Semalam kelas terakhir untuk seminar tahun 2 PhD. Cuma seorang sahaja yang buat pembentangan. Member dari China buat topik mengenai pergerakkan saham di China. Selama dua tahun satu kelas dengan dia, saya masih tak faham teori yang dia cuba terangkan. Mungkin bidang kami berbeza. Dia dalam Finance dan saya, International Economics.
Tapi kasihan betul bila teruk 'dibelasah' dengan prof. yang hadir. Kalaulah saya berada di tempat dia, mesti dah keluar air mata. Sedih juga bila dikata, kajian dalam topik ini tak kemana. Nasib baik selepas habis dikritik, ada kata-kata pendorong dari sensei yang lain. Sensei sayalah yang suka bagi semangat pada kami semua.
Ada lagi setahun sahaja nak hantar dissertation jadi jangan patah semangat bila bertembung dengan dinding. Panjat dinding itu dan teruslah berjalan. Itu kata-kata terakhir sensei semalam. Tamatnya 3 tahun nanti bukanlah lesen untuk bergelar 'researcher' tetapi hanyalah permulaan. Jauh lagi perjalanan nak jadi 'researcher'.
No comments:
Post a Comment