Friday, December 28, 2007

Discover Kyushu



Ahad nih, 3 hari 2 malam nak gi jalan-jalan ke Oita, Kumamoto dan kalau sempat nak gi Miyazaki.
Tempat lawatan: Beppu, Yufuin, Aso (gunung berapi sana), Kumomoto Castle dan lain-lain kalau sempat.
Tapi bila tengok weather forecast, alamak maybe snow turun sikit (50%) dan mendung...
suhu lak bawah 10deg..Sejuknya!!!!
Semoga selamat pergi dan selamat balik....



Thursday, December 20, 2007

Kak Siti

Hah, kali nih tajuk entri lain sikit. Bukan cerita kat jepun. Lepas baca entri kat seorang blogger nih, teringat nak buat entri pasal kak siti. Siapa kak siti nih?. Bukan Siti penyanyi tuh...tapi Kak siti nih yang tolong jaga Haziq dan Hazim waktu di malaysia selama 1 tahun setengah. Atau dengan kata lain "maid" dari Indonesia.



Waktu mengandungkan Hazim 7 bulan, terfikir nak ambil maid dari agency tapi disebabkan macam2 cerita dah dengar, takut gak kalau jadik macam2. Nak hantar nursery pun sama. Baik ambik maid sebab boleh tolong kemaskan rumah sikit2. Idea nak ambil maid dari kalangan saudara sendiri datang tiba-tiba. Beli tiket kapalterbang ke Surabaya sama mak, abah, cik dan Haziq selama 3 hari 2 malam. Lagipun memang teringin nak jenguk kampung di Indonesia sana. Alhamdulillah misi kami berjaya. Uruskan permit, passport dan semua, 2 bulan lepas tuh Kak Siti sampai di rumah kami. Mulanya Haziq agak takut tapi lama kelamaan Haziq boleh duduk sama Kak siti yang pangkatnya dengan saya adalah makcik (sepupu emak) umurnya 40-an.



Bila Hazim lahir, Kak Siti banyak membantu di samping pantang di Johor. Selepas habis pantang dan pindah ke rumah baru di Bangi, Kak Siti ditugaskan menjaga anak-anak (top priority-tak kisahlah rumah tak kemas tapi yang penting anak2 terjaga), lipat kain serta basuh-membasuh. Memasak cuma untuk dirinya dan anak-anak sewaktu saya bekerja. Memasak untuk keluarga adalah tugas saya. Biar penat sekalipun saya akan pastikan makanan dari air tangan saya atau makan kedai...hari minggu dan hari saya ada di rumah, anak-anak akan bersama saya dan kak Siti keluar berjalan-jalan satu hari dalam sebulan. Walaupun kak siti saudara rapat tetapi saya pastikan hubungan kami lebih kepada majikan - pekerja. Kami anggap Kak siti sebahagian kelurga kami tetapi tidaklah sampai bercerita peribadi, memicit kepala dan sebagainya. Kami bersyukur selama 1 tahun setengah, tiada masaalah besar dengan Kak Siti. Kak Siti saya latih kepada pandai mengemas bukan kearah pandai memasak. Cukuplah satu tugas besar yang melibatkan anak-anak. Satu tanggugjawab yang besar di waktu ketiadaan saya keluar bekerja.



Selepas kami ke Jepun, Kak Siti tinggal besama emak di kampung sambil menolong di Nursery Tujuh Puteri (nurseri pokok). Kak Siti banyak membantu emak dan abah dan menanam sayuran dan pokok tumbuhan yang lain. Setelah setahun, Kak Siti pulang ke Indonesia kerana ingin berjumpa dengan ibunya yang sudah uzur. Kini, Kak Siti ingin kembali ke Malaysia kerana rindukan suasana di sini di samping mencari pendapatan lebih. Minggu pertama bulan Januari 2008, emak dan abah akan ke Surabaya bertemu dengan Kak Siti dan saudara yang lain serta menguruskan passport Kak Siti. Rindunya dengan kampung di Blitar sana. Macam nak pergi lagi rasanya!. Nak makan Nasi Jagung dan Sayur Urep (bahasa jawa=sayur kerabu )




Bagi saya, sebagai manusia saya tidak pernah mengganggap Kak Siti sebagai "orang gaji atau maid " tetapi sebagai " penolong" saya. Kalau diperkenalkan kepada orang, saya katakan Kak Siti ini saudara pangkat makcik yang saya upah untuk menolong menjaga Haziq dan Hazim. Kalau nak ikutkan markah, saya bagi 99% untuk tugas menjaga Haziq dan Hazim, 77% untuk tugas mengemas rumah (peratus kenaikan dari tahun sebelumnya lebih 50%) dan 33% untuk memasak (tapi 100% untuk sambal belacan Kak Siti!!- memang sedap!!). Hingga kini, Haziq dan Hazim kadang -kadang bertanya "nenek kat mana?".




Insyallah, kami pasti akan ke kampung Kak Siti di Blitar, Surabaya kerana rindukan suasana segar dan asli di sana sambil berjumpa dengan saudara yang lain. Rasa keinsafan yang teramat sangat melihat keadaan di kampung sana. Tidak rugi menyambung silaturahim sesama saudara tidak kira berada di ceruk dunia mana sekalipun.

Wednesday, December 12, 2007

macam-macam

Hari sabtu ada persembahan sekolah Haziq dan Hazim. Haziq macam biasa, ikut mood tapi Hazim memang boleh berlakon dan menyanyi dalam japanese. Kelakar tengok Hazim masa berlakon jadik ketam. Pakai topi kat kepala bentuk ketam pastu bawak gunting kertas besar nak potong tali. Balik tuh makan tenpura kat luar. Haziq lak mood baru baik demam so makan sikit ajer. Lepas habis makan balik rumah, semua orang pengsan, letih, tidur.




Hari ahadnya, kami diajak ke kilang Noritake. Tak pernah pergi so nak lah tengok rupa kilang Noritake tuh camne. Dekat ajer ngan tol. Sampai-sampai ajer, eh...kilang ker nih..bangunan agak usang. Noritake nih sesuai untuk orang seni...Design bunga dan abstrak. Ada Japanese style punya pinggan, cawan dan semua. Pergi kereta kosong tapi balik...hehehe...ada beli pinggan, teko dan cawan teh..not bad harga. Murah gaklah sebab suka gak ngan design jepun nih.. Oh ya, terkejut ada pokok pisang kat sini. Nak ajer ambik sikit bawak balik boleh bungkus ikan bakar, buat nasi lemak etc tapi seganlah pulak....lagipun pisau takde....





Hari nih lak gi jumpa doktor gigi lagi pasang bridge. Punyalah lama nak pasang, and doktor tuh alter macam2. Segala jenis alat keluar. Dari gerudi kasar, gerudi halus, gam, ubat dan macam2 termasuk lilin nak bakar apa tah.. Pening tengok alat-alat yang doktor gigi nih pakai. Kalah orang kerja tukang rumah. At least rumah boleh nampak sebab besar tapi nih gigi kat dalam!!!..Respek betul sapa jadik doktor gigi nih.. Hari jumaat nih kena jumpa dia lagi..sebab dia nak alter lagi amenda tah...so bila nak balik kena bayar 7, 140yen (dalam 210rm). Tak sure kenapa murah dari sepatutnya (12,000yen). Mungkin dia bagi diskaun kot sebab hari tuh doktor nih kata kesian tengok sebab dok kat jepun semuanya mahal kan...Sengih ajerlah time tuh...

Sunday, December 02, 2007

Haziq ambil gambar Hazim

Hari tuh ada orang Malaysia datang buat promosi Homestay, Visit Malaysia Year di Yahata. Diaorang ada buat roti canai dan teh tarik. Lepas tuh kawan jepun, Yamada Motomi pun ajak datang so pergi jenguk sat. Yamada-san nih terrer cakap melayu. Takde slang jepun punya. Dulu dia pernah duduk kat Felda area Labis, Chaah sana tak silap. Haziq apa lagi ambik kamera Ummi dan mula ambil gambar macam-macam.





Gigi

Lamanya tak tulis blog. Dekat 2 minggu kot. Walaupun pergi kelas cuma 3 hari seminggu tapi setiap kelas ada presentation kena buat dan banyak paper kena baca. Thesis nak tulis dalam japanese so kena gambare (usaha) dari sekarang untuk kumpul bahan-bahan nak buat thesis. Banyak buku kena baca dan kena tahu kat mana nak cari info terkini mengenai statistics negara ASEAN dan negara lain dalam website.



Dah dua minggu gak, asyik kena jumpa doktor gigi. Dulu pernah buat tapi kali nih kena buat "bridge". Bridge nih macam jambatan tapi kat dalam gigi. Time kat malaysia pernah cabut gigi bawah sebelah dalam. Rupa-rupanya bila gigi atas takde "lawannya" dengan gigi bawah, gigi atas akan tumbuh dan panjang, lama kelamaan akan kena kat gusi bawah kat tempat gigi yang kena cabut.



Doktor gigi kat malaysia takde bagitahu pasal info nih tapi bila sampai kat jepun, gi tampal gigi, then doktor jepun bagitahu pasal mende nih. Dulu takut nak jumpa doktor gigi kat jepun sebab takut mahal. Sebenarnya kalau ada insurans kesihatan, cuma bayar 30% so selama nih tak pernah bayar atas 3000yen lagi. Cuma buat bridge nih kena bayar dalam 12,000yen. Daripada 12, 000yen, boleh claim 50% dari sekolah (sebab ambik insurans sekolah) dan 30% dari JASSO.




Bila dok rajin jumpa doktor gigi nih, dapatlah belajar macam-macam pasal doktor gigi, insurans kesihatan untuk gigi, klinik gigi, servis kat klinik gigi dan macam-macam lagi. Kalau kat US, nak buat treatment gigi mahal yang teramat sangat. Menurut kata orang, kalau nak tahu orang US tuh kaya atau tidak, tengok gigi orang tuh. Kalau cantik, rapi dan terjaga memang kaya. Kebanyakkan orang US prefer cabut gigi sebab murah dari tampal. Tetapi kalau kat Jepun nih, doktor gigi akan suggest untuk buat treatment macam tampal dan rawatan akar dari cabut. Katanya, setiap gigi ada fungsinya walaupun gigi oyashirazu (gigi geraham paling dalam yang takde kawan dia tuh). Kalau dicabut, sayang kat gigi tuh.. Hmmmm...tapi kalau fikir balik, sayang gak gigi kena cabut. Bukan tumbuh balik. Lainlah kalau gigi susu!.




Dulu rajin gi klinik kat bawah nih (doktor gigi nih favourite terutama di kalangan orang tua sebab doktor baik dan quality A+), tapi disebabkan tak larat nak tunggu lama dan sebenarnya dah malas nak follow-up so tukar kat doktor gigi lain yang dekat gak. Masuk-masuk klinik nih rasa macam masuk ryoukan (hotel air panas kat jepun) . Ada pokok hijau kat dalam klinik dan bangunan pun macam dulu-dulu. Sampai ajer terus masuk jumpa doktor. Tuh yang best. takl payah tunggu2 sampai tertidur. Doktor tuh orang tua tapi cekap betul buat kerja.



Mula-mula jumpa, doktor tanya dari mana datang, buat apa kat sini dan 1001 soalan yang memang dok selalu kena jawab bila jumpa orang jepun kat sini. Lama-lama doktor tuh kena tanya lak. Macam-mana nak buat bridge nih, berapa kena bayar, apa yang digunakan waktu nak tampal gigi, apa beza implant dan bridge. Last-last doktor tuh kata waktu nak balik, kalau tak faham boleh tanya lagi ya....Jangan malu nak tanya. 聞くは一時の恥、聞かぬは一生の恥!



So lepas nih kena jumpa doktor tuh lagi sebab tak habis treatment. Dengan doktor nih murah sikit. Rupanya kalau murah tuh sebab dia tinggikan point dalam insurans, kalau tak silap. So kita dapat bayar murah. Lain klinik, lain bayarannya. Dah tak mahu sakit gigi lagi. Dulu setiap kali pregnant mesti sakit gigi sebab kalsium kurang. Jumpa doktor gigi, Lisa Alis kat Bangi mintak dia tampal ajer. Doktor Lisa tuh memang baik dan lembut. Tak pernah kena ganas-ganas ngan dia. Doktor gigi kat jepun lak susah betul nak jumpa yang doktor perempuan. Hmmmmm....





Thursday, November 15, 2007

Motor Ayah


Dua minggu lepas beli motor secondhand untuk Ayah. Kesian ayah pergi kerja turun naik bukit hari-hari lepas tuh kena naik bas. Bila ada motor nih bolehlah naik sampat Komorie Eki (eki paling dekat dengan rumah). Haziq dan Hazim bukan main seronok tengok motor. Kalau ayah balik, mesti nak keluar tengok motor. "Vroom vroom....".




Kat jepun nih kalau nak naik motor bawah 125cc (gentsuki) kena ada lesen. Kalau dah ada lesen kereta boleh bawah motor nih tapi kalau tak ada kena ambik lesen lain. Ummi dah lama tak bawak motor so teringin gak nak bawak motor nih. Nampak macam senang. Even makcik-makcik tua kat jepun nih pun boleh bawak motor nih. Haziq dan Hazim sibuk suruh bawak naik motor tapi motor nih tak boleh bawak penumpang. Dekat-dekat jer bolehlah.....

Tuesday, November 13, 2007

Last Weekend





Hari sabtu pagi-pagi lagi ayah ajak jalan. Tengok dalam peta nak gi cari tempat menarik nak tengok koyo. Semua tempat belum migoro (waktu yang sesuai untuk melihat dedaun merah). Cuma ada satu tempat namanya inugatake (犬ヶ丘)di Buzen-shi (豊前市). Sempadan Fukuoaka ngan Oita. Ingatkan tempat tuh boleh duduk-duduk rupanya kena mendaki 2 jam untuk sampai kat tempatnya so cancel. Bentang tikar makan kat kaki gunung. Nak sampai ke tempat tuh adalah dalam 2 jam. Memang di hujung dunia. Lalu kampung jepun yang hijau ngan sawah padi, pokok-pokok, rumah jepun yang moden dan tradisional. Lapang betul tengok pemandangan macam nih. Nak balik tuh singgah eki no michi (駅の道)beli limau satu kotak (manis sungguh) ngan sayur fresh murah-murah. Hazim yang tak suka makan limau sebab masam pun boleh makan banyak ngan Haziq.



Hari Ahad lak Ummi kena jadi panel untuk forum. Forum nih berkenaan cara-cara mendidik anak dan pengalaman di jepun. Ada org Brazil, China dan Australia. Yang hadir lak orang Jepun dalam 50 org. Memang menarik dengar diaorang bercerita pengalaman masing-masing. Yang lain tuh semua kahwin ngan orang jepun dan anak-anak lahir di jepun so diaorang semua dah terikut budaya jepun. Anak-anak mereka dah tak cakap bahasa selain dari jepun. Bila time Ummi lak, Ummi kata kat rumah cakap melayu dan sekarang tengah ajar ngaji, semua macam dok kata mustahil budak-budak akan ikut cam kita. Bagi mereka, kalau surrounding jepun, budak-budak akan boleh cakap jepun jer.



Satu lagi org Brazil tuh memang emotional time dia punya presentation sebab anak-anak dia kena ijime (buli) selama 3 tahun waktu sekolah rendah. Kesian dengar dia cerita. Dia melepas geram sampai cakap tak boleh berhenti ajer. Anyway, masalah ijime nih memang dah lama kat jepun. Ummi risau gak Haziq dan Hazim tapi insyallah Haziq dan Hazim pandai bawa diri.

Monday, November 05, 2007

Autumn

left to right: Cho-san (Korea), Mizan (Bangladesh) and Kon (Thailand)

Kat Parking lot dekat ngan International House

Gambar depan faculty of Economics

Pokok-pokok kat sekolah dah tukar warna kuning, merah. Cantik sangat. Last year tak ambik gambar so this year ambil gambar sama member Thai, korea dan Bangladesh. Tapi waktu nih cuaca agak mendung so tak berapa cantik gambar. Kemana-mana ada banyak daun bersepah. Bila tengok pokok-pokok tukar warna, daun-daun luruh, terbayang kesejukan musim sejuk yang akan datang. Member Korea terkejut bila bagitahu kat Moji takde koyo (pokok-pokok tukar warna merah etc). Kat moji memang takde koyo. Tengok-tengok dah sampai winter, Takde perubahan warna pokok yang ketara. So bila sampai U, terpegun tengok pokok-pokok dah bertukar warna. Rasa sayu pun ada...

Sunday, November 04, 2007

Haziq dan Hazim

Hazim suka pakai apa yang Haziq pakai. Kalau baju Haziq besar pun Hazim nak gak pakai. Pening kepala Ummi kalau pagi-pagi Hazim buat hal. So kalau nak suruh pakai gak baju, Ummi kata tuh dulu baju Haziq. Haziq dah besar, dah tak muat baju nih so Hazim lak boleh pakai. Satu hari Hazim taknak pakai baju so Ummi ambil gambar Hazim b*g*l. Bila Hazim taknak pakai baju Ummi tunjuk gambar tuh kata nanti Ummi ambil gambar bagi kat sensei.

Thursday, November 01, 2007

Musim luruh

Semenjak dua menjak nih jarang ada mood nak update blog. Ini penangan facebook la nih...Syok pulak tengok banyak application dalam facebook..




Sekarang dah masuk aki (autumn). Cuaca pun tak menentu. Kejab hujan kejab panas tapi suhu 24deg. Call rumah kat johor kata hujan. Air parit penuh. Harap-harap tak banjir lagi macam last year. Bila pergi uni, nampak daun-daun dah tukar warna jadi oren, kuning, merah. Kat parking lak, banyak betul daun-daun kering jatuh. Selalunya ada orang tolong sapu and manage kawasan rumah nih tapi lama tak nampak orang tuh datang. Suhu pun taklah sejuk sangat dah taklah panas sangat. Hari tuh ada kelas yang kena balik lambat, lupa bawak jacket. Nasib baik pakai 2 lapis so kiranya tak sejuk sangat sampai menggigil. Dalam keretapi pulak, diaorang tak bukak aircond so memang nice sangat. Tapi yang ketara, Yamaguchi lagi sejuk dari Moji.





Haziq dan Hazim dah pandai cakap jepun. Macam-macam cakap. Tiru kawan cakap pun ada gak. Hari tuh pergi ambil Haziq awal then tengok cara Haziq ambik minum petang kat sekolah. Mula-mula sensei suruh duduk, lepas tuh panggil group by group ke depan utk ambik minum petang ngan kuih. Selalunya untuk Haziq dan Hazim memang cakap kat sensei yang ini boleh makan, yang ini tak boleh makan. Hari tuh punya menu epal dan jajan sket. Budak-budak beratur elok ajer. Semua baru bangun tidur so muka blur. Time basuh tangan sebelum nak makan pun senyap ajer masing-masing. Kat tangan masing-masing ada tray. Sorang -sorang gi kat depan then ambik cawan isi air teh ngan satu bowl isi epal n jajan. Lepas tuh letak cawan n bowl kat meja, bagi tray kat kawan yang tengah beratur tapi takde tray, duduk kat kerusi dan boleh makan.



Bila group Haziq kena panggil, Haziq n the gang pun bangun beratur ngan ambik air teh n epal. Bila dah habis makan semua orang, sensei kata ok. Group Haziq bangun dan letak sampah plastik jajan kat tong sampah pastu bowl kosong kat tray besar. Pastu Haziq ambik cawang kosong gi kat paip air kumur then letak cawan kat tray kosong. Gi balik kat meja tolak kerusi terus dapatkan Ummi. Sensei panggil group by group and budak-budak kena beratur. Sekali tengok macam robot semuanya!!. Elok tuh tengok Haziq makan sampai habis dan tak main-main ngan kawan-kawan. Kalau kat rumah, hmmmm... dok main ngan hazim kalau tengah makan. Satu group ngan Haziq tuh ada 2 boys, 2girls. Haziq hafal nama semua kawan dlm group dia.







Kagum betul tengok tugas sensei sekolah Haziq nih. sensei sekolah lain pun cam nih gak.. Sabar dan boleh train budak-budak nih ikut kata. Cuma guna kata-kata dan psychology...hmm... lepas nih nak intai Hazim lak kat kelas macam mana. Sensei kata Hazim suka nyanyi.....

Thursday, October 18, 2007

Lambat ke sekolah

Hari Rabu lepas, ada accident kat Yamaguchi Sen. Keretapi berlanggar dengan basikal kat fumikiri (lintasan keretapi). Tunggu kat Shin Yamaguchi Station tapi keretapi tak datang. Memang tak sempat nak masuk kelas dah. So SMS member Thai mintak bagitau kat sensei (lecturer) kata lambat sampai. Ingatkan keretapi sampai tak lama lepas tuh tapi tengok2 ofis bagi announcement kata diaorang sediakan bas. Turun tangga gi naik bas. Disebabkan ramai orang tua so kena diri dalam 30minit. Ramai student dan orang tua. Ingatkan bas akan berhenti kat station keretapi Yudaonsen tapi rupanya berhenti kat stesen bas Yudaonsen. Kena turun then jalan kaki dekat 3 km baru sampai stesen keretapi. Lepas tuh ambik basikal kayuh dalam 10 minit. Bila sampai kat kelas, tengok jam dekat 1 jam lewat. Sensei tanya apa jadik so explain kata ada accident kat lintasan keretapi.
Yamaguchi Sen jarang ada accident macam nih. Sensei pun cam terkejut tapi lepas tuh ok. Sebenarnya kalau kat Tokyo memang selalu accident camni. Orang bunuh diri. Ada dalam suratkhabar yang JR (Japan Railway) - manage keretapi kat jepun nih- akan saman keluarga oang yang bunuh diri tuh... Macam-macam kan.....

Sunday, October 14, 2007

Aidilfitri di Perantauan







Beraya di perantauan nih memang sekejab ajer. Pagi bangun gi sembahyang raya pastu round raya ke rumah malaysians di Tobata dan rumah kohai di Yamaguchi pastu lepak kat rumah....Haziq pulak tengah tak sihat so cepat aje nak rehat. Kalau kat Johor, masih tunggu orang lelaki datang marhaban. Lepas tuh nak basuh pinggan etc....

Haziq dan Hazim belum pandai tahu raya tuh amenda. Haziq pernah tanya "Raya tuh apa Ummi?". Hazim lak "Esok kita nak jalan raya ya?".









Hari nih buat makan-makan untuk kohai dari Yamaguchi. Ingatkan girls ada datang rupanya semuanya bujang belaka. Bila adik-adik dari yamaguchi datang rumah beraya teringat waktu study dulu kat Hiroshima. Time beraya memang look forward untuk gi beraya ke rumah yang family sebab dapat makan best!!!. maklumlah waktu bujang dulu masak simple. Belum ada pengalaman so bila gi beraya rumah family mesti diaorang masak sedap-sedap. teringat masakan orang malaysia sana. So bila kali ini adik-adik dari Yamaguchi datang untuk beraya, alahai teringat zaman dolu dolu....(p/s teringat beraya rumah Kak Lah & abg Mat, Kak Ina & Abg Rashid, kak Ida & Abg Har dan yang lain2)




Selamat Hari Raya Aifilfitri untuk Semua



Pengenalan gambar: Gambar atas ialah Malaysians in Kita Kyushu-bergambar di Kaikan Tobata, gambar bawah ialah Malaysians & seorang indonesian (Hanifa) in Yamaguchi di depan rumah Dyana kat Ube

Tuesday, October 09, 2007

Hazim Waiz

Selamat Hari Lahir ke 3 Hazim!!

Hari ini Hazim cukup 3 tahun.
Banyak yang Hazim dah pandai buat.
Tapi yang tak bestnya sempena birthday Hazim hari nih...
Hazim kena penyakit Tangan, Kaki dan Mulut...

update 11/10: Haziq mula sakit dalam mulut, taknak makan dan demam. Berjangkit lak dengan Hazim. Macam mana nak raya nih.....


Tuesday, September 25, 2007

Berita Terkini

Memandangkan cuti sekolah dah nak dekat habis, blog ini tidak akan di update untuk sementara waktu. Kami juga ingin mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.

Monday, September 10, 2007

Ladang Anggur di Mohara, Kokura Minami

Haziq tunjuk anggur, favourite dia...

Hazim pun nak gak tapi dia tak suka anggur. Bila nak kasi anggur, dia kata "iya da (tak suka)"

Lepas gi ladang anggur, singgah kat Hiraodai. Kat sini ada taman mainan dan padang hijau luas mata memandang. Kawasan tanah tinggi dan dikelilingi dengan bukit bukau, gunung ganang yang permukaannya ada batu. Sama seperti di Akiyoshidai, Yamaguchi. Haziq dan Hazim nak naik bas yang bentuk keretapi so naiklah bas bentuk keretapi nama Kitapoppo. Bawak keliling kawasan tuh. Memang sedap angin time nih. Lepas tuh makan tengahari kat pondok kayu depan taman maianan. Suka betul Haziq dan Hazim main!.

Friday, September 07, 2007

Cerita Haziq dan Hazim main air

Lama betul tak update blog nih. Sorrylah...Ingatkan nak cukupkan sebulan tapi ada orang dah ingatkan Ummi busy giler ker sekarang. Sebenarnya bukan apa, takde cerita menarik sangat utk dikongsi bersama. Cuti panjang kali nih memang rehat kat rumah. Sekali sekala ada bukak buku tapi buku cerita. Nak bukak buku lain dan study memang berat ajer buku tuh. Lepak kat depan computer pun bukan nak update blog tapi pergi merayau kat blog orang lain. Macam-macam cerita dan orang ada kat dunia nih. Nak percaya ker tidak tuh terpulang pada diri masing-masing.



Nih ada satu cerita terjadi semalam. Ummi paling geram dan malu kat jiran sebab Haziq dan Hazim. Lepas balik sekolah semalam, Haziq minta keluar nak main cari dangomushi (sejenis serangga macam ulat tapi kalau di sentuh ia akan menggulungkan diri jadi bulat, sebab itu dipanggil dango –sejenis kuih jepun, sweet dumpling). Hazim pun nak ikut keluar. Mula-mula mintak cawan kertas nak isi dangomushi dan daun utk makanan so Ummi bagi cawan kertas pada Haziq dan Hazim. Hazim lak apa yang abang ada, dia pun nak jugak.



Ummi masuk nak siapkan dinner. Tak lama kemudian dengar Haziq dan Hazim main sambil jerit-jerit suka kat luar. Jengah kat luar kejab tapi tak nampak sebab ada tembok. Ingatkan diaorang suka sebab jumpa banyak binatang tuh. Ada kereta jiran lain masuk so dengar Hazim kata “kuruma ga kita (ada kereta)”. Sambung jerit-jerit suka. Lepas tuh dengar macam bunyi air menderu-deru. Aik!. Lain macam ajer. Pergi keluar tengok diaorang buat apa.



Haziq dan Hazim pergi bukak air paip kat depan rumah jiran sebesar-besar dan sekuat-kuatnya sambil Haziq pegang baldi siram air kat Hazim!!!!! Lencun habis Haziq dan Hazim.  Tutup paip air dan tengok-tengok jiran tuh takde kat rumah. engok2 jiran tuh balik. Tunggu dia parking kereta, then minta maaf banyak-banyak kat jiran tuh sebab Haziq dan Hazim main air kat rumah dia. Nasib baik dia tak marah sebab dia kata samalah dengan anak-anak dia suka sangat main air dan lumpur.



Semalam anak lelaki dia ada main pistol air sama Haziq dan Hazim so agaknya Haziq dan Hazim nampak. Apalagi hari nih diaorang pula main air lagi. Jiran tuh kata kat Haziq dan Hazim “lain kali kalau nak main air suruh bunyikan loceng rumah , bagitahu kata nak main air". Malunya Ummi dengar...



Segannya alahai tak tahu nak cakap. Bukan sikit tapi habis basah jalan raya kat depan tuh. Malu ngan dia satu hal, malu kat jiran lain yang nampak Haziq dan Hazim main air pun satu hal.  Lepas mandikan Haziq dan Hazim, suruh makan malam. Aduhai.. tak tahu nak kata apa.



Haziq dan Hazim happy ajer semalam sebab dapat main air banyak.. Best betul jadi budak-budak nih……Teringat zaman budak-budak dulu kat kampong dok berkubang kat parit depan rumah sama kawan-kawan. Tangkap anak ikan pakai kain. Seronok tak terkira!!!..

Wednesday, August 15, 2007

Camping di Tsunoshima, Yamaguchi Prefecture

Bertolak pukul 8 setengah pagi dari rumah sama family dari tobata and the gang. Sepatutnya satu jam setengah dari Moji tapi disebabkan kereta banyak so dekat 3jam baru sampai. Pemandangan sepanjang jalan memang cantik sebab tepi laut.






Sampai2 ajer, memang terik giler. Rasa sakit kat kulit. Kalau ada aiskrim, tak sampai 2 saat, aiskrim dah cair. Tapi orang ramai. So lepas register utk set khemah (bayar 2000yen utk satu site khemah), terus bentang alas dan pasang khemah nak makan. Tapi disebabkan panas terik, pergilah masuk laut dulu.









Orang2 jepun keliling pelik tengok kami yang perempuan masuk laut selubung kepala ngan pakai baju masuk laut. Hehehe....
Haziq dan Hazim bukan main suka main air laut.

Malam tuh kami tidur dalam khemah comel. Suasana malam tuh memang aman dan tenteram. takde bunyi tv (nih memang Ummi suka!), takde bunyi kereta, takde bunyi keretapi etc.






Yang ada hanyalah bunyi bunga api (kejab ajer) dan bunyi deruan ombak. Sambil baring tengok bintang banyak. Haziq dan Hazim pulak belajar nak sebut nombor dalam English dan Jepun.


Dalam pukul 10 malam semua orang dah lelap. Bawak masuk Haziq dan Hazim tidur dalam khemah.




Esoknya bangun pagi, ajak Haziq dan Hazim jalan2 tepi pantai. Haziq dan Hazim tak boleh nampak laut, terus main air laut. Bagi main puas2 lepas tuh ajak mandi dan kemas2 utk bertolak balik. Sebelum tuh pusing satu pulau. Memang cantik pemandangan kat pulau nih.




Banyak pengambaran filem dan drama dibuat di pulau nih. Lagi satu, jambatan yang menghubungkan pulau ini dan pulau Honshu merupakan jambatan kedua terpanjang (takde tol) di Jepun. Yang pertama tak silap di Okinawa.

Thursday, August 09, 2007

Tunnel bawah laut di Moji-Shimonoseki

Pintu masuk sebelah Moji
Hari nih gi buat lawatan ke terowong bawah laut Kanmon Tunnel. Selalu naik kereta so kali nih jalan kaki lak. Terowong yang berlainan. Kena ikut lif nak turun ke bawah tanah. Tak ramai orang. So Ummi, Haziq dan Hazim pun mula berjalan. terowong nih panjangnya 3200m tak silap. Ambil masa lebih kurang 13minit utk sehala. Kat tengah2 tuh ada garisan sempadan antara Yamaguchi dan Fukuoka.

Haziq dan Hazim macam biasa excited sebab dapat jalan. Bila dah sampai kat garisan sempadan ingatkan nak balik. Time nih memang di dasar laut yang paling dalam. Ada notice board menunjukkan dimana kita berada. Tapi Haziq nak jalan lagi sampai hujung sana so Ummi ikutkan. Seronok bila sampai sebab pemandangan sebelah Shimonoseki lagi cantik dan berangin dari sebelah Moji. Berbaloi jalan sampai hujung terowong (Shimonoseki).

Bila balik, dah separuh perjalanan Hazim letih mintak dukung so Ummi dukung sampai terowong hujung sebelah Moji. Letih betul dukung Hazim. Beratnya......

Wednesday, August 08, 2007

Bawah pokok


Hari ini Haziq dan Hazim tak ke sekolah sebab Ummi nak bawak pergi library sambil nak ambikkan ayahnyer visa dah siap. Cuaca panas tapi berangin. Lepas siapkan bekal onigiri, bertolak dari rumah kul 11 and sampai kat immigration pukul 11 setengah. Lagi setengah jam diaorang tutup office sebab lunch. Lepas ambik visa ayah, then gi library kat seberang jalan ajer. Pinjam 8 buku untuk Haziq dan Hazim dan pergi ke taman sebelah sambil bentang tikar. Nyaman betul. Dengan angin bertiup. Walaupun cuaca panas tapi tak rasa sangat. Lepas makan, Haziq dan Hazim mintak bacakan buku cerita. Banyak burung merhati sekeliling pun nak tumpang dengar so Haziq dan Hazim dah tak sabar nak kejar merpati tuh semua dengan kaki ayam. Best betul jadik budak2 nih. Tak payah fikir apa akan jadik lepas nih.. Happy sentiasa ajer ya...Nak balik masuk kereta, Hazim dah terlelap keletihan and Haziq lak muka blur..........

Friday, August 03, 2007

gambar waktu trip ke hiroshima

Sebenarnya banyak sangat ambil gambar waktu Wan, Mak Tok, 2 mak long datang dari malaysia. Tapi tak larat nak upload. So separuh Ummi upload di fp (baru nak bukak).
Rebung Jepun. Harga sebiji dalam RM6. Jual kat Shobara, Hiroshima
Haziq dan Hazim kat muzium kastam di moji
Shibazakura di Shobara Hiroshima
Sushi yang dijual di pasar besar Shimonoseki
Sushi lagi. Sedapnya..Fresh lagi
Bunga berjurai. Apa tah namanya
Tulip

Monday, July 30, 2007

Mandi laut


Semalam gi ajak Haziq dan Hazim mandi laut kat Shimonoseki. First tempat yang nak gi tuh memang dalam peta tulis tempat mandi tapi rupanya bukan then pergi second place yang tak jauh dari situ gak. Apa tah nama pantai tuh. Tak ingat lak. Masa nak dekat sampai kena tahan ngan polis sebab diaorang tgk plate kereta Kita Kyushu then foreigner lak tuh.. (shimonoseki tuh berlainan prefecture so plate kereta kebanyakkannya Yamaguchi). Memang berselisih kat simpang pon ngan polis tuh. So lepas diaorang ambil detail kitaorang (check tgk bawak bom ker tak...hehehe), then kitaorang pon sampailah kat pantai..


Mak ai..ramainya orang (sebab pantai pendek ajer so nampaklah ramai orang). Lepas tuh kotor......banyak sampah macam botol plastik, plastik sampah etc. Anyway, Haziq dan Hazim bukan main suka dapat jumpa pantai.. Sebab boleh main pasir banyak2. Ayah bawak Haziq dan Hazim masuk laut dan Ummi macam biasa, baca buku cerita...Lepas tuh ada lak jepun bawak anjing jalan2 dekat Ummi.. Ish.. takut dia mai, Ummi pun gi main pasir sama Haziq dan Hazim. Bila dah pukul 5 lebih, ajak Haziq dan Hazim balik. Haziq taknak. Nak masuk laut lagi..



On the way balik, sebelum masuk tunnel bawah laut, kena tahan sekali lagik ngan polis. (masuk nih dah 3 kali kena tahan ngan Polis Shimonoseki). Tak berhenti kat tempat kena berhenti sekejab. La...tak perasan pun signboard tuh.. Tapi tak kena saman..kalau tak, kenalah bayar 7000yen (dalam RM200). Sebabnya tak tahulah.. maybe dia just nak bagi warning jer kot.. Setiap kali kena tahan ngan polis kat Jepun nih, mesti kecut perut.. yerlah mahal tuh nak kena bayar saman bukan boleh ada diskaun cam kat malaysia.....

Sunday, July 22, 2007

Beppu Trip






Cuti 3 hari tengok dalam ramalan kajicuaca hujan..ingatkan nak gi jalan2. tengok2 hari sabtu tak hujan tapi cam mendung. Haziq dan Hazim dok ajak naik keretapi. So okla..jom kita gi Beppu since Ayah kata Beppu cantik dan kaya ngan alam semualajadi. sambil tuh bolehlah Ummi melawat kawan Ummi di Beppu, Farah dan Ejay yang baru dapat baby boy.. (panggil yuuki---lahir kat jepun so letaklah nama jepun sikit)..

Haziq dan Hazim seronok betul naik Sonic. Perjalanan dalam 1jam setengah. Sepanjang perjalanan memang cantik pemandangannya.....Sampai gi makan lunch dulu then jalan2...bila dah penat, call farah kata nak gi rumah.. so gi rumah Farah tengok baby,, Terima kasih Farah, Ejay sudi terima kunjungan kami....


Lepas tu Ejay bawak gi jalan2 sekitar Beppu. Kami pulang dalam kul 6 setengah..Best tapi penat.. Next time nak gi naik kereta lak....


# Kerusi keretapi Sonic nih cantik betul..Luas lak tuh.....

Friday, July 06, 2007

Dalam Keretapi

Setiap hari balik dari sekolah, mesti keretapi penuh dengan budak2 sekolah jepun.
Budak-budak perempuan sekolah menengah sibuk berbual dengan kawan2 diaorang. Tapi yang budak-budak lelaki senyap ajer.. Muka nampak innocent. Cakap pun macam bisik2 dengan kawan. Tapi yang perempuan punyalah kuat berbual sampai driver keretapi pun boleh dengar. Anyway, ini salah satu perbualan budak-budak perempuan jepun kat dalam keretapi semalam.

A: (sambil pegang hp - tak sah kalau masuk keretapi tak nampak budak2 sekolah nih main hp) kacak betul lah budak lelaki nih. (gambar budak lelaki dalam hp)
B: haah, hensem la...ne....(maknanya kan!)
A: Kalau rambut pendek lagi hensem kan..
B: Haah, hensem kan..kan..kan...
masing2 ketawa. Tak tahu kenapa lah pulak..
A: Cuti musim panas nih nak taknak potong rambut la..nak biar rambut panjang (sambil pegang rambut sendiri)
B: Haah.. saya pun sama kan..kan..kan.. (sambil pegang rambut sendiri gak)
lepas tuh masing2 pegang rambut kawan masing2..
ada lagi perbualan diaorang yang macam2 sampai pening....
kesimpulannya budak2 jepun nih memang suka cerita yang ada kaitan ngan kecantikan la..especially kalau diaorang nampak foreigner. mesti diaorang dok toleh dua tiga kali. sebab foreigner (cam mat salleh ker orang malaysia ker orang arab ker) mata besar2. jepun kan mata sepet. kartun jepun semua mata besar.
kalau bawak Haziq dan hazim gi jalan2, mesti jepun2 tuh dok tegur kata mata "kuri kuri"(maknanya besar cam dalam kartun jepun tuh). Haziq dan Hazim lak mesti malu-malu kucing.....
Minggu nih dah masuk musim hujan sebelum nak masuk musim panas. tadi naik keretapi, ternampak seorang pakcik jepun dok payungkan anjing dia sambil jalan-jalan kat tepi sawah padi. Lawak betul sebab anjing tuh dok ke sana ke mari tapi pakcik tuh nak gak payungkan anjing dia sedangkan dia tak pakai payung.. Sayang betul dengan anjing dia..

* Hari nih selsema, so otak pun pening2 sket...

Saturday, June 30, 2007

Nature


Cuaca tak menentu. Hari ini panas, esok lak hujan. Biasa la. Dah nak masuk musim panas. Ummi agak sibuk dengan presentation setiap minggu. Tapi Alhamdulillah still leh cope lagi. Haziq dan Hazim lak dah makin "panjang akal". Macam2 adegan yang buat Ummi rasa dugaan.....Kadang2 terlepas gak satu dua cubitan sebab tak tahan. Especially Hazim yang banyak betul karenah. Macam bila nak gi sekolah taknak pakai baju yang Ummi sediakan. Nak gak pakai baju lengan panjang ngan seluar panjang. Padahal panas kat luar tuh. Ummi malas nak lawan cakap sebab pagi2 nak cepat sampailah satu ketika.

Bila Ummi ambil Haziq dan Hazim dari sekolah,
Cikgu Hazim tanya kat Malaysia kena pakai lengan panjang ya?. Kalau saya tukarkan Hazim baju lengan pendek, melanggar adat ker?.

Setelah diterangkan yang sebenarnya Hazim taknak pakai baju lengan pendek, barulah cikgu tuh faham. Rupanya dalam nota Hazim, cikgu tuh ada tanya tapi Ummi tak sempat nak baca and reply. Sekarang nih Hazim dah nak pakai gak bila tengok Haziq pakai baju lengan pendek. Itupun kalau hari keluar perangai dia, memang pakai baju lengan panjang. Dahlah baju lengan panjang, tak mahu lipat lengan lak tuh. Aduhai anak....anak....

Monday, June 25, 2007

Temukoyama Park




















Waktu nak cari rumah di Moji tahun lepas, singgah di Taman ini untuk makan tengahari dan solat zohor. Memang atas bukit dan cantik pemandangan dari atas nih. Sebelah kanan laut, sebelah kiri bukit bukau. Walaupun dah pindah sini dekat setahun, inilah kali kedua gi taman nih sebab jauh sikit dari rumah. Haziq dan Hazim lak seronok main panjat-panjat(walaupun sebenarnya gayat!).

Thursday, June 21, 2007

History of Modern Japan

* Tajuk N3 nih buku teks subject hari nih. Takde kaitan ngan N3 hari nih..


Semalam nak buat N3 tapi since Haziq dan Hazim dok mintak buatkan shiruken (senjata bintang ninja punya tu). So tertangguh nak update blog.


Ni pun update kat sekolah. Tapi idea hilang sat sebab ada member dari China dok puji tudung kata cantik..Ala, tudung biasa tapi sebab warna pink pastu ada batu2 tuh yang menarik. Macam2 diaorang tanya pasal tudung nih. Berapa helai ada, kenapa pakai, macam2 fashion ker?..dan 1001 soalan. Last sekali kata, diaorang pun nak cuba pakai la...Dahlah diaorang nih muka comel, kalau pakai tudung sure lagi comel....



Tak lama lagi cuti summer tapi still takde plan nak pergi mana. Disebabkan Ayah kerja so takleh nak rancang nanti tak jadik lak. So Ummi plan nak concentrate kat research ajer.. Boringnya!!!!!..Pergi library tetiap hari dan lepak kat sana macam dulu waktu cuti musim bunga. Sementara tuh cari resepi yang menarik untuk dicuba.


Hmm.. dah nak masuk kelas. Sebelum tuh nak gi lunch. Nanti sat lagi baru nak buat homework..

Thursday, June 14, 2007

Perjalanan

Hari tuh tak sempat nak kejar keretapi yang biasa naik pagi2 so kenalah naik bullet train dari Kokura. Bila sampai kat Shin Yamaguchi, lepas keluar dari bullet train, macam biasalah orang stesen keretapi bagi announcement kata pintu bullet train nak tutup dan bertolak so jangan berada di luar garisan kuning. Bahaya takut terpelanting karang. Announcement pertama ok lagik tapi announcement kedua bukan main kuat lagi dia punya suara. Tengoklah kenapa dia marah sangat. Orang yang lalu kat situ pun dok tertinjau2 cari kenapa kuat sangat suara dia. Ada orang degil taknak gerak dari pintu bullet train ker?.



Rupanya ada couple tengah bergaduh. Awek dia taknak ikut bf dia masuk train sama2 so bf tuh dok pujuk dari pintu tuh suruh masuk. Alahai, nak bergaduh pun time nih ker. Padanlah marah bebeno orang stesen keretapi nih. Sure, bullet train nih lewat 3 minit sebab bende nih. Last2 nampak awek tuh masuk gak dalam bullet train. Alahai, time2 macam nih pun boleh buat "drama".



Teringat dulu, housemate kat Hiroshima terberhentikan kereta kat tengah2 jalan keretapi. Keretapi pulak dah nak dekat sampai. Dia panik. Nasib baik member sorang lagi tekan butang emergency. Keretapi berhenti. Bising satu tempat tuh..hehehe..Memang pengalaman takleh dilupakan.......

Monday, June 11, 2007

Muzium Sejarah dan Alam Semulajadi



Ahad lepas bawak Haziq dan Hazim gi jalan2 ke Yahata, Muzium "Dinasour". Perjalanan dalam 1 jam naik kereta. Sepanjang perjalanan Haziq dok tanya kita nak gi mana nih..Hazim lak leka tengok kereta. Bila sampai bukan main exited lagi. Ummi pun excited sebab dekat situ ada Jusco beeeeeesar sangat. yerlah banding ngan Moji yang shopping Mall macam kedai runcit kat Bangi, memang besar dan macam-macam ada.



Bila masuk dalam Haziq dan Hazim terpegun tengok rangka tulang dinasour besar sangat. Seronok gak gi sini. Orang dewasa bayar 500yen dan university student 300yen. Budak-budak cam Haziq dan Hazim tak kena bayar. Dalam tuh adalah diaorang buat macam imej semula zaman2 dinasour. Ramai sungguh budak2 yang nangis dalam tuh takut sebab gelap dan dinasour semua boleh gerak2. Haziq pun takut so Ayah dukung. Ada sorang budak jepun depan Ummi dalam umur 7 tahun dok nangis takut tapi mak dia sebelah buat tak reti. Last2 bapa dia yang dok pujuk budak tuh.. Hazim lak Ummi dukung. Dalam dok tengok dinasour tuh, Hazim kata " Adik takut" tapi muka selamba.




Lepas tengok macam-macam binatang dalam tuh, gi Jusco. Mak ai ramainya orang!!. Lagipun time lunch. Lepas dah makan (Ayah - tendon, Ummi - Negitoro, Haziq dan hazim - Udon ngan tendon), jalan-jalan cari hadiah dan kasut Ummi. Seronok lak dah lama tak pergi jalan-jalan shopping mall besar nih. Lagi seronok kalau poket penuh duit!..




いのちのたび博物館
http://www.kmnh.jp/

Sunday, June 10, 2007

Keretapi dan movie korea

Hari-hari naik keretapi pergi sekolah sampai Ummi rasa kalau duduk ajer dalam keretapi mesti tidur. Dulu pelik tengok orang Jepun boleh tidur dalam keretapi. Punyalah cantik pemandangan kiri kanan time naik keretapi nih. Lepas tuh macam-macam gaya diaorang nih tidur. Ada yang berdiri boleh tidur, ada yang duduk tegak boleh tidur, ada yang tidur kepala ke kiri kanan ikut keretapi, ada lak yang tidur siap bunyi dengkur kuat sampai nun hujung keretapi boleh dengar (orang nih duduk belakang so memang dengar kuat giler dia berdengkur).



Dulu, segan gak nak tidur dalam keretapi. Yerlah apa kata diaorang tengok minah " alien" nih tidur.. Nak jaga air muka gak. Tapi disebabkan sedap kena buai ngan keretapi, dah dapat sign ngantuk, tutup buku masuk beg, terus pejam mata. Sedar-sedar nasib baik tak terlepas stesen keretapi. Selalunya mata automatically bukak bila lagi satu stesen nak sampai. Tak payah pakai alarm handphone. Setakat nih bersyukur sangat tak pernah terlepas stesen nak berhenti.....




Tadi tengok movie korea kat TV sama Ayah. Tajuk A Moment To Remember. Tak pernah tengok Korean Movie selama nih. Memang sedih sampai 2, 3 kali keluar air mata (seingat dulu last sekalik tengok movie keluar air mata time tgk cerita hindustan kat malaysia dulu). Kisah dia isteri yang menghidap penyakit Alzheimer tapi usia dia masih 27 tahun. tapi suami dia nak jaga dia.. Bayangkan dia boleh lupa dia kawin ngan suami dia tuh so waktu suami dia nak gi kerja dia kata I love you, pastu nama bf lama dia. Suami dia pun kata ok jer tapi dalam hati sedih giler. Penyakit nih akan erase memori terkini dulu. Since isteri tuh jumpa bf lama dulu baru husband dia, dia ingat dia kawin ngan bf lama dia... So bila suami dia dah gi kerja barulah isteri nih baca memo yang suami dia tampal merata rumah. Barulah dia tahu dia silap panggil nama suami dia.. Sedih betul...



Info pasal Alzheimer:
http://www.alz.org/index.asp

Saturday, June 09, 2007

Ish...otakku kekeringan idea

Dah lama tak tulis blog. Tak de idea. Assignment pun banyak. Haziq dan Hazim lak macam biasa. Dah banyak cakap jepun. Especially Hazim yang selalu nyanyi lagu jepun tapi pelat. Ayah sibuk ngan kerja. Tak lama lagi Summer. Sekarang pun dah panas. Malam nak tidur dah pasang kipas angin. Apa lagi ek...Ummi pun takde projek baru. Musim penyakit "M" datang.

p/s komputer kena format balik so habis semua file hilang termasuk gambar2 gi jalan...lagilah menambah kemalasan nak buat entry..

Saturday, May 19, 2007

Cinta di Lautan Lalang



Hazim selalu buli Haziq.
Dulu Haziq tak melawan tapi menangis bila Hazim pukul.
Haziq tak sampai hati nak pukul Hazim.
Hazim pulak naik sedap bila tengok haziq tak melawan.
Satu hari Haziq pertahan diri dengan pegang kuat2 tangan Hazim.
" Abang kuat. Adik jangan pukul Abang"
Seminggu yang lepas, dapat nampak perubahan.
Kali ini Hazim pula yang menangis bila bergaduh dengan Haziq.
Makin kurang Hazim membuli Haziq.
Hari ini Hazim buat lagi.
Ummi tengokkan sahaja tapi bila tengok makin teruk jadiknya, Ummi tarik Hazim.
Ummi suruh Hazim minta maaf kat Haziq sebab pukul Haziq.
Mulanya Hazim tak mahu tapi bila kena paksa, dengan nangis2 Hazim pergi kat Haziq.
"Gomen nasai (Minta maaf)"
Nak tahu apa kata Haziq?.
"Iii yo (takper)" dengan buat muka biasa jer sambil sambung main.
Ummi tersentuh tengok Haziq pandai memaafkan Hazim.
Haziq tak kesah bila Hazim pukul, sepahkan mainan yang Haziq dah susun elok2, ambil barang Haziq, conteng dalam buku Haziq dan macam2 lagi.
Malah Haziq akan tolong Hazim lukis muka orang, buatkan origami, susunkan block mainan, buatkan jalan keretapi, carikan mainan Hazim (yang Hazim malas nak cari tapi selalu kata takde), syampookan rambut Hazim dan macam2 lagi.
Ummi tersentuh sungguh bila melihat Haziq menjadi seorang yang pemaaf dengan Hazim.

Thursday, May 03, 2007

Warna -warna ceria

~Bunga Tulip~
~ Bunga poppy~

~ Bunga Pansy~

~Bunga Tulip ~


~ Shiba Zakura - sejenis bunga sakura tetapi seperti rumput berbunga ~



~Jenis bunga tulip~




Antara gambar-gambar bunga yang sempat Ummi dan Wan ambil...