Wednesday, October 25, 2006

Gi Itozu no Mori (Zoo)





Ummi dah lama tak update blog. Bukan apa. Ummi demam 2 hari pastu Haziq dan Hazim lak dok batuk ngan selsema. Mungkin sebab tukar musim kot. Hari Sabtu lepas Haziq dan Hazim ada ensoku (rombongan) ke zoo. Nak kata zoo tak gak. Binatang adalah dalam 20 kerat kot. Tapi punyalah ramai Jepun dok bawak anak2 kesitu. Kambing pun ada. Haziq dan Hazim bukan main suka bila sampai. Ummi yang memang dah tak larat (puasa and demam) biarkan ayah bawak Haziq dan Hazim gi tengok binatang2. Bila waktu lunch, Haziq dan Hazim tak nak makan sangat, Cuma nak main jer. Seronok sebab jumpa kawasan luas kot. Oh ya!..Bila nampak keldai, Haziq nak naik. Bayar dalam 200yen tapi bila dah dekat, Haziq takut. Taknak naik lak. Alahai.....
Hazim lak dok ikut Haziq jer. Bila nampak gajah ngan zirafah cukup seronok tanya apa tuh Ummi, Ayah....Pukul 1pm nak balik. Naik bas ajer Haziq tak tidur. Ummi sama Hazim tidur. Sampai kat Moji pukul 2pm. Sampai rumah kul 2 setengah. Ingatkan Haziq dan Hazim tidur rupanya tak. Ummi lak kena keluar cari ubat batuk. Jepun punya doktor nih hari sabtu jer cuti so susah sungguh nak check. Last2 Ummi beli ubat batuk kat farmasi...Bila balik Haziq nangis cari Ummi. Lps tuh Ummi kasik Haziq dan Hazim tidur. Tapi yang tidur cuma Haziq. Hazim steady lagik sampai malam.....

Sunday, October 15, 2006

Hazim dapat hadiah birthday




Hari nih Ummi dan Ayah bawak Haziq dan Hazim gi Toy r Us. Syok sungguh Haziq Hazim. Macam tak pernah tengok mainan. Tapi satu tempat yang dok selalu tuju, keretapi. Thomas. Haziq Hazim sampai tak tahu nak pilih mana. Disebabkan hari tuh Ummi dan Ayah tak belikan lagi hadiah birthday Hazim, so Ummi dan Ayah pun belikan thomas besar. Ada dua keretapi lagi. Thomas, Hazim punya, Parsy, Haziq punya. Tak sabar2 nak sampai rumah. Ummi pun dapat hadiah birthday gak dari ayah. Buku resepi nak buat roti dan kek!!. Bila nak dekat sampai rumah, Haziq dan Hazim tidur dalam kereta tapi bila dah sampai, terus bangun nak main. Hazim selsema. Dengan meleleh air hingus pun, seronok main Thomas sama Haziq. Bila ajak hirune, taknak. Kejab2 dengar Haziq an Hazim berebut nak lukis jalan keretapi.....Tapi yang penting, Haziq dan Hazim dapat gak akhirnya mainan Thomas ya!!!

Bukak puasa di Izuka, Kita Kyushu


Minggu lepas, Ummi dan Ayah bawak Haziq dan hazim pergi bukak puasa sama keluarga Malaysia di Izuka. Naik kereta dalam 2 jam lebih kurang. Alhamdulillah sempat sampai before bukak pose. Pheh...ramai sungguh kawan2 Haziq dan Hazim. Semua orang tanya Ummi dan Ayah duduk kat mana, ngapa dok kat Moji etc so Ayah ngan Ummi pun citelah dengan panjang lebarnya. Haziq dan Hazim makan banyak. Tapi dok makan mee ajer. Ummi buat pizza pun Haziq Hazim taknak ya...Waktu Ummi dan Ayah semua sembahyang terawih, Haziq dan Hazim ikut Auntie Aida yang ada banyak coklat dan jajan dalam beg dia. Duduk sama Auntie Aida sampai nak dekat habis solat terawih. Lepas makan coklat, pandai Haziq dan Hazim gi kumur mulu ya.....Bila nak balik, Haziq dan Hazim lambai kat Abang Farid ngan Kak Aina (anak2 Abang Kamarul ngan Ina yang dok kat Tobata).

Monday, October 09, 2006

Birthday Hazim 2 tahun

Haziq dengan kek. Makan kek tapi tak makan buah peach kat atasnya.

Haziq dan Hazim get ready nak makan. Kat tangan Hazim tuh ada pancake lagik!...

Sedapnya Hazim makan kek ya...


Haziq nak gak potong kek sama-sama...


Haziq dan Hazim serta Ummi dan Ayah makan kek nak dekat habis. Tuh belum makan nasik lagik...jamah kek dulu...


Hari nih birthday Hazim so Ummi dan Ayah bawak gi jalan-jalan kat Mojiko Retro. Sambil2 tuh cari kedai import. Cuaca cantik sangat dan apa lagi Haziq dan Hazim dok explore kat situ. Banyak kapal. Hazim suka tengok kapal so dok tarik tangan Ummi gi jambatan.

Bila balik, Ummi buat kek birthday utk Hazim nak makan time berbuka. Bila waktu berbuka, Ayah, Ummi, Haziq dan Hazim ambik gambar nak potong kek. Leps tuh makan. Hazim dan Haziq suka sangat kek tapi tak suka buah peach kat atas. Makan banyak. Lepas tuh makan mee. Ummi buat mee kari tapi Haziq dan Hazim tak nak kuah kari cuma nak kicap. Okla. Dah kenyang, Haziq dan Hazim main selimut.

Jalan - jalan di Mojiko

Haziq dan Hazim dok suka main air kat tepi kedai.
Haziq dan Hazim suka jalan-jalan kat jambatan boleh tengok kapal.

Hazim dengan "peace". Haziq dah malas nak buat.


Kat depan muzium apa tah.....

Friday, October 06, 2006

Sushi

Haziq makan sushi first time. Pandai ambil sendiri. Telur ngan nasi. Tapi Haziq cuma nak makan nasi. Bila Ummi kata sushi tuh kena makan ngan telur barulah Haziq makan.
Hazim pun sama. Suka makan nasi ngan telur. Try makan kani (ketam) tapi keluarkan balik sebab ada nori (seaweed) agaknya.
Ummi lak khusyuk nak pilih makan apa sebab dah lama tak makan sushi so tak tahu nak pilih apa pun.

Ayah tolong suapkan sushi kat Hazim. Pandai Hazim makan sushi ya!.

Tuesday, October 03, 2006

Hari Sukan

Hari sabtu lepas Hari Sukan sekolah Haziq dan Hazim. Ummi sorang jer yang pergi sebab Ayah kena kerja, takde cuti lagi. Bila sampai sekolah Haziq dan Hazim ikut sensei. Macam biasa, Hazim msti nangis tapi Ummi tinggal jugak. Bila dah mula perarakan kelas Haziq (Koguma) masuk ke padang dulu so Ummi lambai Haziq dan tunjuk tanda bagus!. Haziq senyum ajer. Tapi bila kelas Hazim (Usagi) masuk, Hazim nampak Ummi terus Hazim nangis nak ikut Ummi. Makcik yang duduk sebelah Ummi kata hah, dah nampak mak dia terus nangis ya!..Buat malu orang ajer. Since Hazim tak berhenti nangis so Ummi pergi sembunyi. Tengok dari jauh ajer.

Haziq duduk sama sensei so sensei buat apa jer Haziq ikut. Lagipun Haziq baru lagi tak hafal apa yang kena buat. Bila time aktiviti ibu bapa bersama anak2, Ummi kena jalan sama Hazim dan ambil epal masukkan dalam beg. Hazim dah tak nangis tapi taknak ambil epal. Takut kot tengok merah sangat. Lepas habis semua, Ummi duduk sama Hazim, temankan makan oyatsu dan minum susu. Sambil tuh Ummi tengok Haziq buat jalan atas tayar, jalan atas jambatan dengan bergayut kat batang besi. Bagus!. Haziq tak nangis pun. Mungkin tengok kawan2 buat so Haziq pun ikut sama.

Bila sampai aktiviti Ummi dan Haziq, Ummi bagi Hazim kat sensei. Apalagi, Hazim nangis nak ikut Ummi. Ummi kena tarik Haziq dudk atas tayar lepas tuh Haziq kena naik belakang Ummi. Pheh, dahlah puasa, letih gak....

Bila sampai rumah, Ummi dah pengsan dulu. Haziq dan Hazim seronok dapat hadiah dari sekolah. Bila Ayah balik, sibuk tunjuk hadiah kat ayah.