Wednesday, March 28, 2007

Hazim



Ummi geram sangat2 kat Hazim sebab .........................

Petang-petang



Haziq dan Hazim suka pergi taman mainan so petang ahad hari tuh Ummi dan Ayah bawak gi jalan2 ke Kokura. Dalam setengah jam naik kereta dari rumah. Bila sampai kat taman tuh seronok sungguh sebab ada macam2 bentuk mainan. Ada bentuk sotong kurita, ada bentuk keretapi (favourite Haziq dan Hazim) dan ada bentuk binatang macam2 lagi. Tapi Ummi suka tengok sotong kurita tuh sebab boleh main gelongsor. Kalau tak ramai orang mesti Ummi ikut main kat sotong kurita tuh.. Ada banyak burung merpati jugak. Bila nak ajak balik, Haziq dan Hazim buat2 lambat.. Aduhai....

Monday, March 19, 2007

origami



Hazim dah sihat tapi hari nih Ummi nak monitor keadaan Hazim so tak pergi sekolah. Semalam pergi 100yen shop. Sebab Haziq suka buat origami so Ummi dan Ayah belikan kertas nak buat origami. So hari nih duduk kat rumah surf internet, Ummi jumpa satu website pasal ORIGAMI. Bagus betul website nih.. So tiga beranak buat projek origami. Nanti kalau Ummi dah terrer kita buat yang susah2 sket ya...

Friday, March 16, 2007

Drip

Hazim tak sihat lagi. Still muntah2 dan cirit. Selalu baring macam tak larat ajer.. So Ummi bawak Hazim gi jumpa doktor lagi. Tak sangka pulak kena tahan 2 jam kat klinik untuk tenteki (masuk air). Apalagi!!Hazim menangis time nak cucuk jarum masuk kat tangan. Dahlah tak jumpa kat tangan kiri so kena masuk tangan kanan lak..Ummi duduk kat klinik tuh menunggu Hazim. Sambil tuh bacakan buku cerita. tengok2 Hazim dah lena walaupun sebelum tuh dok menangis kata sakit, sakit. Haziq pun tak lama lepas tuh tertidur. Pinjam katil sebelah..Alahai....Esok pun kena jumpa doktor lagi..

Thursday, March 15, 2007

Hazim tak sihat

Semalam lepas balik dari sekolah, Hazim makan Yaki imo (keledek bakar) Ummi buat. Lepas itu ambil Ayah kat eki (ayah balik awal..yea!!). Bila balik rumah, Ummi tengah masak, tiba-tiba Hazim muntah kat dapur. Banyak!. Ummi terus bersihkan lepas tuh Ayah check suhu badan Hazim. Tapi Hazim tak demam. Lepas tu bila makan malam, Hazim makan nasi. Tak lama, Hazim muntah lagi. Tak boleh dah bagi makan lagi. Tengah malam pun Hazim muntah lagi.


Pagi tadi Ummi bangunkan Hazim, nak bawak jumpa doktor. Call sekolah kata Hazim tak sihat. Sensei kata maybe kena norovirus . Pagi, Hazim muntah lagi. Cirit sekali. Dalam kereta nak pergi klinik, Hazim muntah lagi. Dah 8 kali muntah. Bila jumpa doktor, dapat ubat masuk bon***. Balik rumah Ummi bagi ubat, Hazim menangis kata sakit. Kesian tengok Hazim nangis. Hazim haus, mintak air, Ummi bagi milo. Sebenarnya budak kalau asyik muntah ajer doktor nasihatkan bagi air satu sudu. Sedikit2 tapi Hazim lapar agaknya mintak banyak so Ummi bagi pakai sudu sikit2 tapi banyak kali. Hazim muntah banyak kali. Tambah cirit birit lagi..Tak boleh jadi nih...Ummi ajak Hazim tidur, mengiring ke kanan sambil bagi air campur kismis pakai sudu.

Hmm...Hazim sekarang tengah tidur. kalau tak baik gak lagi, Ummi kena bawak gi hospitak malam nih....

Wednesday, March 14, 2007

Bila ku sedar

Haziq dan Hazim baru balik sekolah. Time nak keluar naik kereta turun bukit, Hazim mesti jerit "aaaaaa!!". Konon2 macam roller coster. Dulu Haziq selalu buat tapi sekarang bila Hazim jerit konon2 takut, Haziq mesti kata " Tak lah, tak lah...". Tak takut pun...Belakang Haziq tuh laut. Setiap masa dengar bunyi kapal.








Haziq dan Hazim kat depan rumah bersama kenderaan rasmi. Basikal kecil tuh pulak Haziq dapat dari Auntie Ina dari Tobata. Bila Ummi suruh kasik Hazim pulak naik basikal, Haziq kata Hazim tak pandai naik basikal. So Hazim jerlah dok main kejar2 bila Haziq naik basikal.

Pasar Lambak


Pagi-pagi kalau Ummi takde kelas, lepas hantar Haziq dan Hazim Ummi akan pergi ke "Pasar Lambak". Kalau orang Johor sure biasa dengar. Ummi suka pergi sini sebab sayur murah2. Buahan pun macam2 dan murah2. Haziq dan Hazim pun suka ikut Ummi pergi sini. Ummi selalu belikan kuih jepun kat sini.


Haziq dan Hazim paling suka makan ohagi. Sejenis kuih Jepun yang dibuat dari beras pulut dan dibungkus dengan kacang merah yang dimasak dengan gula. Ummi dengan Ayah pun suka makan ohagi nih. Seronoknya beli barang2 dapur kat sini sebab selain dari murah2, ada banyak sayuran yang Ummi tak pernah jumpa kat Malaysia. Ada jugak jual ikan, udang, ketam dan sotong. Kain baju pun ada......

Tuesday, March 13, 2007

Utada Hikaru

Flavour of Life










H
aziq dan Hazim suka sangat buat kapalterbang pakai sepit baju. Time Ummi nak sidai baju cari sepit dah takde. Haziq belajar buat kapalterbang guna sepit baju kat sekolah. Hazim lak bila tengok Haziq buat, Hazim pun nak buat gak. Tapi kebanyakkan kapalterbang yang Hazim buat semuanya kecil2. Sekarang Haziq dah pandai buat kapal guna kertas. Ummi ajar sekali lepas tuh Haziq dah boleh buat. Dulu Ummi kecik2 suka buat sampan guna kertas suratkhabar lepas tuh main kat dalam longkang rumah jiran sebelah sebab longkang kat rumah jiran besar ngan air laju. Tapi air bersih tau..Kadang2 Haziq dan Hazim suruh buatkan gak kapalterbang guna kertas macam Ayah buatkan tapi Ummi tak pandai. Nanti kita gi belajar buat kereta guna kertas ya...

Friday, March 09, 2007

Landasan keretapi (踏み切り)


Ummi nak cerita pasal fumikiri nih (landasan keretapi). Haziq dan Hazim kalau satu hari tak mintak lalu kat fumikiri nih memang tak sah. Ambik ayah dari eki (stesen keretapi) terus ajer cakap nak lalu fumikiri. Siap tahu jalan mana nak kena ambik tuh...Kalau lalu sahaja takper nih kadang2 kena tunggu sampai keretapi lalu. Haziq dan Hazim seronok 1) boleh tengok keretapi lalu 2) ada bunyi "kang kang kang kang" siap ada lampu merah 3) ada palang turun time bunyi tuh.... Mainan Haziq dan Hazim mesti ada fumikiri. Esok besar nak jadik engineer keretapi ker?..

Thursday, March 08, 2007

Birthday Haziq yang ke-4




Birthday Haziq yang keempat!4 March 2007. Ummi buatkan kek coklat tapi mak oi..Comot sungguh!. Tak tahu boleh baca ke tak Happy Birthday nya. Tapi bila Haziq dan Hazim tengok Ummi buat kek terus nyanyi lagu Happy Birthday. Tak sabar2 nak duduk depan kek sambil nyanyi tapi time Haziq dok depan kek, Hazim tengah tidur. Ummi bawak Haziq dan Hazim gi jalan2 sampai ke Hiraodai. 45 minit naik kereta. Naik atas bukit sana. Kebetulan hari nih kat situ ada buat upacara bakar rumput. Rumput waktu winter. So diaorang bakar utk bagi rumput baru tumbuh time musim bunga nih lak. Ummi pelik kenapa lah orang Jepun nih suka nak gi tengok upacara bakar rumput (野焼き). Ayah kata sebab kat Jepun tak leh pembakaran terbuka, tuh yang ramai orang gi tengok mende nih.Benda yang jarang nampak. Ummi ingatkan sikit jer diaorang bakar. Rupa2nya semua bukit gondol sebab kena bakar. Tak cantik. Hitam pastu nampaklah batu sana sini. Tapi Haziq dengan Hazim paling seronok sebab ada taman mainan. Suka betul main. Balik dalam kereta dah tertidur kepenatan......

Wednesday, March 07, 2007

Haziq demam



Hari nih Haziq demam. Tak gi sekolah. Ummi bagi ubat demam Anpanman. Semalam Ummi bawak Haziq dan Hazim ke library. Seronok sebab banyak buku so Ummi buatkan kad library and Haziq dan Hazim pinjam 2 buah buku pasal keretapi. Hazim suka pasal Thomas dan Haziq lak pasal shinkansen. Ummi pun suka sebab banyak dapat buku best2. Bolehlah Ummi melengkar sambil baca buku. Tapi bila Haziq dan Hazim nampak Ummi baca buku, mesti sibuk nak suruh Ummi bacakan buku keretapi. Alahai...

Ummi telefon sensei kata Haziq demam dan tak pergi sekolah. Sensei kata esok ada ensoku (trip)ke Mojiko. So kenalah prepare things utk Haziq dan Hazim bawak nanti time nak makan kat luar. Macam botol air, alas makan, baju spare, sweets/kuih2 dan nasi. Kalau haziq dah baik demam bolehlah pergi esok. Tapi sejak semalam suhu turun. Dari semalam sejuk. Ayah balik kerja pun kata sejuk. Esok tak tahu lah sejuk ker tak ya...Tengok dalam tv, 4 tahun dulu, pada tarikh yang sama, salji turun dalam 5cm. Suhu lak paling tinggi 8.2 deg. sejuknya!!!!

Baju lak tak kering2 bila time sejuk nih. So terpaksalah Ummi gi laundry keringkan baju.. Ish..malas lak nak keluar sejuk2 nih..Nak basuh pinggan pun sama... Sejuk kalau nak ke dapur. Hari nih punya plan nak keluar belikan barang2 Haziq dan Hazim utk trip esok...

Friday, March 02, 2007

Spring

Hari ini panas. Seronok rasanya bila matahari kat luar cerah tapi suhu dalam 17deg. Dah masuk haru (spring) so banyaklah bunga-bunga berkembang sana sini. Lepas sidai futon(tilam) dan baju semua, Ummi duduk depan komputer sambil2 jalan-jalan kat dalam blog orang lain. Hmm...rasa macam nak update selalu tapi tah kenapa bila duduk ajer depan komputer, masuk nak buat new posting mesti idea terbantut. Tak tahu nak cite apa lak..
Haziq dan Hazim lak gi sekolah. Hari nih ada お楽しみ会(event day). Haziq nangis bila Ummi nak balik so sensei terpaksalah dukung. Alahai anak Ummi dah dekat 6 bulan gi sekolah still nangis bila Ummi nak tinggal. Malu betul kat sensei. Hazim pun sama. Sejak akhir2 nih melalak lak bila Ummi tinggal. Tapi bila Ummi datang nak ajak balik (petangnya) Haziq dan Hazim lambat ajer nak bersiap balik.
Cuti Ummi tinggal sebulan ajer lagik. Lepas nih Ummi masuk Master. Boleh ke Ummi cope dengan semua nih. Nak siapkan Haziq dan Hazim ke sekolah, pastu nak masak n kemas rumah (basuh pinggan etc), nak siapkan bento (bekal) pastu nak study n buat assignment. Rasa cam tak confident lak boleh handle semua nih. Tapi Ummi dah tanamkan azam nak buat selagi terlarat. Kena plan semua. Tak boleh lagik buat last minute. Especially assignment. Kalau difikirkan memang tak larat lagi dah nak naik keretapi sampai 2 jam pergi then balik 2 jam lagi ke kuliah. Penat rasa badan nak turun naik keretapi unless Ummi naik bullet train so boleh save masa dalam 30 minit so okla kan...apa2pun Ummi kena tunggu masuk bulan april nanti bermulalah hari2 sibuk Ummi.