Airport. Orang pun tak ramai pagi-pagi. Sampai jer kat airport terus masuk line beratur nak check-in. Tengok masa masih ada jadi kami masuk awal, jalan-jalan dalam airport.

Nasib tak baik dapat kapalterbang malaysia airlines yang takde tv setiap satu seat. Apalagi boring giler budak dua orang tuh. Habis segala posisi duduk diaorang cuba. Mainan pun tak banyak. Sampai sahaja di KLIA pukul 4 petang, lepaskan Haziq dan Hazim di tempat mainan sebelah KFC. Bukan main suka sebab bebas menjerit, ketawa, kejar sana kejar sini. Orang semua pelik tengok diaorang cakap bahasa Jepun. Tengok mak lak melayu. Huhu.

Pukul 9 malam, kami masuk untuk transit ke Istanbul. Passpot Hazim dah kurang dari 6 bulan jadi gate automotic tak boleh buka. Pegawai imigresen datang dan terpaksa terangkan pada pegawai tuh yang nanti on the way nak balik dari Istanbul ke Osaka baru renew passport. Dia kata ok bagi diaorang cuma takut belah Turki yang reject.

9 jam lebih duduk dalam kapalterbang dari KL ke Istanbul memang boring. Nasib baik ada tv seorang satu seat. Haziq dan Hazim mula-mula masuk kapalterbang dah tidur. Lepas tuh asyik main games dan tengok movie. Sampai Istanbul pukul 6 pagi. Sambil beratur untuk imigresen sambil tuh dalam hati asyik berdoa moga-moga passport Hazim takde apa-apa.

-bersambung-