Sunday, December 11, 2011

Butter


Tajuk entri macam tajuk filem Jennifer Garner lak:)

Minggu lepas ada kelas buat mentega dari susu krim di kelas Haziq. Aktiviti darjah2 & 3 ini melibatkan ibu bapa juga. Ada seorang cikgu dari Meiji (syarikat berkaitan susu segar, coklat dan barangan tenusu yang cukup dikenali di Jepun) dijemput datang untuk beri ceramah dan selepas itu budak-budak diajar cara nak buat mentega dari susu krim.


Suka sungguh diaorang dapat tengok macam mana susu krim yang cair, bila dikacau lama-lama jadi pekat dan mengeluarkan sejenis susu yang lain pula. Bila susu krim tadi dah keras, garam masakan dicampur untuk separuh mentega yang dah jadi. Separuh mentega lagi adalah tanpa garam. Setiap kumpulan dapat 3 peket biskut makan cicah dengan mentega. Tak sangka senang rupanya buat mentega dari susu krim nih. Tapi kena susu krim yang khas bukan susu segar yang minum setiap pagi.


Menariknya susu segar di Jepun sedap sekali berbanding di Malaysia. Mungkin sebab suhu persekitaran yang sejuk, agaknya. Lagi satu jarang jumpa kanak-kanak minum susu segar dengan perisa coklat, straberi etc. Kebanyakkannya susu segar yang warna putih. DI sekolah Haziq dan Hazim, setiap kali makan tengahari mesti kena minum susu segar satu kotak. Tapi ada saja yang tak suka minum susu tapi boleh habis minum. Kenapa?. Sebab tengok kawan-kawan habis minum jadi malu bila dia seorang yang tak habis. Itulah psikologi sekolah kat Jepun.


 

2 comments:

  1. mayzatt2:31 PM

    guna whipping cream/ fresh cream boleh kot? sebab pernah terlebih pukul whipping cream...dia jadik berketul dan berair.

    ReplyDelete
  2. whipping cream katanya takleh. Kalau kat luar kotak tulis krim saja yg boleh..pastu berapa percent lemak krim baru boleh. lupa lak..

    ReplyDelete