Tuesday, December 20, 2011

MTR

Dua minggu lepas, mula ajar Haziq dan Hazim surah Al Masad dan ertinya. Untuk diaorang cepat hafal, explain maknanya sekali berkenaan Abu Lahab. Waktu ini barulah rasa betapa lemahnya saya bab-bab agama. Nak cerita yang simple memanglah boleh tapi bila Haziq dan Hazim tanya makna setiap ayat dan cerita kenapa surah ini diturunkan, terus tersentak. Dulu memang belajar di sekolah tapi sekarang ingat-ingat lupa. Hati meronta-ronta sangat nak dengar balik cerita dan pengertian sebenar surah nih. Cari dalam internet, baca sana sini tapi terasa tak cukup.

Ada satu masa keluar air mata sebab rasa nak tahu, belajar balik makna setiap ayat dalam Quran tapi tak tahu macam mana. Yup, sesungguhnya saya ini tersangatlah lemah dan yang menyedarkan saya ialah anak-anak sendiri. Duduk tak senang selama seminggu dua nih dalam sibuk nak siapkan dissertation. Sambil-sambil tuh latih Haziq dan Hazim hafal dan diaorang tanya balik, siapa sebenarnya Abu Lahab nih Ummi?. Tak cukup dengan cerita ringkas nih, diaorang tanya mengenai syurga dan neraka. Sebelum itu, Haziq suruh cerita pasal Nabi Muhammad SAW.

Semalam, entah macam mana diberi peluang untuk beli buku tafsir Al-Quran, Miracle The Reference (MTR) sebab tengok ada junior promote dan jual di sini. Dalam MTR nih bukan saja ada tafsir tapi ada Hadith sahih, doa harian, makna sepotong ayat pendek (senang sikit nak hafal makna ayat), makna Asmaulhusna dan macam-macam lagi. Seronok sangat baca tafsir ini sebab senang refer dan ada cerita-cerita agama.

Moga-moga lepas nih dipermudahkan untuk menjawab soalan Haziq dan Hazim selain bila balik Malaysia nanti boleh belajar dari Ustaz/Ustazah yang bertauliah, inshaAllah.

2 comments:

  1. hanny..
    saya pun sama.igt balik takut nak beranak ramai2 sbb tak mampu nak ajar mcm mana mak ayah ajar kita.setakat hantar skolah bagi makan dan minum je tak cukup..jd ibubapa kena tahu banyak perkara.awak lagi lah..duk kat luar negara
    smoga kita berjaya didik anak2 dunia akhirat

    ReplyDelete
  2. Irfa,
    Amin...semoga kita dikurniakan anak2 yang soleh dan keturunan yang baik2 oleh Allah. Paling penting yang rajin mendoakan kita bila kita dah takde di dunia nanti..

    ReplyDelete