Saturday, January 15, 2011

Harimau

Sejak akhir-akhir ini, tv di Jepun ada menyiarkan berita mengenai penderma misteri beg dan peralatan sekolah ke rumah kebajikan untuk kanak-kanak (Rumah anak-anak yatim). Kisahnya bermula dari dari hujung tahun lepas dimana seorang penderma telah meletakkan beberapa beg sekolah di depan pintu masuk sebuah rumah kebajikan. Nota yang ditinggalkan hanya ditandatangani dengan nama "Naoto Date", karakter kartun dalam siri "Tiger Mask". Kartun yang cukup popular di kalangan orang Jepun.

Selepas mendapat liputan berita yang meluas, banyak lagi hadiah dari penderma misteri sekitar Jepun. Kebanyakkan hadiah adalah beg sekolah (ランドセル). Harganya boleh mencecah 40,000yen (1,200ringgit) untuk satu beg!. Beg sekolah ini salah satu keperluan penting untuk murid darjah 1 yang akan masuk sekolah bermula bulan 4 nanti. Sehinggalah yang terbaru, beberapa beg sekolah telah dihantar ke rumah kebajikan kanak-kanak di Shimonoseki yang disertakan dengan dvd Laputa: Castle in the Sky.

Orang Jepun memang mudah tertarik untuk melakukan benda yang sama sekiranya ada orang yang membuat perkara itu dahulu. Mungkin dia akan buat yang lebih baik dari orang yang sebelumnya. Lagi satu, mereka suka dengan anime dan betul-betul menghayati setiap satu karakter dalam siri tv/komik. Jadi tidak mustahil kalau ada cenderahati berkaitan karakter kartun Jepun banyak dijual dan laku sehingga bertahun-tahun lamanya. Ada peminat susah mati untuk setiap karakter tersebut.

Tapi sebenarnya cerita-cerita sebegini sepatutnya ada di dada akhbar dalam masa ekonomi merundum. Sekurang-kurangnya, ia akan mendorong kita melakukan perkara yang positif yang tak semestinya besar dan menggunakan duit tetapi mungkin seperti menolong orang buta melintas jalan atau menyelamatkan kucing yang hampir lemas dalam longkang berisi air. Takut rasanya nak baca berita dalam suratkhabar Malaysia sekarang. Mata kena tapis bila baca artikel yang melampau!.

No comments:

Post a Comment