Thursday, April 14, 2011

Adik Abang

Semalam ada School Entrance Ceremony.
Topi kuning tuh kena pakai setiap hari, pergi sekolah dan
balik sekolah untuk budak darjah 1 sahaja (keselamatan jalan raya).
Lepas nih pergi sekolah pakai baju biasa.
Lega Ummi tak payah gosok baju hari-hari.

Baru kejab tadi tengok Haziq dan Hazim pergi sekolah sama-sama. Sekolah Jepun tak boleh dihantar dan di ambil bila pulang dari sekolah. Kena pergi sendiri. Kalau ada adik beradik senang sikit nak ke sekolah. Tak risau sangat.

Bila tengok dua beradik turun bukit, pegang tangan sambil tuh Hazim becok tanya macam-macam pasal sekolah, rasa macam dah besarnya anak-anak. Bila ada kereta lalu kat tepi, Haziq cepat-cepat berhenti dan ke tepi jalan sikit sama Hazim. Tak tahu nak gambarkan perasaan seorang ibu bila melihat anak-anak mula ke sekolah. Perasaan risau tuh tetap ada walaupun Hazim nampak berdikari dan pandai bergaul dengan kawan-kawan lebih dari Haziq. Apa-apa halpun kena juga percaya pada Haziq dan Hazim.

Bila Hazim dah masuk darjah 1, waktu ofis Ummi pun bertukar. Dulu lepas hantar Hazim ke tadika, pukul 10 baru masuk ofis, mula baca buku, buat research. Tapi bila pukul 8, dua beradik dah ke sekolah, boleh mula kemas rumah, basuh baju, sidai baju, basuh pinggan dan duduk sarapan depan komputer. Mungkin pukul 9 boleh mula buat kerja sekolah.
頑張ります!

No comments:

Post a Comment