Thursday, December 29, 2011

Hobi

Buku origami
Hari ini buku origami yang baru sampai dari Amazon. Suka sangat-sangat. Tapi nak buatnya bukan sekarang. Kena tunggu habis viva bulan 2, baru lepas geram buat origami dari buku-buku nih. Inipun sebahagian sahaja. Ada lagi buku origami untuk budak-budak dan kirigami (seni kertas yang digunting pelbagai corak). Haziq dan Hazim saja yang rajin buat origami. Dari diaorang umur 3, 4 tahun lagi cikgu dah ajar origami kat tadika. Waktu kat sekolah pula, diaorang volunteer jadi AJK Hiasan kelas. Apalagi, penuhlah kelas dengan origami sebagai hiasan.

Menu restoren Haziq:)

Tuesday, December 27, 2011

Sikit

Alhamdulillah. Tinggal lagi dua minggu untuk hantar dissertation yang dah dibaiki ke ofis. Rasa tak sabar nak submit walaupun ada banyak benda yang kena buat. Sekarang nih tengah baiki Chapter 2 sampai 5. Ada Chapter 1, 6 dan 7 yang belum sentuh. Presentation yang lepas, examiner cuma komen banyak di chapter depan-depan saja. Nak kena tambah data lagi.

Haziq dan Hazim pula cuti musim sejuk sekarang. Agak susah juga nak concentrate kat writing nih kalau diaorang cuti sekolah. Kejab ajak main Uno, kejab bergaduh adik beradik, kejab lapar (bunyi Hazim buka/tutup peti sejuk) dan macam-macam bunyi.  Diaorang ada juga homework setiap hari. Pagi hari Isnin-Jumaat adalah masa untuk buat homework. Petang baru main dengan kawan di taman. Semalam ajer, ada kawan Hazim datang nak ajak main pagi-pagi pukul 9, dengan muka baru bangun tidur lagi. Disebabkan ada appointment dengan doktor gigi, jadi Haziq dan Hazim tak dapat main sama.

Lepas bawa Haziq jumpa doktor gigi (gigi dia retak sebab jatuh hari tuh), ajak diaorang jalan-jalan ke Daiso. Jalan-jalan saja tau tapi akhirnya terbeli juga barang. Kalah betul dengan Daiso kat Jepun nih. Semua benda nampak comel dan unik. Rasa macam nak beli semua. Haziq dan Hazim pun pening nak beli apa. Yerlah, Ummi kata cuma satu barang ajer boleh ambil jadi diaorang fikir apa mainan yang tak cepat rosak dan boleh main lama. Hazimlah paling banyak fikir. Setiap mainan dia tanya, "yang ini cepat rosak tak Ummi?. Cepat habis tak?". Kami menunggu Hazim beli satu mainan sampai dah boring. Itu baru mainan, belum lagi baju, kasut, alatan tulis tau. Tapi di sebalik itu, Hazim seorang yang perihatin, 敏感.. Apa sahaja yang berubah di depan mata, mesti dia akan komen. Termasuklah pinggan lama yang Umminya baru keluarkan dari almari, "eh. Ummi beli pinggan baru ya". Hehe..

Saturday, December 24, 2011

Hospital

Kelmarin, pagi-pagi lagi dapat telefon dari kawan orang Malaysia yang nak daftar anak-anaknya masuk hospital. Memandangkan dia tidak boleh berbahasa Jepun, jadi saya tolong bercakap dengan orang Jepun. Bila hal melibatkan anak-anak sakit dan terpaksa jumpa doktor memang kasihan pada yang tak boleh berbahasa Jepun. Dahlah orang Jepun pun tak boleh cakap English. Seorang ibu itu mesti risau kalau tak faham apa yang doktor atau nurse kata mengenai penyakit anak. Nasib baik diaorang nih sabar melayan dan terangkan satu persatu, tunjuk gambar, bahasa isyarat dan sebagainya.

Waktu baru sampai di Jepun sampailah Haziq masuk sekolah rendah, selalu sangat melawat klinik, hospital tak kira masa. Kat Jepun, Sabtu dan Ahad klinik kanak-kanak yang buka memang limited. Kena telefon untuk check mana klinik yang buka. Lagi satu, hari biasa pun selalunya sampai pukul 5/6 petang. Lepas tuh kenalah telefon cari. Kalau nak ke hospital, mesti ada refer letter dari klinik yang selalu kita pergi. Lagi satu, tak boleh tukar-tukar klinik sebab doktor akan lihat kes sebelumnya. Pernah kena warning sebab tukar-tukar doktor. Apa nak buat, klinik yang selalu pergi tuh tutup 1 jam lebih awal, jadi kenalah ke klinik yang lain.

Dua tahun lepas Hazim masuk hospital sebab baru lepas influenza kena pneumonia lak. Waktu tuh ayahnya di Korea, outstation. Dahlah tengah malam, bila check suhu 39 degree so call sana sini dapat satu hospital yang buka 24 jam, drive ke sana tengah malam. Masa tuh bulan 12, time winter pula tuh. Sejuk betul. Tengok-tengok kena admit gak sebab Hazim macam susah bernafas. Malam tuh juga sms dan call ayahnya suruh ambil flight paling awal balik ke Jepun. Air mata dok mengalir keluar sebab risaukan Hazim. Malam tuh kami tiga beranak tidur hospital sebab takkan nak tinggalkan Haziq sorang-sorang kat rumah. Orang Malaysia pun jauh dan tak nak menyusahkan call diaorang di tengah malam. Alhamdulillah seminggu lepas tuh Hazim dah sihat, lari sana sini lagi. Sampai sekarang tak boleh lupa pengalaman anak sakit masuk hospital. Saya nih walaupun nampak kuat di luar tapi bila melibatkan anak-anak, mesti air mata berguguran, pasrah rasanya.

Sekarang nih kalau jumpa Komatsu Sensei (doktor di klinik yang selalu kami pergi), dia akan kata Haziq dan Hazim dah besar ya. Jarang sakit macam dulu kan. Alhamdulillah, bersyukur sangat diaorang dah besar, antibodi pun dah kuat cuma Hazim tuh bila buat test darah. doktor kata ada potensi asthma cuma bukan level teruk. Pulak tuh si Hazim nih suka main bola, lari sana sini, aktif sangat-sangat. Harap-harap selepas ini, Haziq dan Hazim sihat dan cergas serta suka ke sekolah di Malaysia nanti.

Wednesday, December 21, 2011

Mita-san


Malam nih episod terakhir drama 家政婦のミタ (Kaseifu no Mita). Lebih kurang macam cerita Nanny Mcphee sket. Mula-mula kami tengok, apa lah Matsushima Nanako (dulu berlakon jadi cikgu dalam drama popular GTO) berlakon macam robot. Tak banyak cakap, ikut jer apa orang suruh. Lama-lama tengok macam best. Drama nih tengah top kat Jepun. Lagu tema pun best:)) catchy!

Tuesday, December 20, 2011

MTR

Dua minggu lepas, mula ajar Haziq dan Hazim surah Al Masad dan ertinya. Untuk diaorang cepat hafal, explain maknanya sekali berkenaan Abu Lahab. Waktu ini barulah rasa betapa lemahnya saya bab-bab agama. Nak cerita yang simple memanglah boleh tapi bila Haziq dan Hazim tanya makna setiap ayat dan cerita kenapa surah ini diturunkan, terus tersentak. Dulu memang belajar di sekolah tapi sekarang ingat-ingat lupa. Hati meronta-ronta sangat nak dengar balik cerita dan pengertian sebenar surah nih. Cari dalam internet, baca sana sini tapi terasa tak cukup.

Ada satu masa keluar air mata sebab rasa nak tahu, belajar balik makna setiap ayat dalam Quran tapi tak tahu macam mana. Yup, sesungguhnya saya ini tersangatlah lemah dan yang menyedarkan saya ialah anak-anak sendiri. Duduk tak senang selama seminggu dua nih dalam sibuk nak siapkan dissertation. Sambil-sambil tuh latih Haziq dan Hazim hafal dan diaorang tanya balik, siapa sebenarnya Abu Lahab nih Ummi?. Tak cukup dengan cerita ringkas nih, diaorang tanya mengenai syurga dan neraka. Sebelum itu, Haziq suruh cerita pasal Nabi Muhammad SAW.

Semalam, entah macam mana diberi peluang untuk beli buku tafsir Al-Quran, Miracle The Reference (MTR) sebab tengok ada junior promote dan jual di sini. Dalam MTR nih bukan saja ada tafsir tapi ada Hadith sahih, doa harian, makna sepotong ayat pendek (senang sikit nak hafal makna ayat), makna Asmaulhusna dan macam-macam lagi. Seronok sangat baca tafsir ini sebab senang refer dan ada cerita-cerita agama.

Moga-moga lepas nih dipermudahkan untuk menjawab soalan Haziq dan Hazim selain bila balik Malaysia nanti boleh belajar dari Ustaz/Ustazah yang bertauliah, inshaAllah.

Thursday, December 15, 2011

Tiket

On the way dari parking kereta kat University
Tinggal berapa bulan saja nak balik. Ofis dah tanya tiket balik nak berapa haribulan. Minta bulan 4 tapi tak boleh sebab apa-apa budget ker kerja ker term sekolah kat Jepun nih start dari 1 April dan habis 31 March tahun berikutnya. Dah book untuk Haziq dan Hazim sekali. Ada dua tarikh so tak tahu mana satu yang boleh dapat. Awal bulan 3 baru tahu bila tiket balik. Excited bila dah book tiket nak balik Malaysia. Tapi dalam masa yang sama sedih gak. Dekat 6 tahun duduk kat Jepun, Haziq dan Hazim membesar di Jepun, macam-macam yang kami lalui. Suka duka pahit manis semua ada tapi semua ini akan jadi memori paling berharga untuk kami sekeluarga.

家族の絆が深める6年間です。 ずっと、ずっと、いつまでも大切にする思い出です。

Wednesday, December 14, 2011

Submit



Bilamana semangat dah turun naik macam yoyo,
Bilamana apa yang ditulis pun dah tak faham,
Apakah itu tanda dah penat fikir?

Ada lagi kurang dari sebulan nak hantar dissertation.
Masih banyak lagi yang nak kena revise.
Sensei kata kalau tak revise semua nih, maybe problem nak habis PhD.
Alahai....tinggal sikit lagi, dah nampak gol tapi kan....
Tak terdaya, banyak sangat benda nak settle.

Tuesday, December 13, 2011

Beberapa hari lepas, sebelum ke sekolah paginya, Haziq dan Hazim:
  1.  Cium tangan Ummi
  2. Cium pipi kanan dan kiri Ummi
  3. "laga" dahi dengan Ummi
  4. kata "Ummi, 暖かいね" bila peluk Ummi (translation: Hangatnya pelukan Ummi)
Ummi pun peluk Haziq dan Hazim erat-erat, "sayang Haziq dan Hazim ya".
Terharu sangat.
感動して、涙目になった。


Monday, December 12, 2011

Onsen

Kawasan nak masuk tempat onsen di Kawatana Grand Hotel (川棚グランドホテル)


Dah lama tak berendam dalam onsen (kolam air panas). Selalunya kami book satu bilik khas untuk family di Shimonoseki, dalam 1/2 jam dari rumah。Tapi Ahad lepas, kami  dapat book onsen di Kawatana Grand Hotel. Kawatana nih terkenal dengan onsen juga terletak dalam 1 jam naik kereta dari rumah, di Shin Shimonoseki, Yamaguchi Prefecture.


Kami dapat book satu bilik khas (kami satu family sahaja), siap ada dua kolam onsen, "terbuka" dan di dalam, siap ada sauna sekali. Paling best bila dapat berendam dalam onsen "terbuka" (貸切露天風呂). Sambil berendam sambil dapat tengok pemandangan malam dengan pokok kelilingnya mula nampak kemerahan pada daun. Masuk sauna tak sampai 10 minit sebab memang panas sungguh. Macam mana lah ada orang boleh bertahan duduk bilik sauna sampai setengah jam ya. Tak sangka sekejab ajer dah sampai masa nak kena keluar dari onsen, cuma 50 minit sahaja sekali masuk. Keluar onsen, semua orang lapar. Sempat makan malam sebelum balik. Badan pun rasa ringan bila dapat berendam dalam onsen lama-lama.


Depan pintu bilik air untuk perempuan di lobi hotel. Nampak kreatif kan.

Sunday, December 11, 2011

Butter


Tajuk entri macam tajuk filem Jennifer Garner lak:)

Minggu lepas ada kelas buat mentega dari susu krim di kelas Haziq. Aktiviti darjah2 & 3 ini melibatkan ibu bapa juga. Ada seorang cikgu dari Meiji (syarikat berkaitan susu segar, coklat dan barangan tenusu yang cukup dikenali di Jepun) dijemput datang untuk beri ceramah dan selepas itu budak-budak diajar cara nak buat mentega dari susu krim.


Suka sungguh diaorang dapat tengok macam mana susu krim yang cair, bila dikacau lama-lama jadi pekat dan mengeluarkan sejenis susu yang lain pula. Bila susu krim tadi dah keras, garam masakan dicampur untuk separuh mentega yang dah jadi. Separuh mentega lagi adalah tanpa garam. Setiap kumpulan dapat 3 peket biskut makan cicah dengan mentega. Tak sangka senang rupanya buat mentega dari susu krim nih. Tapi kena susu krim yang khas bukan susu segar yang minum setiap pagi.


Menariknya susu segar di Jepun sedap sekali berbanding di Malaysia. Mungkin sebab suhu persekitaran yang sejuk, agaknya. Lagi satu jarang jumpa kanak-kanak minum susu segar dengan perisa coklat, straberi etc. Kebanyakkannya susu segar yang warna putih. DI sekolah Haziq dan Hazim, setiap kali makan tengahari mesti kena minum susu segar satu kotak. Tapi ada saja yang tak suka minum susu tapi boleh habis minum. Kenapa?. Sebab tengok kawan-kawan habis minum jadi malu bila dia seorang yang tak habis. Itulah psikologi sekolah kat Jepun.


 

Friday, December 09, 2011

Unik

Botol minuman yang unik
*Entri lama tapi baru post....
Kalau perhati betul-betul pada gambar botol di atas, boleh nampak ada guli dalam tuh. Tapi guli tuh tak boleh keluarkan. Asalnya nak minum kena masukkan guli baru boleh minum air dalamnya; macam aiskrim soda. Botol dari zaman Showa lagi. Tengok dekat gerai kraftangan di Mojiko ari tuh. Sebab nampak unik, terus beli.

Universiti


Tahun ini musim luruh cukup panjang rasanya. Sempat ambil gambar sana sini. Suhu pun sekejab sejuk sampai ke tulang, esok lusa panas macam bulan 8. Dua minggu lepas, Haziq luka di mulut sampai kena 6 jahitan. Ceritanya dia berlumba lari dengan adik dia lepas main di taman dan tersadung kaki depan pintu. Pintu Jepun bukan calang pintu. Jenis besi, steel berat jadi bila bibir tuh kena bucu, terus terkoyak dalam gak. Haziq menangis punyalah kuat sampai jiran sebelah keluar. Mungkin dia fikir kenapa bising sangat. Darah pun banyak kat depan pintu. Cepat-cepat capai kunci kereta dan bawa jumpa doktor sebab jam pun dah nak dekat pukul 5 petang. Klinik hampir tutup.

Bila doktor kat klinik tengok teruk sangat terus dia suruh rujuk ke hospital pakar. Sampai jer di hospital, doktor jahit lepas letak ubat bius. Umminya panik juga waktu mula-mula sebab dah lama tak nampak darah pekat tapi takdelah panik sampai tak boleh buat apa. Kalau tunggu, terfikir nak letak minyak gamat, sure makin bengkak bibir Haziq. Esoknya, bila Haziq bangun tidur, tengok bibir dia membengkak 2 kali ganda. Huhu. Kesiannya anakku. Nak makan pun payah. Tapi lepas seminggu, terus baik dan takde tinggal bekas pun. Itupun Haziq tak serik lagi. Boleh panjat pokok di taman, nak buat buaian.

Dua hari lepas, dapat mail dari satu jurnal kata paper accepted untuk publish dalam jurnal. Pernah cerita dalam satu entri nih. Alhamdulillah. Yang lagi satu pun baru dapat mail kata diaorang tak boleh publish dalam buku. Recommed hantar ke jurnal pula. Aish...bercinta betul nak publish paper nih.

* Gambar di ambil di Universiti depan Fakulti Ekonomi dan bangunan GSEAS hari ini. Cantik kan:)

Friday, December 02, 2011

Musim Berganti

Sekali lagi blog nih berhabuk. Maaf sebab tak sempat nak menulis dalam blog. Banyak hal nak kena settle memandangkan dah penghujung tahun nih. Kalau orang Jepun, masuk jer bulan 12, diaorang sibuk nak bersihkan rumah dalam persediaan nak menyambut tahun baru. Saya ada deadline nak kena kejar. 10 Januari nanti dah kena hantar dissertation yang dah revise dengan komen dari prof. (dari presentation tempoh hari). Semalam sv dah tanya bila nak hantar chapter yang dah siap revise. Alamak!. tak siap lagi. Nak kena concentrate lebih sket. Jadi, sementara menunggu tuan rumah lapang sket dan boleh tulis dalam blog, bolehlah baca entri yang lama-lama. Sambil tuh boleh tengok gambar musim luruh di universiti (yang di atas). Salam penghujung tahun untuk semua:)