Thursday, April 21, 2011

Jaga

Rasanya setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Waktu kecil lagi, nak berikan perhatian sepenuhnya pada didikan anak dunia dan akhirat. Tapi sejauh mana ibu itu boleh pergi dengan komitmen kerja, rumahtangga dan kalau seperti saya, pelajaran. Tabik pada ibu-ibu yang belajar sambil bekerja. Wanita Jepun pula jarang yang bekerja selepas berkahwin dan mempunyai anak kerana mereka ingin menumpukan perhatian pada pendidikan anak-anak sepenuh masa. Cuma sejak akhir- akhir ini, ramai yang masih bekerja walaupun sudah mempunyai anak. Masalahnya di sini, pusat jagaan kanak-kanak pula yang kurang.

Di Jepun tiada sistem pembantu rumah. Semuanya kena buat sendiri. Tapi sistem kebajikan untuk keluarga boleh dikatakan bagus. Kalau anak demam dan tiada orang yang boleh jaga, ada klinik yang boleh menjaga kanak-kanak yang sakit dengan percuma untuk yang tidak ada pendapatan dan bayaran berpatutan untuk yang ada pendapatan. Cuma bawakan baju salin, bekal tengahari dan mainan/ buku saja.

Empat tahun dulu, hari ada oral exam untuk masuk Master, Haziq dan Hazim demam jadi tak boleh hantar tadika. Cuba hantar ke klinik yang boleh jaga budak yang demam nih tapi bila telefon semuanya, diaorang cuma buka pukul 9:00 pagi. Merayu depan doktor dan nurse satu klinik dekat dengan rumah, minta awalkan sejam sebab nak kena drive ke Yamaguchi ambil exam. Mata dah mula merah, nak keluar air mata merayu depan doktor dan nurse. Nasib baik diaorang kata boleh. Susah sebenarnya Jepun nak buat sesuatu yang tak ikut peraturan tapi mungkin doktor tuh kasihan agaknya.

Sampai sekarang masih ingat peristiwa ini. Malu gak tapi demi pelajaran dan anak-anak, kena buang rasa malu nih. Semuanya perlu pengorbanan tapi ibu ini percaya yang semuanya dia boleh buat. Tamak atau degil?...

2 comments:

  1. k.hanny...seorang ibu itu, mmg ada "power" demi anak2 dan family. percaya lah! tamak pun iye, degil pun ada! ehehhe

    ReplyDelete
  2. Thanks cik ume! Gambarou ne:)

    ReplyDelete