Tuesday, October 16, 2012

Mengandung dan Bersalin

Hazim dan Fahim

Memang banyak rintangan dan cabaran sepanjang mengandungkan Fahim. Dari start tahu mengandung dan dalam proses nak siapkan thesis phd sampailah dah bersalin. Tapi disebalik semua itu, saya pasti ada hikmahnya. Belajar untuk bersabar, mengadu macam-macam pada yang Esa dan Alhamdulillah dapat naik pentas ambil scroll PhD dengan baby 3 bulan dalam perut. Sungguh, besar jasa dan pengorbanan ibu yang mengandung. Bila doktor kat Jepun kata ada ketulan darah sebelah baby dalam perut, mula tak sedap hati. Takut kanser atau ketumbuhan. Rupa-rupanya fibroid. Sebenarnya waktu sebelum ke Jepun pernah buat pap smear dan doktor dapat detect sel seakan ketumbuhan cuma tak berapa clear. Disebabkan sibuk nak ke Jepun, terus lupa nak follow up kat doktor Jepun.

Nasib baik fibroid tak besar. Baca banyak maklumat kat internet dan buku pasal fibroid. Nak dijadikan cerita, bila balik Malaysia, minta second opinion dengan doktor kat Hospital Serdang. Tapi lain pula jadinya. Kena tahan di hospital sebab air ketuban sedikit dan baby kecil. Doktor takut baby takde pembesaran dalam perut dan bagi pilihan untuk induce minggu ke 38 nanti (waktu nih minggu ke 36).

Dua minggu berkampung di wad menjadikan diri ini lebih cekal dan segalanya diserahkan pada Allah. Hari-hari pesan sama baby supaya kuat semangat macam Umminnya. Alhamdulillah bila buat scan, air ketuban naik dari 5 ke 10 dan baby pun bertambah berat jadi 2.1kg. Lepas discharge, doktor pesan suruh masuk wad pada minggu ke 40 untuk induce pula.

Bila masuk wad untuk di-induce pada due date, tengok-tengok wad bersalin penuh. Biasalah hospital kerajaan. Akhirnya hari yang dinanti pun tiba. Takut juga kena induce sebab dengar cerita macam-macam kata sakit sangat dari beranak normal. Jam 9:30 pagi turun ke wad bersalin, 10:30 masukkan ubat dan sakitnya datang dengan cepat. Walaupun muka nampak macam tak sakit (kata budak praktikal jururawat yang ada sama dalam bilik), tuhan saja yang tahu sakit nak bersalin cara induce nih lain sikit sakitnya. Akhirnya jam 12:30 tengahari, baby pun lahir dengan sekali teran, berat pula 2.92kg. Menangis masa tuh juga sampai bidan kata ibu jangan nangis, bagi baby menangis. Menangis sebab terharu, semuanya dah selesai. Punyalah lama tunggu. Jarak pun 8 tahun. Memang kelahiran kali ini menunjukkan segala-galanya kuasa Allah, percaturan dari yang Esa. Kita hanya mampu merancang dan berdoa sahaja. Terasa diri ini kerdil sangat.

7 comments:

  1. ya Allah..taktau pun kak hanny ada complication waktu preg hari tu.syukur kak hanny n baby semua selamat.yoku gambatta ne ummi n fahim :)
    *kinchounyaaa menanti turn sendiri*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah nas. Macam-macam bila mengandung di usia lewat 30-an nih. Sementara Nas masih muda nih, beranaklah ramai2 ya.. hehe.. gambare nas. InshaAllah dipermudahkan. Banyakkan berdoa..

      Delete
  2. Nice Blog..i love it.

    ReplyDelete
  3. Tahniah K.Hanny..! kandou plak baca. Yg penting semuanya dah selesaii.. Alhamdulillahhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Izan...Nih tengah giat menurunkan berat badan sebelum pregnant lak...

      Delete
  4. alhamdulillah..segalanya berbaloi
    tahniah utk kelahiran baby baru

    ReplyDelete