Saturday, December 24, 2011

Hospital

Kelmarin, pagi-pagi lagi dapat telefon dari kawan orang Malaysia yang nak daftar anak-anaknya masuk hospital. Memandangkan dia tidak boleh berbahasa Jepun, jadi saya tolong bercakap dengan orang Jepun. Bila hal melibatkan anak-anak sakit dan terpaksa jumpa doktor memang kasihan pada yang tak boleh berbahasa Jepun. Dahlah orang Jepun pun tak boleh cakap English. Seorang ibu itu mesti risau kalau tak faham apa yang doktor atau nurse kata mengenai penyakit anak. Nasib baik diaorang nih sabar melayan dan terangkan satu persatu, tunjuk gambar, bahasa isyarat dan sebagainya.

Waktu baru sampai di Jepun sampailah Haziq masuk sekolah rendah, selalu sangat melawat klinik, hospital tak kira masa. Kat Jepun, Sabtu dan Ahad klinik kanak-kanak yang buka memang limited. Kena telefon untuk check mana klinik yang buka. Lagi satu, hari biasa pun selalunya sampai pukul 5/6 petang. Lepas tuh kenalah telefon cari. Kalau nak ke hospital, mesti ada refer letter dari klinik yang selalu kita pergi. Lagi satu, tak boleh tukar-tukar klinik sebab doktor akan lihat kes sebelumnya. Pernah kena warning sebab tukar-tukar doktor. Apa nak buat, klinik yang selalu pergi tuh tutup 1 jam lebih awal, jadi kenalah ke klinik yang lain.

Dua tahun lepas Hazim masuk hospital sebab baru lepas influenza kena pneumonia lak. Waktu tuh ayahnya di Korea, outstation. Dahlah tengah malam, bila check suhu 39 degree so call sana sini dapat satu hospital yang buka 24 jam, drive ke sana tengah malam. Masa tuh bulan 12, time winter pula tuh. Sejuk betul. Tengok-tengok kena admit gak sebab Hazim macam susah bernafas. Malam tuh juga sms dan call ayahnya suruh ambil flight paling awal balik ke Jepun. Air mata dok mengalir keluar sebab risaukan Hazim. Malam tuh kami tiga beranak tidur hospital sebab takkan nak tinggalkan Haziq sorang-sorang kat rumah. Orang Malaysia pun jauh dan tak nak menyusahkan call diaorang di tengah malam. Alhamdulillah seminggu lepas tuh Hazim dah sihat, lari sana sini lagi. Sampai sekarang tak boleh lupa pengalaman anak sakit masuk hospital. Saya nih walaupun nampak kuat di luar tapi bila melibatkan anak-anak, mesti air mata berguguran, pasrah rasanya.

Sekarang nih kalau jumpa Komatsu Sensei (doktor di klinik yang selalu kami pergi), dia akan kata Haziq dan Hazim dah besar ya. Jarang sakit macam dulu kan. Alhamdulillah, bersyukur sangat diaorang dah besar, antibodi pun dah kuat cuma Hazim tuh bila buat test darah. doktor kata ada potensi asthma cuma bukan level teruk. Pulak tuh si Hazim nih suka main bola, lari sana sini, aktif sangat-sangat. Harap-harap selepas ini, Haziq dan Hazim sihat dan cergas serta suka ke sekolah di Malaysia nanti.

4 comments:

  1. Memang risau hati perut kalau anak2 sakit. Ni kat Melaka pun kerap hujan, bertambah ler penyakit.

    ReplyDelete
  2. Masa anak sakit selalu terfikir, transferlah sakit nih kat Umminya. Cepatlah anak sihat. Hati seorang ibu nih kan Kak, memang mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak sentiasa.

    Take care Kak!!Saya doakan akak ngan family semua sihat2 hendakNya....especially lepas balik bercuti nih ya:)

    ReplyDelete
  3. sgt risau bila anak2 tak sihat dan suami takde depan mata :(

    ReplyDelete
  4. Yup, memang risau tapi saya terfikir kalau2 kita terlalu mengongkong kebebasan diaorang. Taknak diaorang main jauh2, takde depan mata sebab takut hilang atau jatuh luka. Lagilah budak2 lelaki nih kena belajar berdikari kan.. Takper..perlahan2 si ibu kena belajar sejauh mana kebebasan patut diberi untuk anak2...

    ReplyDelete