Tuesday, December 30, 2008

takde tajuk

samalah dengan ronbun (thesis), masih takde tajuk.haha..
tinggal lagi seminggu nak hantar. pulun habis sampai tak tahu apa nak pulun dah....
member Thai dah hantar ronbun sebab dia nak mula kerja bulan 1 nih kat Embassy of Thailand in Japan.arghhh...menambahkan kegelisahanku...
habis tulis ronbun lak ada banyak kerja menanti...

Thursday, December 25, 2008

Hasil Seni

Semalam waktu ambil Haziq kat kelas, nampak satu benda yang cantik dan comel sangat tergantung. Bila tengok dekat sikit , inilah hasil kerja seni budak-budak 5 tahun. Tak sangka!.


Bukan pakai kayu panjang yang "knit"(anyam?)tuh tapi pakai lidi banyak -banyak pastu cikgu diaorang tampal kat cardboard bentuk bulat. Budak-budak nih anyam lah pakai benang bulu sampai jadi panjang. Dalam 3 hari siaplah (mengikut kelajuan tangan budak-budak). Benang bulu tuh semuanya yang lebihan dapat dari parents yang hantar anak ke sekolah nih.

Lebih kurang macam nih

Cikgu diaorang buat announcement kata nak pakai benang bulu warna macam-macam so mak budak Jepun nih semua bagi lebihan benang bulu kat rumah. Bukan sahaja benang bulu, tapi botol plastik la, penutup botol plastik la, penutup tin la, macam-macam idea cikgu sekolah nih. Lepas tuh ada ajer kraftangan yang diaorang buat kat sekolah. Kreatif sungguh!


Hasil kerja seni; muffler/ scarf/マフラー

Tuesday, December 23, 2008

Bengkung cara Jawa

Entri kali ini ada kaitan dengan entri kat bawah

Cara Berpantang orang Jawa

Dah lama nak tulis pasal cara orang Jawa berpantang lepas bersalin. Semua ini diajar oleh mak yang ada banyak pengalaman dalam menjaga orang bersalin. Sebenarnya banyak lagi petua orang Jawa yang mak beritahu tapi yang ini semua mengikut pengalaman sendiri.

Salah satu "alat" yang memang tak boleh dipisahkan dengan pantang orang Jawa ialah bengkung. Berbengkung hanya sesuai untuk orang yang bersalin normal. Yang bersalin c-sect tak boleh pakai sebab takut terbuka jahitannya. Itu yang mak paling risau setiap kali kami adik beradik nak bersalin. Harap-harap janganlah baby keluar "ikut tingkap"....

Mak ada collection bengkung dari Indonesia yang disimpan dengan elok untuk kami adik beradik (7 sisters!) pakai lepas bersalin. Panjangnya dekat 8-10 meter ada rasanya. Itupun sebenarnya kurang panjang. Mak jahit dan cantumkan dua bengkung jadi satu. Kainnya jenis yang berkualiti so bila ditarik tak putus.

Lepas keluar hospital, mak pesan suruh ikat kain tudung kat bawah perut untuk elak rahim jatuh waktu naik kereta dan berjalan nak sampai ke rumah. Bila sampai rumah, dah mandi, baby pun dah siap mandi semua, barulah mak pakaikan bengkung. Caranya simple. Bukan yang ikat-ikat kat depan tuh tapi cuma pusing-pusing satu badan.

Sebelum pakai bengkung, kena pakai alas kat dalam bengkung untuk bagi perut cepat kempis. Kira double effectlah...Pakai minyak urut panas, lepas tuh lumur kapur + limau nipis + param kat perut dan tutup dengan kain batik yang dah dikoyak dan ikat kat depan macam pakai cover perut tuh.

Lepas tuh barulah ambil hujung bengkung (hujung satu lagi ikat kat tingkap) dan tarik tali bengkung kuat-kuat serta tegang. Ikat kat perut bahagian bawah sekali (dekat bawah rahim). Bengkung kena ikat kemas dan dua kali. Lepas itu apa lagi, pusinglah badan untuk kasi bengkung tuh cover dari bawah sampai ke atas dan ke bawah lagi. Itu yang kena bengkung panjang sampai 10 meter. Kalau tidak tak dapat dua lapis. Waktu proses pusing-pusing nih kenalah pastikan kain bengkung kemas dan cantik sewaktu digulung kat perut.

Kalau bengkung yang ikat kat depan pun boleh juga tapi lepas bukak mesti ada bekas ikatan kat perut atau bila nak bongkokkan badan mesti kena tali ikatan kat perut. Ikut taste fashion masing-masing....

Dah habis bengkung barulah sedap nak berjalan ke mana-mana. Tapi mak akan tegur kalau jalan laju waktu berpantang. Disuruh jalan perlahan-lahan dan jaga langkahnya. Mungkin takut tersadung dan jatuh. Bila dah kuat sikit, barulah boleh pakai bengkung sendiri. Sepanjang waktu berpantang, mak tak kasi pakai seluar. Kena pakai baju kurung atau kain. Sebabnya, untuk langkah yang lebih sopan dan teratur. Pernah tengok cara orang perempuan Indonesia (yang jenis bangsawan) berjalan?. Macam itulah kot....

Kalau tak pakai bengkung mesti risau, nanti sakit kat bahagian rahim. Dah pernah rasa rahim jatuh lepas bersalin waktu travel balik Alor Setar naik kereta. Hanya Tuhan yang tahu sakitnya macam mana. Itu belum sakit waktu nak urut membetulkan kedudukan rahim balik. Tapi taklah sama macam sakit waktu bersalin.

Mak suruh pakai bengkung sampai 100 hari untuk elak perut lagi buncit dan mengelebeh. Selebihnya bergantung dengan cara pemakanan dan senaman ringkas. Pesan mak lagi, waktu berpantang adalah waktu membentuk badan mengikut kemahuan kita. Akhir kata, selamat berpantang!:)

Tuesday, December 16, 2008

Hari ini dalam sejarah

Setiap pagi lepas hantar Haziq dan Hazim ke sekolah, sebelum berpisah mesti diaorang akan hug n kiss dulu. Kalau tak dapat, mesti mood Haziq dan Hazim tak baik pagi tuh.


Hari ini, macam biasa lepas dapat hug n kiss dari Hazim, Haziq pula kata
"Ummi, cepat-cepat!" sambil tunduk-tunduk.


Dengan peliknya, pergi kat tempat Haziq tunggu di sebalik pintu. Nih mesti nak tunjuk serangga mana-mana yang dipungut dari luar.


Sambil sengih-sengih, Haziq terus muahh kat pipi dengan hug cepat-cepat. Lepas tu dia tengok keliling dan lari masuk kelas dia.....


La, Haziq dah malu ker kalau kawan nampak Haziq kena hug n kiss?. Baru umur 5 tahun!....

Friday, December 12, 2008

CDI

Apa itu CDI?


Child Development Index


Japan is in first place in a global survey of child development released by Save the Children's British branch Wednesday, but was urged by the international charity to show leadership in improving the lives of kids around the world. more news


Baru lepas baca kat paper pasal CDI nih. Menarik sebab boleh buat research pasal child development kat Jepun dan praktik kat Malaysia. Besarnya cita-cita.....

Ranking CDI
1 Japan 0.41
2 Spain 0.57
3 Canada 0.73
4 Italy 0.86
5 Finland 0.87
6 Iceland 0.88
7 France 0.91
8 United Kingdom 0.99
9 Germany 1.02
10 Norway 1.03
11 Netherlands 1.20
12 Belgium 1.25
13 Sweden 1.30
14 Luxemburg 1.48
15 Austria 1.50
16 Australia 1.72
17 Denmark 1.87
18 Ireland 2.31
19 Switzerland 2.95
20 Cuba 3.12
21 Costa Rica 3.26
22 Argentina 3.34
23 United States 3.88
24 Malaysia 4.11
25 Chile 4.14
26 Bahrain 4.51
27 Tunisia 4.54
28 Uruguay 4.89
29 Panama 5.04
30 Croatia 5.05

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh click kat sini Save the Children UK


Tuesday, December 09, 2008

Illumination di Mojiko Retro

Pemandangan jambatan di Mojiko Retro waktu malam

Setiap tahun bulan 12, Mojiko Retro akan diterangi dengan lampu perhiasan kat pokok sana sini. Bukan sahaja di sini tapi di Riverwalk Kokura pun ada. Nak dekat Krismas kan...Sapa yang kaki camera memang suka tempat-tempat camnih untuk ambil gambar.

Illumination di Mojiko Retro. Time nih sejuk sungguh

Saturday, December 06, 2008

Book Maniac

Lepas baca entry buku kat blog Izzat terus terfikir nak tulis entry nih...


Dah lama rasanya tak melingkar kat atas sofa or katil baca buku cerita. Last sekali baca buku Stephenie Meyer nyer Twilight, New Moon, Eclispe. Lepas habis buat thesis nih , nak habiskan baca semua buku yang ada kat rumah.


Setiap tahun, library di Kokura nih akan derma buku second hand kat ahli-ahlinya. Setiap ahli boleh bawa balik 20 buah buku. Kalau macam encyclopedia collection yang ada 10/20 buah dalam tuh dikira sebuah buku. Masa yang diberi untuk 100 orang masuk hanyalah 30minit so memang kena cepat pilih mana-mana yang nampak menarik.


Memang ramai book maniac kat Jepun nih yang beratur pagi-pagi untuk dapat buku free (termasuklah yang tukang tulis). Diaorang siap bawa beg besar yang jenis jalan gi overseas untuk isi buku yang majoritinya masih cantik dan elok.


Last year pergi sorang so dapat bawa balik buku budak-budak dan magazine rumah ajer. Tahun nih ajak Haziq beratur sekali so dapatlah bawa balik 40 buah buku!. Haziq ambil buku cerita kanak-kanak dan Umminya ambil buku cerita English dan Jepun. Seronok bila tengok banyak buku kat rumah tapi sampai sekarang tak sempat baca lagi.


Waktu study kat UM dulu, selalu singgah satu kedai buku second hand di Central Market. Kedai nih kecik ajer. Buku cerita punyalah banyak sampai kena letak kat luar. Nak sewa buku kena bayar RM1 ker RM2 ker tapi sebelum tuh kena letak insurance money lebih kurang RM20. Kalau lepas baca, nak simpan buku sebagai koleksi kiranya burn duit insurance tuh tapi kalau nak pulang lepas tuh dan sewa buku yang lain pun boleh.


Kadang-kadang sebelum balik kampung kena naik bas di Puduraya sempat lagi singgah kedai buku nih, berdiri sejam untuk pilih buku cerita yang best-best. Sekarang nih tak tahulah kedai buku tuh masih ada lagi ke tidak....

Hari yang paling sejuk untuk tahun ini

Time nak pergi tengok seikatsu happyokai (presentation sekolah Haziq dan Hazim), snow mula turun. Angin sejuk pula bertiup bukan sepoi sepoi bahasa tapi takde bahasa langsung. Memang hari yang paling sejuk setakat ini untuk tahun nih.


Haziq dan Hazim ambil bahagian dalam lakonan, main alat muzik dan menyanyi. Alhamdulillah tiada "incident" yang besar-besar. Haziq dan Hazim telah berusaha memberi persembahan terbaik sama kawan-kawan kat atas pentas. Huhu..Tengok kelas budak umur setahun buat persembahan memang cute...geram tengok pipi budak-budak kecik yang kemerahan dek sejuk....


Habis persembahan Haziq dan Hazim , gi makan kat Jusco. Snow lak turun sikit ajer. Lepas makan, pergi beli sarung tangan dan balik meredah angin sejuk.......

Tuesday, December 02, 2008

Tika dan Saat Ini

Macam tajuk lagu lak.
Tengah pulun nak habiskan ronbun (thesis) sebelum mid Dec.
Lepas tuh nak buat touch up sana sini.
Nanti hantar kat Prof untuk dia check.

Deadline kena hantar 8 Januari 2009.

Argh...rasa macam sempat tapi mesti last minit ada ajer yang tak cukup fact.

Harap dapat buat yang terbaik dan yuushu (cemerlang) bukan yang hanya cukup makan.
Gambaruzo!...