Friday, October 30, 2009

Ladang

Hari sabtu lepas, sekolah Hazim buat rombongan ke Green Park. Kami berdua naik bas yang disewa khas oleh pihak sekolah dengan kawan-kawan Hazim yang lain. Sampai-sampai sahaja, Hazim makan dulu. Kawan-kawan lain ada yang dah berlari ke tempat mainan tapi biasalah Hazim kalau takde Haziq mesti jadi pendiam. Tak lama kemudian, Haziq sampai dengan Ayah naik kereta. Lepas beri Haziq dan Hazim main di tempat mainan, ajak tengok kanggaru (ada anak kanggaru duduk dalam poket ---- kaki anak kanggaru sahaja yang nampak..) dan tengok bunga kosmos.

Inilah rupa bunga kosmos di Green Park

Lepas tengahari terfikir nak pergi mana. Terus cari ladang buah. Sekarang dah sampai penghujung musim anggur dan pear atau nashi tapi kami redah juga mencari ladang buah. Telefon sana sini, cancel pergi ke ladang yang dah telefon awal-awal (sebab jauh sangat dan dah petang), masuk hutan, naik gunung, keluar hutan, akhirnya jumpa ladang buah anggur dan nashi yang terletak di Iizuka. Memang dalam hutan belantara sungguh. Tapi seronok sangat masuk ladang buah. Tenang!.

Sebelah kiri pokok nashi dari dua spesis yang agak terkenal,
Hosui (豊水)dan Niitaka (新高).
Sebelah kanan anggur jenis tiada biji dalamnya tapi besar-besar (巨峰).

Pertama kali tengok pokok nashi terkejut sebab rendang. Ingatkan macam pokok epal, tinggi dan ada jarak antara pokok tapi pokok nashi bukan seperti itu. Rendang dan rantingnya rapat serta berselirat sesama pokok. Menurut kata tuan punya ladang, pokok-pokok yang dah berumur 20 tahun itu memang dibuat begitu untuk memudahkan kerja memetik. Bawahnya pula bersih saja.

Cara memetik buah pear adalah dengan menolaknya ke atas. Tak perlu gunting segalanya. Pilih buah pear yang besar dan berat. Buah pear juga elok untuk kurangkan batuk, darah tinggi, kencing manis dan banyak lagi khasiatnya. Haziq dan Hazim bukan main seronok dapat petik buah pear. Maklumlah kesukaan masing-masing..

Warna kyoho sebenarnya lebih kepada merah ke-ungu-an. Kiranya yang ini defect nyer.

Sebelah ladang buah pear ada ladang buah anggur tapi sekarang musimnya dah habis. Yang ada hanyalah anggur yang tak menjadi, jenis kyohou (巨峰). Kami dapat rasa setangkai yang menurut kata tuan punya ladang tak berapa sedap. Tapi bila sampai kat tekak kami, sedap aje!!.

Waktu nak balik, sempat ambil gambar kincir air di depan kedai. Unik sangat. Lagi satu, waktu kami ramai-ramai tengah borak depan kedai, tiba-tiba dari jauh lagi dengar bunyi kereta mengaum. Tapi tak nampak pun kereta yang datang. Tengok-tengok ada pula Porsche warna merah tengah test jalan rasanya lalu depan kami. ちょう~~~ 格好いい!

* Semua gambar di atas di ambil oleh budding photographer, Izzat. Thanks Izzat!. Cayang Izzat..

Inilah pemandangan depan kedai dengan kincir air. Tuan punya ladang itu kata ramai juga orang dari Eastern Europe, Korea dll datang ke ladang. Tapi ini pertama kali orang Malaysia datang ke ladang dia.


Siap!

Pemandangan musim luruh dari bangunan Fakulti Ekonomi.
Bangunan putih tuh perpustakaan tapi tak mesra "pelajar"


Hari ini berjaya siapkan full paper untuk Conference di Malaysia bulan 12 dan dah hantar. Yeay!.
Tapi sebelum itu, nak kata...Saya riiiinnnnnnduuu untuk menulis dalam blog ini.

Banyak cerita nak kongsi bersama.
Cerita kami ke ladang pear dan anggur (梨狩り),
cerita kereta kena "cium" kat bumper depan (kami tiada dalam kereta),
cerita kapal kontena Korea berlanggar dengan kapal 自衛隊(Japan Self Defense) di Selat Kanmon (kami juga tiada dalam kapal) dan cerita Haziq Hazim.

Tapi tak tahu nak cerita yang mana satu dulu.
Tunggu ya......


Friday, October 23, 2009

Don guri

Sekarang nih setiap pagi, budak-budak sekolah Hazim dari umur 3 tahun hingga 6 tahun keluar jalan kaki ramai-ramai naik atas bukit dekat dengan sekolah diaorang. Aktiviti ini, "aruki-ing (aruki maknanya berjalan dalam bahasa Jepun), dimulakan dari musim luruh hinggalah hampir musim sejuk. Bagus juga bila jalan pagi macam ini. Kaki jadi kuat sebab panjat bukit, badan jadi cergas dan dapat pula melihat pemandangan sekeliling.

Waktu jalan-jalan, diaorang mula pungut don guri (buah pokok oak) dan daun yang mula kekuningan serta kemerahan. Sampai di sekolah, cikgu-cikgu akan buat kraftangan macam yang di atas dan letak di merata tempat dalam sekolah. Ada bentuk binatang, ada bentuk Totoro (karakter terkenal dalam anime Jepun) dan macam-macam lagi. Tersangatlah kreatifnya cikgu sekolah Jepun nih!.

* Tengah nak menyiapkan full paper untuk conference bulan 12 tapi yang datang asyik-asyik idea nak tulis dalam blog. dou shiyou....sempat ker ni...

Thursday, October 22, 2009

Cicah

Baca di sini untuk tahu kat mana boleh beli mug nih.

Berapa ramai antara kita yang suka cicah keropok ikan dalam kopi sebelum makan?.

Dan ada tak yang selalu makan goreng pisang yang sebelumnya dicelup dalam susu?.

Oh tidak.....bukan Haziq dan bukan Hazim.

Hazim:
Suka celup oreo dalam susu sebelum makan tapi tak nak minum susu dalam cawan tuh. Dia kata "ada hitam - hitam (biskut oreo) dalam susu. Tak nak". Tapi dia tak perasan gigi habis warna hitam!.

Haziq:
Suka cicah biskut oreo juga dalam susu tapi masuk sekali dengan tangan. Pening..pening...

Ummi:
Nak mug macam yang kat atas sebab boleh jimat air basuh pinggan. Selain letak biskut kat bawah, boleh letak jemput-jemput buat sarapan pagi.

Wednesday, October 21, 2009

Boku wa Kimi ni Koi o suru


Makna tajuk lagu: I fell in love with you

Baru lepas dengar lagu nih kat radio. Best sangat. Penyanyinya Ken Hirai (muka tak macam Jepun langsung tapi dia memang 100% Japanese). Lagu nih lagu tema untuk movie terbaru Mao-chan (heroin cerita Hana Yori Dango), Boku no Hatsukoi o Kimi ni Sasagu (I dedicate my first love to you).

update 30/10
Hari tuh punye dah takde dalam youtube so ini yang pv yang baru.

Monday, October 19, 2009

treehouse

Waktu kecil dulu suka sangat buat rumah. Ambil cardboard yang keras dan buat bilik tidur, ruang tamu, dapur ala-ala rumah contoh. Siap letak kerusi, sofa, tv, katil dan almari guna kotak mancis dan kertas origami. Lepas itu buat anak patung dari manila kad siap dengan baju bermacam-macam jenis fesyen. Dulu-dulu mana ada Barbie semua tuh. Lagipun budak kampung, jadi tak kenal anak patung yang ada rambut blond dan seberadik dengannya.

Bila dah siap "rumah contoh" guna kertas, teringin nak buat treehouse tapi takde pula pokok yang sesuai untuk di buat rumah atasnya. Akhirnya buat sendiri rumah dari daun pisang dan dahan kayu kutip dari merata tempat. Esoknya bila nak main pondok-pondok, tengok dah tiada. Abah dah bakar waktu "meron" belakang rumah.

Taken from OhGizMo!

Sebenarnya kagum bila tengok orang US pandai betul buat treehouse macam-macam gaya. Macam dalam gambar di atas, ada 11 tingkat dalam treehouse yang orang US nih buat. Kagum!.Di Jepun, susah nak jumpa treehouse. Mungkin sebab tak banyak pokok yang tinggi-tinggi dan sesuai untuk di buat treehouse.

*meron = bahasa jawa maknanya lebih kurang kemas yang besar-besaran. Cara sebutnya "me"= macam terung punya "te"

Saturday, October 17, 2009

Membaca

Taken from Amazon

Setiap minggu hari Jumaat adalah hari meminjam buku di sekolah Hazim. Semalam Hazim pilih buku yang kat atas " Byouki kara mamotte kureru tabemono (Makanan yang dapat mencegah penyakit)". Buku ini memperkenalkan sayuran dan buahan bewarna hijau yang dapat membantu badan dari dijangkiti penyakit.

Menariknya dalam buku ini:
- sayuran dan buah-buahan dibahagikan mengikut musim (digalakkan makan makanan mengikut musim kerana waktu itu banyak khasiat dan yang paling penting murah- banyak dijual di merata tempat)
- bunyi ketika makan. contohnya kalau makan timun, bunyinya "pori", lobak "karik", tomato "munyu" dll. Kanak-kanak memang seronok apabila dengar bunyi yang pelik dan menarik. Sebab itu digalakkan menukar intonasi suara ketika membacakan dialog dalam buku cerita kepada kanak-kanak.
- Gambar sayuran dan buahan yang ada kaki dan tangan dengan muka yang ceria tinggal dalam negara bewarna hijau. Ada juga gambar lauk pauk yang telah dimasak dan dihidangkan dalam restoren. Bila tanya Hazim suka yang mana, dia tunjuk tenpura sayur. Huhu.. yer ker...

Kesimpulannya di sini, pupuklah minat membaca sejak dari kecil lagi.

Friday, October 16, 2009

Rumah Terbuka

Lepas baca artikel di utusan malaysia mengenai "Jepun perlu contohi Malaysia", terfikir untuk buat entri ini.

Berbeza dengan Malaysia, orang Jepun sebenarnya susah untuk menjemput orang datang ke rumah. Lebih-lebih lagi jika orang itu mahu bermalam di rumah mereka. Sehinggakan ada pendengar wanita yang menelefon radio mengatakan dia menghadapi masalah ibu mertuanya suka datang bermalam di rumahnya tanpa membuat temujanji terlebih dahulu!.

Ada satu tv program di mana celebriti atau artis (terkenal mahupun suam-suam kuku) datang ingin menumpang tidur di rumah penduduk kampung untuk semalam (田舎に泊まろう) sambil beramah mesra, cukup susah mencari rumah yang ingin ditumpangi. Walaupun mereka kenal celebriti itu, mereka susah untuk mempelawa dia datang bermalam. Kesian tengok celebriti itu mencari tempat bermalam dari tengahari hinggalah sampai senja. Mungkin orang Jepun susah untuk menerima tetamu yang datang tidak dirancang atau mereka ada budget sendiri?.

Waktu hari raya yang lepas, orang Wakamatsu dan adik-adik dari Ube datang berhari raya ke rumah. Dua hari selepas itu, jiran (orang Jepun) bertanya siapa yang datang. Dia memang suka bertanya mengenai Malaysia. Jadi ceritalah kat dia tentang hari raya dan konsep ziarah menziarahi. Dia cukup kagum bila kita jenis tak kisah menerima tetamu dan dia tak boleh bayangkan kepenatan memasak untuk 30 orang dan melayan tetamu yang ramai. Dia pula yang kata "Lepas ini bolehlah buat makan-makan jemput dia pula ya!". Memang selalu beri dia nasi beriyni dan lauk kalau buat makan-makan dan dia sekeluarga cukup suka makan nasi beriyani. Huhu.. Proud to be Malaysian!!.

Wednesday, October 14, 2009

H1N1

Baru dapat tahu yang ada budak darjah 3 sekolah Haziq kena H1N1. Ada sorang lagi cuti sebab demam tapi belum dapat tahu samada H1N1. Risau juga. Di Tokyo dah banyak sekolah cuti sebab H1N1.

Tengok tv pula, vaksin hanya akan sampai dalam minggu depan. Tapi vaksin diberi keutamaan untuk kumpulan:
1. Doktor, jururawat dan yang bekerja dalam bidang perubatan (mula diberi minggu depan).
2. Orang mengandung dan yang berpenyakit/berisiko tinggi (mula bulan 11)
3. kanak-kanak di bawah umur 9 tahun (mula bulan 12)
4. Penjaga/ibubapa kanak-kanak berumur 1tahun ke bawah (mula bulan 12 juga tak silap)

Selebihnya tengoklah kalau vaksin cukup atau tidak. Nak kena buat appointment dan kena cucuk sebanyak 2 kali dengan jarak 1 bulan diantara kali pertama cucuk dengan kali kedua cucuk. Harga vaksin adalah 6,150yen (RM232). Vaksin bagi influenza biasa pula adalah berbeza dengan vaksin H1N1 tapi boleh di ambil serentak.

Walaupun dah ambil vaksin, kita semua masih perlu basuh tangan, kumur dan elakkan berada di tempat yang ramai orang. Sama-sama kita berdoa semoga kita semua dilindungiNya.

* Baru tahu ini bukanlah kali pertama H1N1 muncul tapi tahun 1918, dunia pernah dikejutkan dengan H1N1 yang dikenali sebagai Spanish Flu.

Monday, October 12, 2009

Raya di Ube

Kredit untuk Amir, tuan punya kamera


Semalam kohai buat makan-makan di Ube sempena Raya. Setiap tahun memang diaorang ada buat makan-makan. Masak ramai-ramai dan panggil kawan Jepun, Indonesia, Bangladesh dan negara yang lain. Banyak betul makanan yang diaorang masak tapi by the time kitaorang sampai makanan pun dah beransur kurang. Orang pun dah tak ramai. Yang penting kat sini bukan makan-makan, tapi kerjasama dalam menjayakan satu perkara. Syabas untuk korang. 勉強もがんばってね。。

Untuk laporan bergambar, boleh pergi kat blog Nas.

Sunday, October 11, 2009

Merantau

Tadi jalan-jalan ke merata blog. Mula dari blog si polan ini, lompat ke blog si polan ini pula dan seterusnya hingga blog yang lain sehingga lupa nak buat apa lepas baca blog. Hazim pun sibuk menyanyi "nai, nai, nai " sambil main Lego.

Tapi kat sini nak cerita pasal blog yang di lompati (er..ada ker perkataan ini dalam kamus tatabahasa?). Seronok bila baca blog orang Malaysia yang merantau keluar dari Malaysia. Dulu selalu ikut blog dari Australia, lepas itu satu blog dari US (Joe Perantau - tak tahu hilang mana), lepas itu blog dari Afghanistan, sekarang ini blog dari belah Eropah. Ramai rupanya orang Malaysia di merata dunia.

Kebanyakkan topik adalah pasal jalan-jalan, kelas, makanan (yup, topik menarik untuk orang yang dah lama tak balik Malaysia) dan akhir sekali topik anak-anak. Bila baca entri pasal jalan-jalan, seperti kita pula yang berjalan bersama. Memang tak sanggup nak baca entri yang panjang jadi cukup sekadar baca keyword penting. Tahulah juga apa cerita lain pasal negara itu yang takde dalam buku atau travel magazine.

Tapi sampai sekarang belum jumpa lagi blog orang Malaysia yang duduk di benua Afrika. Ada ke ya?..

Saturday, October 10, 2009

Sinki

Gambar sinki basuh tangan di restoren tuh lebih kurang cam nih..
Di ambil dari
sini.

Di Jepun, sinki basuh tangan memainkan peranan penting dalam rumah atau restoren mahupun di tempat kerja. Masuk sahaja rumah mesti basuh tangan dahulu. Orang Jepun memang mementingkan kebersihan.

Restoren yang kami selalu pergi ada sinki dekat dengan pintu masuk dan bersebelahan kaunter pembayaran. Menarik tengok design sinki tuh. Kejepunan.....

Cara nak pasang pun mudah sahaja. Harga pula boleh tahan sebab ceramik seperti ini memang mendapat permintaan yang tinggi di kalangan orang Jepun (antara RM600 hingga RM2000). Lagi popular nama pereka, lagilah mahal. Saiz pun ada macam-macam....

Kalau nak tengok design yang lain boleh ke sini dan sini. Juga di sini.



Saturday, October 03, 2009

Undokai 2009



Hari nih ada undokai (hari sukan) kat tadika Hazim.
Pagi-pagi lagi Hazim dah bangun excited nak pergi sekolah.

Memang comel sungguh tengok budak-budak menari dan lumba lari.
Umur baru setahun tapi pandai menari.
Macam mana lah cikgu-cikgu train diaorang nih..

Haziq ikut sekali ke undokai nih sebab ada acara untuk budak-budak sekolah rendah.
Seronok dia jumpa kawan-kawan lama. Main pun bagai nak rak!.

Habis semua acara pukul 12 lebih. Nasib baik tak hujan. Mendung sekejab ajer.
Tapi angin punyalah kuat. Dahlah sekolah nih atas bukit.
Boleh nampak air laut bergelora..
Bila dah nak balik, Hazim kata "sampai tsukareru (penat)".
よく頑張ったよハジムくん!


Friday, October 02, 2009

Mereka

* entry kali ini menggunakan "aku" di atas sebab mood terasa nak buat entri sempoi...

Bila lama tak ke sekolah, macam-macam cerita yang keluar.

Satu-satunya orang ofis (Mr. Tsuji) yang duduk kat bangunan research kami dan selalu tolong kalau komputer problem, ink printer habis, macam mana nak apply research grant dan segala problem yang teknikal dah berhenti kerja. Lepas nih dia jadi free. Katanya nak tengok arah tuju hidup dia lepas nih. Dulu rajin juga dia nih datang borak kat bilik time aku tengah busy buat report last minit. Huhu..

Cerita kedua, second supervisor ku, Yoon-sensei akan pindah ke U lain. Kat Jepun nih baru aku tahu yang lecturer IPTA akan rotate U setiap berapa tahun tah sekali. Mungkin naik pangkat jadi Prof. Lepas nih pening kepala aku nak cari sensei yang sama research.

Lagi satu, aku jumpa kawan dari China yang sama 1st year phd , Kana-chan. Lama tak jumpa dia. Dia balik kampung. Terkejut bila dia kata dia balik sebab kahwin. Langsung tak tahu. dia dah ada bf. Husband dia (Chinese) tuh sama research centre dengan kitaorang tapi dah final year. Aku pernah berapa kali nampak diaorang berdua tapi ingatkan sebab sempai-kohai. Tapi macam pelik gak tengok body language diaorang berdua. Dalam hati mesti diaorang nih ada apa-apa...Memang betul aku teka. Time tuh tengah couple then sekarang diaorang dah kahwin. Tengok gambar kahwin memang kiut miut lah si Kana nih......

Sekarang tengah busy nak siapkan full paper untuk hantar hujung bulan 10. Baru satu paper. Belum start buat yang lain. Boleh ke aku buat semua nih?.....


Thursday, October 01, 2009

Lesen Kereta

Poskad suruh renew lesen dah lama sampai. tapi baru hari nih nak buat. Kat Jepun, lesen memandu akan mati sebulan selepas birthday. Tempoh untuk buat lesen yang baru adalah 2 bulan iaitu sebulan sebelum dan sebulan selepas birthday.

Nak renew lesen kena ambil kelas keselamatan jalanraya selama 2 jam. Untuk orang yang pertama kali renew dan orang yang kena 3 point kesalahan ( bawa laju atau accident), kena hadir kelas selama 2 jam. Kalau lepas 3 tahun, tiada point kesalahan dikenakan barulah kena hadir 1 jam sahaja atau 30 minit sahaja.

Lesen memandu kat Jepun ada warna. Warna biru untuk yang biasa, lepas biru jadi warna gold selepas 5 tahun untuk pemandu yang tiada point kesalahan jalanraya langsung. Banyak kelebihan siapa yang dapat gold nih. Antaranya harga insurans kereta murah, boleh attend kelas 30 minit sahaja dan macam-macam lagi.

Tapi yang nak cerita kat sini pasal kelas tadi. Dalam satu kelas ada lebih kurang 25 orang. Diaorang buka banyak bilik jugalah. Mula-mula dia tayang video pasal macam mana boleh jadi accident. Lepas itu barulah instructor bagi lecture. Adalah dalam dia cakap banyak-banyak, dia bagi nasihat supaya ambil masa untuk lihat keberangkalian berlaku kemalangan dari semua sudut. Maknanya, mungkin tiba-tiba ada budak lari ke jalan nak ambil bola, orang tua naik basikal terhuyung-hayang sebab angin kuat dan lain-lain.

Kebanyakkan kemalangan jalanraya kat Jepun adalah kemalangan di simpang (dekat 60%). Puncanya: tak berhenti di garisan yang kena berhenti sebentar (walaupun tiada lampu isyarat). Sambil-sambil dia bercerita contoh kesalahan jalan raya, dia cerita betapa mahalnya nak bayar denda, kena masuk penjara (kalau bawa kereta dalam mabuk) dan kemungkinan besar lesen akan ditarik balik. Habis lecture, lesen yang baru pun siap. Setengah hari dah beres semuanya:)

Mungkin kalau sekali dengar, lecehnya nak renew lesen kat Jepun nih tapi sebenarnya elok sekali sekala kita diingatkan tentang pentingnya bersabar di jalanraya dan ingat kesilapan kecil ketika membawa kereta boleh mengundang bahaya bukan sahaja pada diri kita tapi orang lain juga.

Akhir kata, selamat memandu. 無事故無違反で。。。(ingatan untuk diri sendiri gak...)