Saturday, March 28, 2009

Cengkering (2)

Hazim dah baik dari cengkering (chicken pox) lepas 5 hari. Semalam Haziq pula kata dia rasa sakit satu badan. Bila check suhu badan adalah panas sikit. Lepas itu baru perasan kat dahi dia ada macam jerawat tapi ada air dalamnya. Mesti kena chicken pox tapi bila tengok badan Haziq takde pula tanda-tanda yang lain. Lepas bagi minum ubat, Haziq tidur.


Hari ini bangun dari tidur tergerak hati nak check badan dia. Tengok-tengok satu badan dah ada tanda kena cengkering. Nasib baik Haziq kena sebelum masuk sekolah. Sekolah start 10 April so harap-harap Haziq cepat sembuh.


Cepat-cepat bawa Haziq jumpa doktor dan ambil ubat semua. Muka pun monyok ajer bila kena suruh makan ubat. Kata dia ubat doktor masam!. Bila cerita time Hazim kena, Haziq beria-ia suruh Hazim minum ubat. Hah, ini giliran Hazim pula asyik suruh Haziq minum ubat. Hazim siap kata dia bangga dia boleh minum ubat. Katanya "takde masam pun" sambil sengih......


Nampak gaya tak dapat pergi Hanami sama warga Kitakyushu esok di IIzuka. Sorry aaa.....

Tuesday, March 24, 2009

Graduation Day

Graduate School of Economics, Yamaguchi University


Hari ini Graduation Day untuk Yamaguchi University. Pukul 9 pagi dah sampai kat Yamaguchi. Punyalah ramainya orang. Pukul 10 dah mula. Graduation Day kat Jepun nih cuma akan panggil wakil setiap faculty/ course naik ke pentas ambil degree. Lepas tuh dengar speech then adalah persembahan macam band pancaragam and Yamaguchi University Cheering Team.


Team nih memang best. Suara sorang-sorang tak payah pakai mic pun boleh dengar satu dewan besar. Pergerakan tangan (macam menari) memang menarik. Letih tengok tapi setiap seorang memang bertenaga.


Memang mengantuk duduk dalam dewan tapi nasib baik ada teman borak, Yati. Lepas habis acara kat dalam dewan, kena keluar ambil degree sorang-sorang dari Dean Faculty kat 2nd Floor. Terbelit gaklah lidah Dean kena baca namaku yang panjang. Siap kata minta maaf sebab tak boleh sebut dengan betul.


Bila semua dah dapat degree masing-masing, keluar bergambar pula Seronok campur sedih. Lepas nih bermulalah satu lagi episod dalam hidup yang lagi mencabar dari sebelumnya.


Bila dah habis ambil gambar dengan diaorang keluar dari dewan, tengok punyalah ramai Jepun berkumpul ambil-ambil gambar lagi. Cuaca memang cantik dengan sakura pun dah berkembang. Ambil gambar dengan kohai tachi pula. Minna, sotsugyou omedetou ne. Lepas nih nak jadik shakaijin, gambattene...Kalau boring kerja nanti, marilah sambung belajar macam akak. Hehehe...


Lunch pula makan ramai-ramai di Ube. Washoku (Japanese Food) la apalagi....Arigatou ne Madno. Tung tang tung tang habis semua pukul 3. Singgah kejab kat Sunshine then barulah drive balik. Mengantuk sangat + sakit kepala. Maybe panas kot. Bawa kereta pun melelong. Bahaya sungguh. Nasib baik selamat sampai rumah......

Monday, March 23, 2009

Idea

Sejak dua tiga hari nih, kalau baca buku cerita mesti tak habis. Sekerat jalan ajer. Samada jalan cerita yang meleret atau tak kena dengan selera waktu itu. Semangat nak tulis buku cerita pula mula ada. Ada beberapa idea menarik untuk menulis satu cerita fantasy + adventure. Tapi entah kenapa masih tidak menulis. Tak best kalau guna komputer. Kena tengok tulisan tangan sendiri baru ada feeling.


Balik Malaysia baru-baru ini, teringat dengan buku log yang ada banyak cerita hasil "cuba-cuba tulis" waktu tingkatan 3. Ada satu cerita pengembaraan seorang gadis untuk menyelesaikan misteri di dalam badannya. Dia ada bertemu dengan seekor kuda (ala-ala unicorn) yang banyak membantunya sepanjang dia mengembara ke pelusuk dunia. Apa jadi selepas itu pun dah tak ingat. Agaknya Irma ingat sebab dia satu-satunya orang yang pernah baca cerita ini.


Cuba selongkar stor di belakang rumah di Johor. Banyak betul buku-buku komik Huda. Terus hilang semangat sebab panas dalam bilik stor itu. Hajat hati nak habiskan tulis cerita dalam buku tuh tapi apakan daya akhirnya tak jumpa juga. Mungkin riwayat buku itu dah tertanam nun di belakang rumah.


Nampak gaya kena mula cerita baru dengan idea yang baru. Cara-cara untuk hilangkan stress buat research...

Wednesday, March 18, 2009

Ular

Credit gambar: camera Ayah

Balik Malaysia 2 minggu memang tak cukup. Semua orang kami nak jumpa, semua benda nak makan dan semua tempat nak jalan.


Waktu balik ke Alor Setar, kami jalan-jalan ke Langkawi. Sempat naik Gunung Machinchang guna cable car. Cantik sungguh pemandangan Pulau Langkawi dari atas gunung. Rugi kalau ke Langkawi tak naik cable car nih. Pemegang Mykad dewasa bayar RM18 (kami ambil special price dapatlah RM14), kanak-kanak RM5 tak silap.


Sebelum naik cable car, kami jalan-jalan sekitar kedai-kedai kat bawah dahulu. Ada mini zoo. Percuma. Ingat nak singgah bawa Haziq dan Hazim masuk tapi takde masa.


Waktu jalan-jalan tuh kami nampak ada orang kat bawah pokok lepak-lepak dengan ular sawa kesayangannya. Ada dua ekor. Ular sawa Burma nama Boboy dan ular sawa Malaysia nama tak tanya lak. Bila Haziq nampak ular sawa dia pun datang dekat-dekat. Tengok orang tuh bagi Haziq pegang. Kami yang lain ingatkan Haziq taknak rupanya dia berani datang pegang.


Sekali tuh tuan punya ular sawa letak Boboy nih kat leher Haziq. Mulanya Haziq nampak takut tapi lama-lama ok pula. Macam-macam gaya dia buat dengan Boboy nih. Orang ramai dok berhenti tengok Haziq main dengan Boboy dan ular sawa Malaysia (kecil lagi).


Kami yang lain tak berani nak datang dekat sebab geli sangat-sangat. Ular sawa yang kecil tuh boleh lilit-lilit lengan Haziq lagi. Hazim pula bila disuruh bergambar, datang dekat pun tak mahu. Geli campur takut.....


Yang ini Haziq dengan ular sawa Malaysia

Tuesday, March 17, 2009

Cengkering

Apa agaknya "cengkering"?. Cengkering nih bahasa jawa (rasanya la) maknanya chicken pox.


Semalam Hazim tunjuk ada macam kudis air kat tapak tangan. Ingatkan kudis so ambil jarum dan cucuk bagi keluar airnya. Malamnya pulak demam tapi tak tinggi sangat. Lepas bagi minum ubat, dia pun tidur nyenyak.



Pagi nih bangun waktu buka baju nak mandi pergi sekolah, tengok satu badan dah ada banyak gelembung-gelembung air. Nih mesti kena chicken pox. Tengok badan Haziq pula takde apa-apa. Lepas hantar Haziq ke sekolah, bawa Hazim jumpa doktor. Memang sah Hazim kena mizu bouso (chicken pox). Dapat ubat untuk 5 hari tapi lepas lusa kena jumpa doktor lagi.


Haziq dan Ayah belum pernah kena lagi so kata orang kemungkinan besar berjangkit. Mak pesan suruh cari daun semambu tapi mana nak cari kat Jepun nih?.


Harap-harap Hazim cepat sembuh.....

Monday, March 16, 2009

Katak Puru

Baru balik dari Malaysia semalam. Letih giler. Oleh sebab itu entri kali ini pendek ajer.

Turun ajer kapal terbang di Osaka Haziq dan Hazim kata "Ummi, sejuk..."..

Kesian. Mana taknya turun tuh suhu kat Osaka 5deg. Sampai rumah pula, Haziq dan Hazim terus tuju buku-buku dan mainan diaorang. Lupa terus rasa sejuk.

Hari ini gi U bawa Haziq dan Hazim untuk settle nak masuk phd dan confirm kedatangan untuk Graduation 24/3 nih.Serah kunci bilik study kat ofis. Orang ofis pening sebab tengah pindah.

Esok Haziq dan Hazim ke sekolah. Rasanya tak sabar kawan-kawan nak dengar cerita diaorang balik Malaysia....