Tuesday, March 30, 2010

kuda

Hazim: Ummi, うま(uma) cakap english horse, bahasa malaysia kuda kan?.

Ummi: Haah (sambil sediakan makan malam)

Hazim tanya Haziq, abang dia pula.

Hazim: Abang Haziq, cakap 韓国語(bahasa korea), kuda tuh apa?

Haziq: nyeng nyong kuang keng.... (Sambil tuh sengih-sengih tengok Ummi)

Hazim pun angguk-angguk kata faham sambil sambung makan.

Memandai ajer Haziq nih tau:)


OST

Suka pula dengar lagu dari Taiwan, group baru nama Magic Power.
OST drama P.S 男. Catchy!..






Monday, March 29, 2010

Memberi

Hari sabtu lepas, cuaca memang baik jadi bawa Haziq dan Hazim main-main di taman tepi Mekari Park. Lepas tuh waktu nak balik, ada dapat pamphlet pasal pasar ikan di 白野江(Shiranoe- dalam 8km dari taman mainan). Jarang pasar ikan kat sini buka pukul 12tengahari sampai 4 petang.

Sampai sahaja di pasar itu, orang tak ramai tapi memang best. Ada jual macam-macam makanan laut yang masih hidup. Dapat beli (tai-sejenis ikan merah) dua ekor hanya 1000yen. Besar-besar pula tuh. Dapat juga beli satu plastik アサリ (asari -sejenis kupang/kerang) dalam 500yen. Puas hati dapat beli yang fresh.

Semalam pula masak asari dengan kuah sup pedas (resepi sendiri), letak daun limau purut dan bagi pedas-pedas manis. Beri sepinggan kat jiran depan rumah.

Petang tadi, dia datang bagi pinggan dengan bunga tulip yang dia tanam sendiri kat halaman rumah dia. Suka tengok warna bunga tulip nih. Jiran nih tahu kami tak boleh makan sebarangan jadi dia selalu beri buah. Tak sangka hari ini dapat bunga tulip.....

Sunday, March 21, 2010

Sakura


Hari ini cuaca memang bagus. Kami jalan-jalan ke Mekari Park. Jumpa satu pokok sakura yang dah keluar bunga tapi tak berapa cantik. Pokok-pokok yang lain masih belum keluar bunganya lagi. Mungkin dua, tiga hari lagi, sakura akan 満開(kembang penuh) dengan cantiknya. Lepas ke Mekari Park, kami ke taman mainan yang baru buka di kaki bukit Mekari, berhadapan dengan laut (関門海峡). Menarik taman tepi laut. Kalau bawa bekal tengahari nasi lemak , lepas tuh bentang tikar pun best juga.....

* Setelah diperhatikan dengan lebih teliti, gambar di atas bukan pokok sakura tapi kemungkinan besar pokok ume (sejenis plum).....pokok sakura takde daun merah.....

Friday, March 19, 2010

Tampal


Kali ini main gunting-gunting dan lekat kat dinding, depan meja study.


Hazim kata "Ummi, 切り紙、好きになったね。。"

Tuesday, March 16, 2010

Natto


Selama duduk kat Jepun tah berapa tahun, tak pernah nak rasa natto. Lagipun dulu susah nak cari yang boleh makan.

Natto nih dari kacang soya dan banyak mengandungi protein. Bagus untuk otak. Baunya memang kuat. Tapi bagi orang Jepun, natto nih macam orang Jawa makan tempe lebih kurang. Makanan utama untuk sarapan pagi.

Menu sekolah Haziq ada natto. Tapi tak pernah buatkan Haziq bekal makanan yang ada natto. Ingat Haziq taknak makan. Agaknya Haziq tengok kawan-kawan makan macam sedap, dua hari lepas minta belikan natto.

Hari ini belikan Haziq natto 4 pek. Hari nih juga Haziq habis 2 pek. Sedap betul tengok Hazim makan jadi cuba rasa sikit. Erk.... tak sedap!..Rasa macam kacang soya expired!. Hazim tengok pun lain macam. Nak duduk jauh sikit tak boleh sebab satu meja makan. Huhu....bersabar jer lah...

Friday, March 12, 2010

Jatuh

Buat sorang-sorang. 寂しい。。

Depan lab ada tasik.
Cantik sangat pemandangan kat sini.

Dalam perjalanan nak ke Uni. nampak bunga ume dan setompok salji.

Entri yang ketiga untuk hari ini. Huhu...

Semalam pergi Uni. naik keretapi sebab highway tutup dari Shimonoseki hingga Hiroshima (salji lebat). Janji dengan sensei pukul 12 tengahari. Sampai di Yudaonsen, tengok jam dah pukul 10 setengah. Nak jalan kaki, lepas tuh nak print report semua makan masa so dengan confidentnya mula nak jalan laju sebaik keluar dari stesen keretapi. Keluar sahaja nampak jalan dipenuhi dengan salji.

Tapi malang seribu kali malang, makcik jatuh terjelepuk macam nangka busuk depan orang seramai-ramai orang yang baru keluar keretapi. Alahai......sakit pinggang sampai sekarang.....

Alas


Alas meja warna putih tapi kalau tertumpahkan kuah asam pedas ker air sirap, keluar gambar rama-rama atau imej yang lain. Creative!.

Credit to the designer,
Kristine Bjaadal.

Hobi

Hasil kerja seni Ummi (1). Best pulak main gunting-gunting nih.

Hasil kerja seni Ummi (2)

Hasil kerja seni Hazim (ada pepatung, bunga, kumbang dan keretapi-belakang)


Semuanya tengok dalam buku
切り紙 (kirigami). Bermulanya hobi kami anak beranak.

*Haziq masih "setia" dengan origami.

Wednesday, March 10, 2010

Ribut


Hari ini Haziq pergi sekolah lambat sedikit. Bila buka pintu, terus nampak salji tengah turun lebat. Bukan setakat salji, siap dengan angin kuat. Haziq nak pakai payung. Bila kata nak hantar sampai sekolah, Haziq kata tak payah. Dia boleh pergi sendiri. Lepas tengok dia hilang kat selekoh, masuk rumah nak siapkan Hazim ke sekolah pula.


Dalam 10 minit lepas tuh, tetiba Haziq buka pintu rumah sambil nangis. Habis basah baju. Bibir pun nampak biru. Bila tanya kenapa, dia tak bagi tahu. Cepat-cepat suruh turunkan beg dan masuk dalam rumah, duduk depan heater.

Bila bibir dia dah tak biru, Haziq pun dah tak nangis, barulah tanya dia betul-betul kenapa patah balik. Rupa-rupanya, ribut salji + hujan buat dia tak boleh bernafas. Nak jalan pakai payung pun susah sebab menolak angin. Sambil tuh, Haziq cerita kat luar dah macam 竜巻 (puting beliung).

Lepas Hazim dah siap sarapan, barulah keluar hantar naik kereta sampai sekolah. Huhu, bawa kereta pun terasa angin tolak.怖い...


Petangnya pula waktu nak ambil Hazim kat sekolah, depan rumah jalan jem sampai ke Moji. Kereta memang tak nampak nak bergerak. Ambil keputusan parking kereta di Moji, ambil keretapi sampai Mojiko dalam 8 minit sampailah. Lepas tuh jalan kaki sampai sekolah Haziq dalam salji+hujan+angin.

Bila sampai sekolah Hazim, ada mak kawan Hazim cerita jambatan Kanmon tutup sebab angin kuat jadi kenderaan banyak beratur nak masuk terowong Kanmon sampai ke Moji.

Cuma ada dua jalan sahaja yang menghubungkan Pulau Kyushu dan Pulau Honshu. Kalau Jambatan Kanmon tutup, nampak gaya terowong Kanmon akan jem. Begitulah sebaliknya.

Nak sampai rumah dari stesen keretapi Moji pula senang ajer. Ikut jalan kecil. Tapi kena hati-hati sebab jalan kecil di Jepun nih memang sempit. Kadang-kadang, ada Jepun yang tak faham, gi letak kereta kat tepi jalan yang memang dah sempit. Lagi 2cm mesti bergesel dengan kereta sebelah. Nasib baik lepas dan sampai rumah dengan selamat.

Tuesday, March 09, 2010

Sakura


Nama: Magic Sakura
Cara-caranya: Letak "air" kat atasnya dan "bunga sakura" akan keluar. Lepas beberapa jam, bunga sakura akan kembang penuh.
Boleh beli di sini. Harga 550yen. Terhad dalam Jepun sahaja.

*Tak sabar nak tunggu sakura keluar!.

Friday, March 05, 2010

Lahir

Mencabar sungguh nak explain proses kelahiran pada budak umur 5 tahun.

Tadi waktu di meja makan, lepas makan malam.

Ummi: Hazim tahu tak dulu Hazim duduk dalam perut Ummi tau. Ummi sakit sangat nak bagi Hazim keluar dari perut. Jadi Hazim kena dengar cakap Ummi ya.

Hazim dengan muka tercengang, macam tak percaya.

Hazim: Eh, macam mana Hazim keluar?.Sakit tak?

Ummi pula ligat fikir macam mana nak jawab soalan. Lepas itu Hazim yang jawab.

Hazim: Oh, macam Hazim b*r*k, lepas itu unchi (t*h*) tuh keras. Hazim nak suruh unchi tuh keluar sampai sakit ya?.

Ummi: Er..er...boleh lah macam tuh kot.....

Tuesday, March 02, 2010

Apa-apa


夢って、人に語るものだよね

どんなに大きな夢でも

「がんばれ」、「応援するよ」、「いつも見守っているぞ」

と言ってくれれば、自然に頑張る力が出る。


でも、

どうして、

自分の中で、

いつも戸惑うのか、

心の奥に何にがあるのか

Monday, March 01, 2010

Gelongsor

Menarik!. Untuk kanak-kanak aktif seperti Haziq dan Hazim. Mungkin juga Ummi dan Ayahnya boleh guna untuk release tension....

via racheloaktree