Tuesday, May 31, 2011

Motivated

Semalam jumpa supervisor, discuss pasal structure dissertation. Dua minggu tak pergi Uni. rasa macam-macam nak buat tapi semuanya tak sempat. Duduk sekejab jer dah rasa resah nak balik sebab teringat Haziq dan Hazim balik sekolah. Buat kerja sikit, print journal dan kemas balik Moji. Nasib baik dah tak hujan. Sepanjang perjalanan drive balik, mengantuk sangat tapi tak berhenti pun. Rasa nak pecut balik. Pasang lagu kuat-kuat sambil ikut menyanyi. Itulah salah satu cara nak hilangkan mengantuk selain makan jajan dalam kereta (tapi hujung minggu kena check kebersihan kereta..huhu).

Bila sampai rumah, tak lama kemudian Haziq dan Hazim balik dari sekolah. Diaorang letak beg dan terus main kat taman sama kawan-kawan. Sejak hujan berapa hari nih, jarang diaorang dapat main kat taman jadi semalam macam lepas geram. Balik dari main kat luar, penuh pasir. Alahai, dahlah penuh pasir, busuk peluh lak tuh!. Budak lelaki lah katakan.

Waktu di sini saja dapat main banyak. Bila balik Malaysia tahun depan mesti dah sibuk dengan sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Haziq dan Hazim pun nak kena kejar pelajaran yang tertinggal sebab diaorang balik nanti dah darjah 2 dan darjah 3. Risaunya takut diaorang tak boleh catch up. Itulah kebimbangan seorang ibu.

Umminya pun risau juga sebab tak dapat kerja lecturer lagi. Nak hantar CV pun macam takde mood. Nak jadi researcher?. Boleh juga tapi kena minta bila dah grad. Kalau boleh nak dapat kerja sekarang. Tempat pula nak pilih dekat-dekat dengan Bangi. Banyak betul permintaan, macam mana nak dapat kerja, yer tak. Selalu terfikir, apa tujuan nak kerja. Sebab nak ajar anak bangsa tapi bila ada orang Malaysia sendiri kata "takkan ada perubahan kalau awak seorang yang nak ajar anak bangsa untuk berubah", jadi sedih. Patah semangat sekejab. Tapi itulah, mana tahu ajar 100 orang tapi mungkin ada 1 atau 2orang yang berubah jadi bagus lagi baik dari tak ajar langsung kan.....

Monday, May 30, 2011

Dino


Sabtu lepas jalan- jalan ke Jusco Tobata.Haziq dan Hazim dapat free kupon untuk beli buku sebab masukkan diaorang dalam Z-会. Z-会 (z-kai) nih macam Kumon tapi buat di rumah, cikgunya Ummi, setiap hujung bulan pos latih tubi dan cikgu diaorang akan tanda dan pos balik siap komen semua. Kalau ada hantar latih tubi setiap bulan akan dapat point. Cukup point, diaorang boleh pilih nak hadiah apa dari katalog syarikat nih.

Buku yang diaorang pilih ialah buku buat dinosaur. Dalam buku tuh ada cara nak buat bermacam species dinosaur. Haziq memang teliti dalam bab gunting, tampal dan bentukkan dinosaur tapi Hazim memang cepat bosan. Mungkin dia kecil lagi. Tapi kalau suruh Hazim sebut nama dinosaur, semua dia tahu. Kami panggil Hazim 恐竜博士(prof. dino):)

Friday, May 27, 2011

Tulis

Dengar balik recording interview guna software free.
Ulang dengar suara sendiri sampai naik muak.

Dah masuk hari ke tiga buat transcription untuk interview Fieldwork hari tuh. Bila dengar balik recording, nak tergelak, malu sendiri dengan cara diri interview orang Jepun. Bahasa Jepun pun berterabur. Nak elakkan dari nampak kalut, nervous terpaksa gelak sikit. Ada satu interview dengan orang Jepun di Thailand, tiba-tiba ada bunyi cengkerik!. Aiseh, handphone lupa nak off. Siapa yang telefon entah sampai sekarang tak tahu. Rasa bersalah tapi orang Jepun tuh baik kata takper..takper...

Bukan senang rupanya nak buat transcription yang nanti kena translate dalam English dan attach dengan dissertation. Tapi takper. Untuk kemudahan menganalisis dan bagi kerja nampak original. 

Hari tuh jumpa kawan baru dari Indonesia yang sama, satu bilik research. Dia tanya buat PhD di Jepun susah tak?. Kata kat dia yang kalau di US/UK ada kelas yang akan ajar macam mana nak buat research, tulis research paper, data analysis semua tuh tapi di Jepun, terutamanya universiti yang kurang popular, takde kelas semua tuh. Kena belajar sendiri. Jarang ada supervisor Jepun yang ajar macam mana nak tulis thesis. Selalunya dia akan nasihat pada isi kandungan. Struktur thesis tak penting sebenarnya tapi isi kajian penting untuk tengok sejauh mana kita faham research tuh. Dia pun kata kalau tanya supervisor, mesti dia akan jawab "up to you". Nasib baik dia buat tema perlancongan. Kiranya banyak idea dalam bidang tuh. Kalau bab kereta, ekonomi antarabangsa, kat mana nak "goreng" pun dah tak tahu, kepala naik pening da.... 

Tuesday, May 24, 2011

Malam

Malam semalam ada mesyuarat semua AJK untuk PIBG sekolah Haziq dan Hazim. Memandangkan saya sebagai ketua Biro Pendidikan kenalah hadir untuk mesyuarat kali pertama. Oh ya, saya kalah O-Som sebab itu kena jadi ketua:-)

Satu perkara yang saya perasan ialah betapa semangatnya mereka (ibu bapa-kebanyakannya ibu) dalam merancang dan menjayakan aktiviti sekolah. 5 Jun ini adalah Hari Sukan jadi semua ahli kena bekerjasama dalam melancarkan program tahunan ini. Ahli Biro Pendidikan kena jaga tempat letak kereta dan periksa cuma kereta yang ada kebenaran saja yang boleh parking di kawasan sekolah. Lagi satu, bapa-bapa AJK kena hadir awal untuk dirikan khemah. Bukanlah kewajipan tapi kemestian. Huh, itulah yang disampaikan.

Untuk Biro Pendidikan ada beberapa program yang dirancang untuk tarik perhatian ibu bapa dan murid sekolah rendah nih. Antaranya, cara belajar buat "sugarcraft", belajar masak-masak, baca buku cerita beramai-ramai dan buat 門松(kadomatsu), sejenis perhiasan dari buluh untuk tahun baru di Jepun. Sudah semestinya sebagai ketua, pengagihan kerja perlu dilakukan dengan segera. Nasib baik dapat penolong dua orang yang ringan tulang. Seorang tuh surirumah sepenuh masa dan seorang lagi cuma "part-timer".

Nak masukkan satu program, Melawat Kilang Gula yang terletak di Moji tapi belum bincang dengan ahli yang lain. Setiap tahun, tak ramai peserta program yang disediakan oleh Biro Pendidikan jadi nak cuba buat satu kelainan pada tahun ini. Tengok dulu kalau boleh siapkan thesis awal. Kalau tidak nampak gaya kena bagi arahan senantiasa jer lah.

Gambar lama dari tadika Hazim.
Bintang? yang diperbuat dari pinggan kertas dan
tampal dengan kertas kilat-kilat.
Kreatif sangat!

Sunday, May 22, 2011

Projek

Cuba teka apa nih?. Belum siap sepenuhnya. Baru 70% siap,
Projek hujung minggu Ummi, Haziq dan Hazim. 


Thursday, May 19, 2011

Mekari


Lepas Haziq dan Hazim pergi sekolah, siap untuk keluar mendaki bukit Mekari. Terasa berat badan bertambah dan rasa tak sihat sebab tak bersenam. Dalam masa 20 minit dah sampai ke puncak bukit Mekari, nak balik pula ikut jalan yang sama tapi separuh jalan ikut jalan di tepi laut. Best betul tengok laut di Selat Kanmon bila panas-panas nih. Terasa nak terjun dan mandi laut. Tak sabar nak ke Tsunoshima musim panas tahun ini. Angin pun sepoi sepoi bahasa. Mojiko memang best!..

Sempat buka buku 15 minit di taman bukit Mekari nih. Lepas itu bersin tak berhenti. Aish, takkan alergi dengan bau rumput. Memang tak ramai orang yang datang ke taman sebab hari biasa. Tapi kalau hujung minggu ramailah bawa anak main-main di taman permainan ini. Hari ini puas hati sebab dapat jalan kaki dalam sejam dan singgah perpustakaan untuk pulang buku. Harap-harap dapat buat selalu.

* Oklah. Saya pasrah. Untuk pengunjung ke 23,000, sila email pada saya "print-screen" anda dan saya akan beri hadiah misteri. Huhu.. Misteri sungguh pengunjung ke 23,000 nih sebab kebanyakkan yang baca blog ini mesti orang yang pernah satu sekolah, tempat kerja, universiti ataupun sekeluarga dengan saya. Pendek kata, ditakdirkan kita akan jadi kawan!!Kalau sudilah nak berkawan dengan tuan rumah nih:)
Email: hannyzurina@yahoo.com

Wednesday, May 18, 2011

Adab

Susah nak cari "originality" dalam research tapi kalau ada buat Fieldwork, Questionnaires atau Interviews, mungkin boleh stress kan dalam thesis yang "originality" kita datang dari situ. Tiga bulan sebelum buat Fieldwork di Malaysia dan Thailand, saya sibuk atur lawatan ke kilang kereta dan set appointment untuk interview PIC yang ada kaitan dengan research. Seminggu sebelum nak pergi fieldwork, hantar mail minta confirmkan appointment samada okay atau tidak dan seperti yang dijangka ada beberapa orang yang minta tukar masa dan lain-lain. Nasib baik sempat untuk susun balik jadual. Akhirnya, daripada nak interview 5 orang Malaysia daripada 10 interview, cuma satu jer yang lepas, yang lainnya kena cancel sebab masalah macam-macam. Nasib baik yang selebihnya dengan orang Jepun, begitu mementingkan janji dan masa, diaorang sudi untuk jumpa pelajar macam saya. Banyak belajar dari fieldwork nih:)

Kalau berjumpa orang Jepun, ada beberapa adab diaorang yang kita patut tahu. Kalau nak ikut cara orang Malaysia interview, simple saja kan. Tapi kalau jumpa orang Jepun yang penting dalam syarikat, bawa hadiah (おみやげ) dan beri waktu lepas tukar name card (名刺交換). Hadiah tak perlu mahal-mahal. Selalunya kuih tradisional. Saya bawa pelbagai produk Mojiko:)

Lepas itu duduk dan beritahu mengenai polisi interview; kata yang nama orang itu dan syarikatnya akan disimpan hanya untuk kegunaan research ini, lepas habis interview, saya akan hantar ringkasan interview dan diaorang boleh beritahu maklumat yang mana boleh digunakan dan sebaliknya. Selalunya, seminggu sebelum interview kena hantar soalan yang nak ditanya dalam interview supaya diaorang akan prepare. Bagusnya orang Jepun nih, diaorang beri saya pelbagai data tanpa diminta. 

Sekarang tugas paling berat bermula, nak kena transribe interview. Aduhai.. nak kena dengar recording dalam bahasa Jepun dan taip satu persatu isi penting. Lepas itu boleh masukkan dalam dissertation PhD nanti. Target nak siapkan transcript dan paper untuk hantar jurnal sebelum akhir bulan 7 tapi sempat ker?

* Wah!!kurang dari 10 orang saja lagi nak jadi 23,000. Hmm..nak bagi hadiah ker?..Takper. akan difikirkan. Sementara tuh, "print-screen"kan nombor pelawat yang ke 23,000 tuh ya. Simpan dulu.Terbuka untuk semua kecuali keluarga dan rakan2 yang satu sekolah, satu universiti, satu kampung, satu Jepun dan satu tempat kerja dulu. Tujuannya supaya dapat kawan baru!. Tapi kalau orang yang ke 23,000 tuh termasuk dalam kumpulan di atas, nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sudi baca blog ini.Yay!

Haruman


Ops. Sorry. Ini bukan hadiah pengunjung blog yang ke 23,000. Ini cuma gambar yang saya ambil bulan lepas:)

Suka sangat pergi kedai Body Shop. Semuanya ada. Dari sabun mandi, lotion,shampoo sampai ke perfume. Ada satu kedai Body Shop dekat dengan rumah saya. Memang setiap musim, tema depan kedai tuh pun bertukar. Waktu musim sakura mula, ini hiasan depan kedainya. Menarik sebab warna dan hiasan yang cute!!.

Saya pun dah lama pakai produk dari Body Shop. Sejak dari zaman AAJ. Dulu cuma lotion, lip gloss sekarang baru terasa nak pakai harumannya. Nama setiap bau yang dijual pun macam-macam. Sesuai dengan baunya. Perfume Sakura nih pun bukan sebab ada bau sakura tapi bau bunga-bunga yang segar. 

Oh ya, sebenarnya sakura memang takde bau. Orang Jepun hanya pandang sakura, lihat sakura dari jauh. Jarang atau tak pernah saya nampak orang Jepun cium bau bunga sakura. Sebab itu ada hanami (花見). Kanji itu sendiri bermaksud 花(bunga) 見(lihat). Hmmm.. tahun depan kami hanami di Malaysia, inshaAllah:)

Tuesday, May 17, 2011

Teratai


Waktu melawat Jim Thompson House Museum di Bangkok, ternampak halaman rumahnya yang memang cantik. Kolam yang simple designnya tapi kalau ada di depan mata, sambil baca buku cerita, memang tak sedar betapa cepatnya masa berlalu. Pokok yang menghijau di keliling memang menyegarkan walaupun cuaca di Bangkok waktu itu panas, berpeluh melekit tak tahu nak kata apa. 

Sebelum sampai ke sini, singgah sebentar sembahyang Zohor di Masjid kecil, di pinggir sungai. Nama masjidnya Masjid Darul Farqan, tak silap. Tapi kami berdua (bersama Jijah) sempat beramah mesra dengan sekumpulan anak-anak perempuan dari komuniti Muslim sekitar situ. Dalam 8/9 orang yang menunggu untuk ke kelas Al-Quran. Comel-comel semuanya dan sibuk mahu berbual dengan kami dalam bahasa Thai. Masalahnya, kami tak faham tapi betul lah apa orang kata yang bahasa bukan penghalang kalau sudah suka. Buka buku bahasa Thai barulah dapat tangkap apa yang diaorang kata. Huhu. Suka dan seronok sebab dapat pengalaman seperti ini. Tak mungkin dapat di tempat lain, di saat lain. Terima kasih pada sponsor Fieldwork saya,"Kedah Foundation".

* Hari nih mood update blog:)... Tertunggu-tunggu pelawat ke 23,000!!.

ABC


Inilah rupa ABC di Jepun. Cuma ada sirap pelbagai rasa, dari lemon, strawberry, pelbagai warna dari biru ke kuning, tiada susu, kacang atau jagung. Simple sangat. Boleh minta nak masukkan perasa yang kita suka, satu rasa atau dua, tiga rasa pun ok. Bila minta rasa strawberi dan Hawaian Blue (tak tahu rasa apa, cuma manis kot), warna ABCnya jadi cantik. Dari jauh lagi, sekumpulan budak perempuan Jepun sebaya dengan Haziq sibuk bercerita sambil menunjuk warna yang ceria nih. 

Waktu bawa Haziq dan Hazim main di taman permainan di kaki bukit Mekari, cuma ada satu gerai sahaja yang menjual ABC dan tako yaki. Tako yaki dah habis jadi kami cuma beli ABC. Kebetulan memang panas hari sabtu dua minggu lepas, berebut kami semua dengan ABC dua cawan. Dan satu lagi yang saya suka, cawannya yang comel!!!.

Bersih

Semalam Hazim balik sekolah cerita yang waktu 掃除 ( cuci/ bersihkan), tugas dia di kelas. Kata dia, penat. Biasalah, Hazim nih kadang-kadang in order nak ambil hati cikgu dan kawan-kawan, dia akan cuba buat lebih dari biasa. Tuh yang sungguh-sungguh lap lantai agaknya.

Teringat waktu Haziq darjah 1 dulu. Balik sekolah, dia pun cerita yang dia kena cuci tandas!!. Terkejut Umminya. Manakan tidak, kalau dulu kat sekolah rendah, kena cuci tandas tuh samada kena buli ataupun denda.

Rupa-rupanya, sekolah Jepun takde tukang cuci sampah, tukang bersihkan tandas dan sebagainya. Budak- budak digalakkan bersihkan sekolah sendiri supaya dapat mendidik jiwa suka pada kebersihan sejak kecil lagi. Setiap minggu kawasan untuk dicuci bertukar. Ada yang kena lap koridor, bersihkan perpustakaan dari habuk, bersihkan kelas dan siram pokok bunga. Menarik kan. Tapi kadang-kadang ada jer budak yang main- main. Bila cikgu datang check, semua cepat- cepat buat kerja balik semula. Huh, budak- budaklah katakan. Main jerlah....

Monday, May 16, 2011

Ondoku

Hari-hari Haziq dan Hazim ada kerja sekolah iaitu ondoku 音読 (baca dengan suara yang kuat dan tertib). Cuma baca buku bahasa Jepun sahaja. Lepas diaorang dah baca kena tandatangan kat kad membaca. Dulu Haziq dan Hazim lambat membaca tapi bila setiap hari ada ondoku, lama-kelamaan diaorang cepat kenal huruf hiragana, katakana dan kanji. Bila setiap hari baca tempat yang sama, diaorang pun cepat hafal. Tahu kat mana yang salah bila buat ayat menggunakan perkataan yang sama.

Kerja sekolah Haziq pula ada latihan kanji setiap hari. Test pula setiap minggu. Kerja sekolah di Jepun bukan banyak tapi hampir setiap hari mesti ada kena buat. Pagi-pagi waktu sampai di sekolah, sebelum masuk belajar jadual subjek pada hari itu, mesti ada latihan pagi. Tak kiralah latihan matematik ataupun kanji. Samada dari buku latihan atau dari cikgu kelas. Cukup untuk 10 minit kalau tak silap. Esok Haziq ada subjek alam sekitar/社会. Kumpulan dia akan jalan sekitar kawasan sekolah untuk kenalpasti rumah, kedai, kuil, sekolah, kebun sayur dan lain-lain. Macam menarik. Teringat subjek Geografi waktu tingkatan 1 ker 2 dulu. Kena lukis peta dekat kawasan pekan Senggarang tapi nak dekat-dekat habis menjelajah kena kejar dengan anjing. Huhu....

Video nih dah lama. Tahun lepas kalau tak silap. Haziq baca cerita Suimi, seekor ikan kecil yang cuba selamatkan dirinya dan rakan-rakan dari dimakan ikan besar.Hazim pun suka cerita nih. Maaf sebab kualiti video kurang baik.

Kembali

Sebelum nih tak kenal pun Sara Bareilles.
Tapi dalam banyak-banyak lagu dia, Breathe Again jer yang asyik masuk telinga.



Suka sangat dengan lagu nih.
Sebenarnya lagu nak berpisah tapi liriknya best!..
#smallvillefinale
hehe...

lagi satu lagu tema drama Asukoma-chi.
Kisah budak perempuan nih masuk sekolah menengah teknikal.
Dia seorang jer perempuan dalam kelas tuh.
Best gak drama nih.
Lagu Funky Monkey tajuk それでも信じてる.
元気付ける曲だよ。

Sunday, May 15, 2011

Tenang


Jumaat minggu lepas ada presentation. Kira macam pre-viva. Heh. Nak gak guna viva nih.
Alhamdulillah, kali kedua nih memang ok sangat. Dalam masa 15 minit dapat terangkan isi research dengan 22 slides. Susah juga nak masukkan semua isi penting dalam masa yang ditetapkan dengan ayat yang mudah difahami oleh pendengar tapi itu sebenarnya skill yang patut ada pada setiap lecturer. Ini pun berlatih berpuluh kali pun rasa tak puas hati.

Sepatutnya sessi Q&A hanya 10 minit tapi sebab ramai yang bertanya, masanya dipanjangkan jadi 30 minit. Huhu. Hampir semua soalan boleh jawab walaupun bahasa Jepun tunggang langgang. Cuma ada satu soalan dari sorang sensei nih yang tak faham apa yang dia nak tanya. Supervisor yang tolong explain.

Lepas ini, cuma ada satu presentation. Itupun hari yang sama dengan hari graduasi. Takper. Nak tumpukan sepenuh perhatian untuk tulis thesis. Lega seleganya bila dah habis presentation kali ini. Ada sorang sensei nih siap kata "面白かった". Maknanya, menarik!. Yeay!!!

Wednesday, May 11, 2011

Perang

Ya, setiap pagi kena berperang dengan Haziq dan Hazim kalau nak pergi sekolah. Berperang dalam erti kata masa itu emas, esok dah takde sekolah. Ada 反省会, ada kata-kata semangat setiap pagi sebelum ke sekolah, ada syarahan tentang pentingnya bercakap waktu perlu, menggunakan perkataan yang baik-baik sahaja....itu semua dari pihak Ummi ke Haziq dan Hazim. Umminya pula, belajar perkataan Jepun dari Haziq. Kadang-kadang, kami bahaskan macam mana nak gunakan perkataan itu, maksud perkataan itu. Haziq biasalah, dia suka betulkan yang salah dan akan mempertahankan apa yang dia fikir betul tika dan saat itu. Itu yang macam nak berperang!.

Sebelum pergi sekolah, kena check semua alatan menulis dan buku dibawa mengikut jadual. Itupun masih ada barang yang tertinggal. Siapkan bekal air dan makan tengahari, sangkutkan kat beg diaorang, hantar sampai ke luar rumah dan perhatikan diaorang pergi sekolah sampai selekoh, tak nampak lagi bayang.

Fuh, lepas Haziq dan Hazim pergi sekolah, tengok jam dah pukul 8 pagi barulah boleh mulakan kerja rumah. Pukul 9 barulah boleh masuk ofis. Itupun kalau idea ada, boleh terus menulis untuk Chapter seterusnya tapi susah nak tunggu idea datang. Sambil-sambil tuh, jengah FB, Twitter, mail, blogs dan sebagainya. Barulah nak capai buku untuk dibaca. Selagi tak datang mood untuk menulis, selagi itu ada saja kerja lain.

Hazim dah mula ada kerja sekolah tapi tak cukup bagi dia. Itu yang selalu kacau Haziq buat kerja sekolah. Kacau bukannya tak kasi Haziq buat kerja tapi kacau nak suruh Haziq ajar dia subjek budak darjah 3!. Ada ke patut!!. Geram sebab akhirnya kerja sekolah Haziq lambat siap. Esok kena carikan buku latihan banyak-banyak untuk budak darjah 1 kat Hazim.

Tuesday, May 10, 2011

Dengar

Lepas habis interview nih, kenalah trancribe atau テープ起し. Maksudnya, dengar balik interview yang direkod dan tulis setiap butir perkataan. Macam-macam bunyi yang masuk. Bunyi suara budak-budak, bunyi tengah cari kertas, bunyi orang minum air dari cawan dan macam-macam lagi lah. Tapi takkan nak masukkan semua tuh so kenalah cerita macam mana suasana interview. Semua ini sebagai salah satu originality research. Kena attach dengan dissertation nanti.

Masalahnya di sini ialah nak transcribe interview yang dalam 日本語, bahasa Jepun. Alahai. Dahlah JLPT N1 tak lepas hari tuh, nak kena dengar dan taip kanji Jepun satu-satu memang agak mencabar, Tapi kalau tak cuba buat tak tahu. Harus dapat pertolongan orang yang lepas JLPT N1 kat dalam rumah nih:)

Semalam jumpa supervisor, beri hadiah jem pelbagai jenis rasa Malaysia. Nasib baik dia memang makan roti. Kebanyakkan orang Jepun semuanya makan nasi untuk sarapan pagi. Dia tanya nanti habis belajar nak cari kerja lecturer kat Jepun kan. Lepas bagi tahu suami dah ada kerja di Malaysia, dia pun kata, takper balik Malaysia nanti bolehlah dalami ilmu dalam bidang otomotif dan bantu kerajaan Malaysia untuk bangunkan industri ini. Sambil tuh, naikkan nama GSEAS, sekolah saya tuh. Hehe. sempat nak suruh promote Yamaguchi University lagi.

Ok. Mungkin akan sibuk lepas ini. Jumaat ini ada presentation. Wish me luck!!. Semua bahan dah ada tinggal nak kemaskini masuk PowerPoint. Harap-harap tak panik!....

Monday, May 09, 2011

Ilmu

Lepas habis interview dengan orang Jepun yang terlibat dalam bidang otomotif di Thai dan Malaysia, dapatlah dirumuskan beberapa perkara yang orang Malaysia ini:

1. Kurang sifat bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.

2. Cepat rasa selesa walhal kita cuma berada di takuk yang sederhana. Kenapa tak pergi ke takuk paling atas?

3. Tak cukup pendedahan dalam mencipta teknologi. Kita lebih banyak berfikir yang teknologi itu boleh dibeli sebab nak cepat dapat hasilnya. Padahal bila teknologi itu dicipta, banyak iktibar yang boleh dipelajari sepanjang proses mencipta teknologi itu.

4. Terlalu bergantung pada bantuan orang lain termasuk kerajaan sendiri. Kenapa perlu kita fikir, kerajaan patut sediakan itu dan ini sedangkan kita duduk goyang kaki tak berusaha?

5. Tak cukup semangat cintakan negara sendiri, bangsa dan agama. Belajar tinggi- tinggi tapi kerja di luar negara bertahun- tahun lamanya, tak balik Malaysia untuk sama- sama bangunkan negara dengan kepakaran yang kita ada.

Pedas juga telinga bila dengar diaorang kata macam tuh tapi memang diakui semua itu betul. Masih belum terlambat untuk kita rakyat Malaysia ubah pemikiran kepada yang lebih baik. Kita punya banyak kelebihan tapi cara kita gunakan kelebihan itu mungkin kurang betul. Pembangunan ekonomi patutnya seimbang dengan pembangunan sikap rakyat Malaysia. Saya tekad untuk berubah!.

Saturday, May 07, 2011

Beres

Rindunya nak berblog.
Pagi tadi pukul 10 baru sampai rumah dari Malaysia.
Seminggu yang penuh interview dengan kerja yang perlu dibereskan.
Kalau takde kereta dan tak boleh drive memang pengsan.
Nasib baik masih ingat jalan nak ke Bangi.
Tapi kalau masuk KL memang kena minta tolong orang hantarkan.
Pening sebab highway dah banyak, kereta pun banyak.
Satu lagi, semua orang bawa laju. Macam kat F1!.

Pergi Bangkok pun best dengan Jijah & husband dia.
Entri lepas ini, kalau dah tak busy sangat, baru boleh update.
Jumaat minggu depan ada presentation PhD.
Slide tak siap lagi. Uhuk!