Thursday, June 14, 2012

Sistem Pendidikan Jepun

Walaupun baru sahaja masuk sekolah 2 bulan tapi banyak betul nak bandingkan dengan sistem pendidikan di Jepun. Mesti akan ada orang kata, " Jepun tuh lain, negara maju" atau " Orang Jepun kaya, boleh sumbang duit macam2" atau lain-lain alasan yang orang kita mungkin kata. Tapi hakikatnya, kita kena belajar sesuatu dari sistem pendidikan diaorang. Antaranya:
  1. Cikgu sekolah Jepun takde bawa rotan.
  2. Walaupun ada anak murid yang nakal, cikgu kat sana takde yang marah jerit-jerit atau cakap dengan suara yang kuat. Kebanyakkannya akan tanya anak murid yang nakal, apa akibatnya kalau dia buat camtuh. Jadi dengan sendirinya budak itu akan faham akibat dan ada tanggungjawab sendiri.
  3. Sekolah Jepun menitikberatkan peranan PIBG dengan sekolah. Ibu-bapa mainkan peranan untuk meningkatkan mutu pendidikan anak-anak di sekolah, bukan tanggungjawab guru sahaja. Contohnya, PIBG sekolah Jepun akan adakan seminar, kelas macam-macam untuk rapatkan hubungan dengan guru dan anak-anak. 
  4. Ada network di antara ibu-bapa anak-anak yang sama kelas. Sebarang masalah boleh bincang dengan guru kelas.
  5. Guru kelas akan ajar semua subjek untuk kelas itu sahaja. Dengan cara ini, guru kelas akan kenal perangai anak muridnya satu persatu. Setiap tahun, guru kelas akan bertukar.
  6. Sistem sekolah Jepun menitikberatkan kebersihan. Basuh bilik air, lap koridor, sapu sampah keliling sekolah semuanya dilakukan oleh murid darjah 1 hingga 6. Murid tahap 6 akan ajar cara membersihkan bilik air pada murid darjah 1. Setiap 2 minggu, tugas akan bertukar. Setiap murid dapat pengalaman untuk bersihkan kawasan masing-masing.
  7. Ada buku perhubungan diantara guru dan ibu bapa yang harus diisi oleh anak-anak ketika kelas yang terakhir. 
  8. Anak-anak di ajar untuk tulis diari pada hari itu dan balik tunjuk pada ibu bapa. Sekurang-kurangnya, ibu bapa tahu apa yang anak-anak belajar untuk hari itu. 
Sebenarnya ada banyak lagi point penting dalam sistem pendidikan Jepun tapi cukuplah setakat nih dulu. Tadi waktu hantar baju sukan Haziq ke sekolah, dapat pelung untuk tengok macam mana Sukaneka di sekolah Malaysia. Alahai, takde yang bersorak menyokong kumpulan masing-masing. Yang masuk acara mestilah berusaha tungkus lumus nak menang, tapi yang lain dok perhati diam ataupun main sendiri-sendiri. Kalau boleh, cikgu rumah masing-masing ajak anak murid bersorak bagi sokongan padu. Mesti lagi bersemangat diaorang kan...

3 comments:

  1. sebenarnya kita Malaysia belum boleh dikata maju dalam hal2 sebegini
    dahlah rasa tak selamat nak kemana2
    menyedihkan ;(

    ReplyDelete
  2. pibg sangat penting ;)

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:42 PM

    Pendidikan anak2 jangan sesekali kita letakkan tanggungjawabnya pada sesiapa. Kita, ibu bapa bertanggungjawab 100%. Sekolah, masyarakat, negara hanya faktor yang membantu. Kita mahu anak berjaya sebagai khalifah Allah di bumi ini dan di akhirat kelak, kitalah yang kena pastikan dia berjaya di sekolah. Hadiri mesyuarat PIBG, perjumpaan dengan guru, hantar ke pertandingan kokurikulum, bersorak di tepi padang untuknya. Anak berjaya bukan kerana negara maju atau tidak. Tapi kerana ibu bapa yang bertamadun. Kita jangan teruskan budaya meletakkan tanggungjawab pada orang lain. Mungkin terlalu ideal kata2 saya ini, tapi kita kena buat juga sebab orang lain dah buat. Maaf atas keterlanjuran kata2.

    ReplyDelete