Thursday, October 18, 2007

Lambat ke sekolah

Hari Rabu lepas, ada accident kat Yamaguchi Sen. Keretapi berlanggar dengan basikal kat fumikiri (lintasan keretapi). Tunggu kat Shin Yamaguchi Station tapi keretapi tak datang. Memang tak sempat nak masuk kelas dah. So SMS member Thai mintak bagitau kat sensei (lecturer) kata lambat sampai. Ingatkan keretapi sampai tak lama lepas tuh tapi tengok2 ofis bagi announcement kata diaorang sediakan bas. Turun tangga gi naik bas. Disebabkan ramai orang tua so kena diri dalam 30minit. Ramai student dan orang tua. Ingatkan bas akan berhenti kat station keretapi Yudaonsen tapi rupanya berhenti kat stesen bas Yudaonsen. Kena turun then jalan kaki dekat 3 km baru sampai stesen keretapi. Lepas tuh ambik basikal kayuh dalam 10 minit. Bila sampai kat kelas, tengok jam dekat 1 jam lewat. Sensei tanya apa jadik so explain kata ada accident kat lintasan keretapi.
Yamaguchi Sen jarang ada accident macam nih. Sensei pun cam terkejut tapi lepas tuh ok. Sebenarnya kalau kat Tokyo memang selalu accident camni. Orang bunuh diri. Ada dalam suratkhabar yang JR (Japan Railway) - manage keretapi kat jepun nih- akan saman keluarga oang yang bunuh diri tuh... Macam-macam kan.....

Sunday, October 14, 2007

Aidilfitri di Perantauan







Beraya di perantauan nih memang sekejab ajer. Pagi bangun gi sembahyang raya pastu round raya ke rumah malaysians di Tobata dan rumah kohai di Yamaguchi pastu lepak kat rumah....Haziq pulak tengah tak sihat so cepat aje nak rehat. Kalau kat Johor, masih tunggu orang lelaki datang marhaban. Lepas tuh nak basuh pinggan etc....

Haziq dan Hazim belum pandai tahu raya tuh amenda. Haziq pernah tanya "Raya tuh apa Ummi?". Hazim lak "Esok kita nak jalan raya ya?".









Hari nih buat makan-makan untuk kohai dari Yamaguchi. Ingatkan girls ada datang rupanya semuanya bujang belaka. Bila adik-adik dari yamaguchi datang rumah beraya teringat waktu study dulu kat Hiroshima. Time beraya memang look forward untuk gi beraya ke rumah yang family sebab dapat makan best!!!. maklumlah waktu bujang dulu masak simple. Belum ada pengalaman so bila gi beraya rumah family mesti diaorang masak sedap-sedap. teringat masakan orang malaysia sana. So bila kali ini adik-adik dari Yamaguchi datang untuk beraya, alahai teringat zaman dolu dolu....(p/s teringat beraya rumah Kak Lah & abg Mat, Kak Ina & Abg Rashid, kak Ida & Abg Har dan yang lain2)




Selamat Hari Raya Aifilfitri untuk Semua



Pengenalan gambar: Gambar atas ialah Malaysians in Kita Kyushu-bergambar di Kaikan Tobata, gambar bawah ialah Malaysians & seorang indonesian (Hanifa) in Yamaguchi di depan rumah Dyana kat Ube

Tuesday, October 09, 2007

Hazim Waiz

Selamat Hari Lahir ke 3 Hazim!!

Hari ini Hazim cukup 3 tahun.
Banyak yang Hazim dah pandai buat.
Tapi yang tak bestnya sempena birthday Hazim hari nih...
Hazim kena penyakit Tangan, Kaki dan Mulut...

update 11/10: Haziq mula sakit dalam mulut, taknak makan dan demam. Berjangkit lak dengan Hazim. Macam mana nak raya nih.....