Monday, April 23, 2007

Dulu, Kini dan Selama-lamanya



Ummi suka tengok gambar-gambar lama Haziq dan Hazim. Haziq kalau tengok gambar waktu baby mesti kata itu Hazim. Sampai Haziq menangis-nangis bila Ummi kata taklah itu Haziq lah...Kalau ada gambar baby, mesti kata either baby Adam (sepupu Haziq dan Hazim) atau itu Hazim. Haziq suka kalau Ummi treat macam dah besar. Kalau ada benda yang tak sepatutnya berada disitu atau sejadah/alas yang terlipat hujungnya atau tupperware yang tak bertutup, Haziq mesti nak betulkan jugak. Kalau Hazim pegang pensil tak betul atau kasut terbalik mesti bising suruh Ummi betulkan.......


Hazim lak kalau tak main siku Ummi memang tak sah. So semalam Ummi buat taktik supaya Hazim dah tak main siku Ummi. Kalau tak mesti siku Ummi luka dan berdarah. So Ummi letak sirap kat siku tunjuk kat Hazim. Bila Hazim nampak siku Ummi terus Hazim takut. Lepas tuh kalau nak main siku mesti Hazim teringat dan tak jadik nak main. "Nanti ciku(siku) Ummi dayyah (darah) ya!". yay!!. berjaya gak taktik Ummi. Malam tadi Hazim nak tidur dah tak main siku Ummi. Kesian pun kesian tapi tak laratlah Ummi...nak pangku main siku, nak tidur main siku, tengah tengok kartun main siku, nasib baik time mandi jer tak main siku Ummi....

Friday, April 20, 2007

Influenza

Haziq kena Influenza dulu...

Hazim lak kena Influenza......

Kali nih Ummi lak kena Influenza.......

Friday, April 13, 2007

Stories of my life...

Hazim dengan "peace" kat Ayah yang tengah ambik gambar..

Haziq lepas penat main gelongsor panjang dan tak mahu kena ambik gambar dengan Ummi.

Sunday, April 08, 2007

Sakura di Mekari Park





Petang-petang gi jalan2 naik bukit. Cantik betul sakura kat situ walaupun tak banyak pokok sakura tapi bila tengok pohon sakura plus pokok2 hijau dan hutan sekeliling memang menakjubkan pemandangannya. Dan semalam memang cuaca cantik. Cahaya matahari menyinar tetapi suhu tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Nyaman sungguh!

Saturday, April 07, 2007

Udang goreng salut bijan (ゴマ海老フライ)


Semalam dinner nak buat udang goreng cam makan kat kedai sushi. Cari dalam website takde resepi udang salut bijan.. Tengok2 belakang plastik pembungkus bijan tuh ada resepi.. So nak share sket...



Bahan-bahan:
12 ekor udang yang dibuang kulit kecuali bahagian ekor
garam dan pepper utk digaul dengan udang
tepung gandum
telur
bijan putih yang ditumbuk sikit
minyak utk mengoreng



Cara-caranya:
1) Gaul udang dengan garam dan pepper.
2) Balut udang dengan tepung, telur yang dipukul terlebih dahulu dan akhir sekali bijan menurut turutan.
3) Goreng dalam minyak yang sederhana panas.
4) Hidangkan dengan mayonis/sos dan salad.


Khasiat bijan:
Untuk menguatkan badan. Ia baik utk hati dan limpa serta sesuai diamalkan utk mereka yang mengalami masalah kekurangan darah..

sumber: http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a67827.htm
p/s rupa tak cantik, tak hias pun ngan salad ker....

Wednesday, April 04, 2007

Sakura (2)



Dekat2 dengan rumah ada taman mainan. Kat situ cantik betul bunga sakura yang dah kembang. Setiap kali nak keluar dan balik rumah mesti lalu tepi taman mainan nih. Haziq dan Hazim selalu ajak pergi main gelongsor kat taman nih.. Kat situ ada tempat main pasir dan Hazim paling suka main pasir kat sini. Tapi satu hari Ummi jumpa "tinggalan" milik anjing so Ummi dah larang Hazim main pasir kat situ.. Pelik betul..selalunya Jepun2 nih bawak balik "tinggalan" anjing diaorang nih mesti tuan yang pemalas...Isk..isk..isk...

Monday, April 02, 2007

Kaer AF2 - Izin Ku Pergi -

Hanami dan Sakura





Minggu lepas hari sabtu, ada Hanami (piknik bawah pohon sakura) kat Tobata Chuo Koen. Cantik betul bunga sakura. Angin kuat sungguh!!!! Penganjurnya bebudak Kyukodai. Kami tiba pun dekat tengahari. Sampai2 ada sate, bbq, yakisoba etc. Kat situ ada gelongsor besar so apalagi.. Haziq dok naik bende tuh sampai taknak makan.. Nasib baik dari rumah dah makan mee goreng. Hazim lak nak naik tapi takut so naik sama Ayah. Paling seronok Haziq dan Hazim sebab ada banyak mainan. Lepas Hanami, gi Fukuoka (rumah Nabil) sambil melawat diaorang. Balik dah malam n Haziq dan Hazim pun dah tertidur dalam kereta sepanjang perjalanan balik (2 jam).