Monday, September 28, 2009

Masak-masak

(taken from here)

Hari-hari pening fikir nak masak apa untuk makan malam. Rasanya puas dok pusing menu yang sama. Asyik buka pintu peti ais, tengok apa dalam peti ais dan duduk depan komputer. Lepas itu masukkan keyword barang dalam peti ais tadi kat google. Click kat resepi yang bergambar sahaja. Mak zaman moden katakan....

Tuhpun still pening nak masak apa.........kalau tanya Haziq, either nasi goreng atau cream spaghetti letak salmon dalamnya...tapi kalau masak dua menu nih, Hazim kureng sikit makan..

Bila tanya Hazim nak makan apa, jawapan dia paling best..."nak shiro gohan"...huhu....

(taken from here)

* shiro gohan= nasi putih. Nasi Jepun paling sedap dimakan begitu sahaja....

Friday, September 25, 2009

Tanam padi


Sebenarnya dah lama nak buat entri pasal padi kat tadika Hazim tapi tak sempat.

Macam tak percaya bila tengok budak-budak tadika Hazim tanam padi boleh hidup walaupun dalam bekas polisterin. Tapi itulah uniknya tadika kat Jepun.

Sekolah Jepun mementingkan pertanian. Setiap sekolah mesti ada kebun sayur. Ada ajer sayur atau buah yang ditanam. Guru besar sekolah Haziq ada pengalaman mengajar di sekolah Jepun di Singapura. Bila dia dan murid sekolah itu cuba tanam sayur kat belakang sekolah, tengok keesokkan harinya dah kena cabut dengan tukang kebun (rakyat tempatan). Kata tukang kebun itu "tanah kecik macam nih mana boleh nak tanam sayur. Buang masa sahaja". Punyalah sedih guru besar itu yang pada hematnya nak ajar budak Jepun betapa pentingnya bercucuk tanam bagi orang Jepun. Lepas itu, dia mintak kat management sekolah Jepun untuk buat satu kawasan berkebun dalam kawasan sekolah dan masukkan dalam kurikulum sekolah.

Rasa macam nak tanam macam-macam kat beranda rumah tapi dah nak masuk musim sejuk jadi tangguh dululah sampai tahun depan......


Final Presentation Sempai

Hari ini tengok sempai (senior) D3 buat final presentation. Ada 3 orang sempai dari China dan seorang orang Jepun. Presentation dalam Japanese so memang power juga ayat-ayat ekonomi yang digunakan. Dua orang sempai nih sama Supervisor dengan saya tapi berlainan tajuk kajian.

Yang seorang dari China nih dia buat pasal "agricultural finance system in China." Lebih kurang macam bank pertanian di Malaysia. Yang ini susah sket nak faham. Tapi yang nak cerita pasal kajian sorang sempai Jepun nih.

Dia buat pasal sistem pendidikan subjek Matematik di China. Sebenarnya dia nak compare belajar matematik di sekolah menengah kat Jepun dan China tapi akhirnya dia cuma dapat buat macam mana dia cipta dan laksanakan satu cara belajar Matematik yang baru di satu sekolah pendalaman (China).

Orang China memang pandai matematik jadi dia ambil pengalaman dia mengajar Matematik di Jepun dan sepanjang dia buat kajian di US, Germany dan China, lepas tuh dia gabungkan untuk cipta satu sistem belajar Matematik yang baru.

Menarik sebab kalau sebelum ini pelajar tidak terlibat langsung dalam kelas, melalui sistem yang baru ini, semua pelajar akan turut sama terlibat dalam kelas dan tahap pemahaman jadi tinggi. Tak hairanlah kalau dia sampai 4 tahun baru lepas phd. Lagipun orang Jepun yang nak dapat phd memang agak susah nak lepas berbanding dengan pelajar asing.

Lepas tengok diaorang buat presentation terus rasa bersemangat. Macam-macam idea yang keluar........

Sunday, September 20, 2009

Cerita di hari raya

Wah, rindunya nak masuk blog dan menulis kat sini.....Sebelum itu, nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kat semua pembaca blog ini. Saya minta ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sekiranya ada kata-kata saya di dalam blog ini yang me-minisize-kan hati semua secara tidak sengaja mahupun tersengaja.....Ok, ini nak masuk cerita hari raya di Jepun.

Pagi-pagi lagi dah keluar nak pergi sembahyang raya kat Masjid Fukuoka. Haziq dan Hazim pun seronok nak pergi sembahyang raya. Sampai masjid dalam pukul 7:45 pagi, cari parking. Nasib baik sekitar masjid banyak parking.

Waktu sampai kat masjid, nampak orang tv tengah interview orang kat depan masjid. Ramai jugalah dalam masjid. Haziq dan Hazim ikut ayah ke dewan orang lelaki, dewan orang perempuan pula tingkat 2.

Masuk tempat orang perempuan takde langsung kelibat orang Malaysia. Yang ramainya orang Indonesia dengan orang belah Middle East sana. Ada juga orang Jepun yang kahwin dengan orang Indonesia. Memang terrer sungguh speaking bahasa Indonesia...

Bila dengar takbir raya buat pertama kali di masjid baru nih, terasa sayu ajer. Waktu sembahyang raya pula, imam baca surah lagilah terasa macam berada dunia yang lain. Sunyi dan sepi. Yang dengar hanyalah suara lantang imam sahaja.

Lepas habis sembahyang, makan sikit-sikit (tempat perempuan kat tingkat 3 tapi masuk-masuk punyalah ramai orang dalam bilik makan!!!!). Nak juga makan so kemas sikit-sikit atas meja, then jamah kuih syria kot pastu baru beraya ke rumah Abang Shamsul di Wakamatsu.

Lepas singgah rumah Abang Shamsul, kami beramai-ramai ke rumah Abang Halim + Kak Shah di Kokura. Lepas makan mee kari, jamah kuih raya sikit barulah balik rumah. Habis 1Syawal.

Esoknya, barulah warga Wakamatsu pula beraya ke Moji. Buat nasi briyani dan mee bandung banyak jugalah. Lepas makan-makan, kami ajak ke Mekari Park untuk jalan-jalan dan ambil gambar. Selamba sahaja semua yang perempuan dengan pakai baju kurung pergi jalan-jalan. Adalah Jepun-jepun semua dok tengok dari atas ke bawah. Huhu...Habis jalan-jalan, barulah diaorang balik terus. Begitulah habisnya 2 Syawal aka raya kedua kat Jepun nih.

Seronok betul tengok kat Facebook, gambar kawan-kawan beraya di perantauan. Macam meriah ajer:) .....