Wednesday, June 16, 2010

Peperiksaan

Maaf sebab tak sempat nak update blog.
4/7 nih ada exam JLPT so sehingga habis exam tuh baru boleh update.
Biasalah tuan rumah selalu nervous kalau sampai bab-bab exam tapi tak habis study lagi.

頑張ります:)

Friday, June 04, 2010

Kakak


Setiap kali takde idea untuk presentation next week, mesti nak update blog. Ada dua presentation tapi entahlah takde mood nak buat. Camne nih....

Baru habis baca "Sisters". Ok gaklah cerita nih. Lepas habis baca teringat kat kakak sendiri. Kami 7 beradik, semuanya perempuan. Ada 4 kakak di atas yang semuanya perangai lain-lain. Waktu kami semua masih anak dara, kalau keluar ke mana-mana mesti mak dan abah risau. Telefon dan tanya kami ada di mana. Dekat 20 tahun rasanya tak cukup kumpul adik beradik.

Kakak yang pertama:
Biasalah yang sulung mesti pandai berdikari. Waktu kecil dahulu, dialah idola. Minat belajar di luar negara pun lepas tengok dia dapat buat degree di Australia. Agak tegas dan punya pendirian yang tetap. Antara empat orang kakak, dialah yang paling tak rapat dengan dengan adik-adik dibawah. Mungkin sebab dia lebih banyak bercakap sebagai yang paling tua dari mendengar.

Kakak yang kedua:
Mempunyai perangai yang lebih kurang sama dengan mak. Rajin memasak. Kuat membebel tapi suka berkongsi cerita dengan adik-adik waktu dahulu. Sekarang dah lama tak jumpa. Dulu, kalau ke rumah arwah embah (nenek belah mak), kakak yang inilah paling rajin bercakap bahasa Jawa dengan embah. Arwah embah tahu cucunya semua (kecuali kakak yang ini) tak boleh cakap Jawa, tapi dia tetap speaking dengan kami supaya kami tidak lupa dan sekurang-kurangnya boleh faham bahasa Jawa.

Paling happy-go-lucky dan berseni. Paling rapat dengan semua dan dulu ramai orang kata muka kami hampir serupa. Sekarang tak kot. Pandai simpan rahsia. Idola nombor dua. Selalu ambil sikap acuh tak acuh dengan keadaan sekeliling. Orang kata tak perihatin kalau takde kaitan dengan diri dia. Antara adik beradik yang lain, rasanya dia paling "bebas". Tak lut dek stress!. Dialah juga tempat gossip yang best!.

Kakak yang keempat:
Dihormati kerana ketegasannya, keperihatinan terhadap mak/abah dan terutama sekali, kedudukan kewangannya:). Walaupun dia kakak yang paling dekat dari jarak usia, tapi kami sebenarnya jauh dari segi kematangan dalam kerjaya. Mungkin sebab kakak yang ini dah banyak mengembara ke serata dunia, pengalaman banyak mengajar dia berurusan dengan manusia. Perangainya serupa seperti abah. Tidaklah pendiam tetapi sekali buka mulut, semua kena dengar. Barangkali takut atau malas mahu menyediakan hujah yang bernas. Hehe...

Tapi walau berbeza perangai sekalipun, genetik kami tetap serupa. Banyak perkara yang dah berlaku, baik dan buruk, mereka tetap kakak-kakak yang dihormati kerana lebih dahulu keluar dari perut mak. Rindu rasanya mahu berkumpul, mendengar celoteh setiap orang, mengimbas kembali kenangan waktu kecil, bergossip sambil bergurau tapi apakan daya kami semua tercampak ke negara yang berlainan. Kami semua mengambil laluan yang berbeza tapi "navigator" menunjukkan destinasi kasih yang sama; mak dan abah.

Alahai, bila nak buat reunion family nih?.....

* Lain kali, entri khas untuk adik paling bongsu. Hari tuh dah pernah cerita pasal adik nombor 6.

Gambar Kanmon Bridge di ambil dari Moji Mekari Shrine

Suasana

Semalam mula jadi pustakawan di sekolah Haziq. Pukul 8:30 pagi sampai pukul 11:30, rehat tengahari balik rumah, makan etc, sambung pukul 1 petang hingga pukul 4 petang. Kiranya jalan kaki dari rumah ke sekolah 4 kali ulang alik, turun bukit naik tangga semua boleh kot turunkan berat badan 3 kg.

Senang sahaja kerjanya. Pagi-pagi sapu, buang habuk kat buku, betulkan mana-mana buku yang dah rosak, hilang mukasurat, terkoyak sana sini, susun buku dan kejab-kejab tengok mana-mana buku cerita yang menarik. Adalah satu dua kelas budak darjah 3 dan 1 pinjam dan pulangkan buku. Kecoh semuanya.

"ハジックのお母さんだ!”(Mak Haziq la!).
“今日はここの図書館の人ですか?”(Hari ni kena jaga perpustakaan ker?)
dan macam-macam lagi reaksi. Kiranya Haziq pun kena tempias. Kawan-kawan dia cakap kat Haziq yang Umminya ada kat perpustakaan. Haziq pun konon-konon nak pinjam buku, pulangkan buku so asyik berulang alik datang perpustakaan waktu rehat.

Tapi ada seorang budak lelaki darjah 3 nih asyiklah tanya soalan yang sama walaupun dah jawab.
"どうして頭にそれをつけるの?”(kenapa pakai tutup kepala?)
Dahlah tengah sibuk scan buku, so jawapannya ringkas ajer.
“決まりだよ!”(peraturan/suruhan/dah ditetapkan)
Budak tuh terus anguk-angguk faham. Berbanding dengan kawan-kawan sekolah Hazim yang suka betul belek-belek tudung dengan brooch. Ada yang siap tanya brooch nih diamond ker?..huhu...

* Nanti kalau ada masa lapang barulah boleh duduk bercerita dengan budak-budak nih pasal Malaysia, Islam dll.

Tuesday, June 01, 2010

Perpustakaan

Bermula dari bulan Jun hingga hujung tahun, setiap hari khamis ada tugas menanti sebagai ブックヘルパー(pustakawan) secara sukarela di perpustakaan sekolah Haziq. Dibandingkan dengan sekolah di Malaysia, perpustakaan di sekolah Haziq dan kalau tak silap di semua sekolah rendah di Kitakyushu, ianya hanya dibuka waktu subjek 国語(bahasa Jepun) sahaja. Maknanya, waktu rehat antara kelas, perpustakaan ditutup.

Tetapi mulai tahun ini, atas polisi "memupuk minat kanak-kanak sekolah supaya suka membaca buku", semua sekolah rendah di Kitakyushu akan membenarkan perpustakaan dibuka luar waktu subjek bahasa Jepun. Murid-murid sekolah boleh datang ke perpustakaan bila-bila masa sahaja. Bilangan buku yang boleh dipinjam pun tidak dihadkan.

Pertama kali masuk perpustakaan sekolah Haziq, terasa sikitnya buku yang ada. Kesemuanya buku berbahasa Jepun dan banyak buku berkaitan alam sekitar, sains dan teknologi. Tak nampak pun komik atau majalah. Tapi logik juga sebab murid sekolah pun tak ramai. Kurang dari 200 orang.

Ada 5 orang mak-mak yang join untuk jadi sukarelawan. Mula-mula PIC untuk program nih ajar bagaimana nak guna sistem bar code pada buku, macam mana nak baiki buku yang rosak dan macam mana nak hias perpustakaan mengikut musim. Menarik pula bila lepas tuh tengok ada banyak buku baru termasuk buku origami.

Lepas ini, bolehlah belajar untuk buka "Home Library". Kalau sistem perpustakaan ini bagus, boleh buka perpustakaan kecil untuk taman perumahan kat Bangi nanti. Kebanyakkan perpustakaan susah nak pergi sebab kena naik bas atau hanya ada di sekolah tapi macam mana kalau di masa akan datang setiap taman perumahan ada disediakan perpustakaan kecil untuk kanak-kanak datang membaca buku walaupun bukan hari sekolah. Macam menarik untuk orang yang "book-aholic". Boleh memupuk minat membaca di kalangan orang Malaysia kan!.

* teringat waktu kecil (20 tahun yang lalu). Pernah pergi ke perpustakaan daerah Batu Pahat yang sangat daif. Lantai papan, buku pun banyak yang lama dan suasana dalam perpustakaan nampak suram. Macam ada hantu ajer disebalik rak-rak buku!.