Saturday, July 29, 2006

Survey rumah di Kita Kyushu

Pagi lagi Ummi bangun nak prepare lunch untuk bawak gi tengok rumah kat Moji. Haziq dan Hazim bangun lewat so Ummi dok depan komputer survey jalan kat Moji dan Kokura cari fudosan aiyuhome. Lepas print Ummi siap2 masak nasi then Haziq dan Hazim pun bangun time Ummi tengah lipat kain. Bertolak jam 10:45am sampai di Moji dalam pukul 1:00pm/ Dalam kereta Hazim tidur ajer dah nak dekat sampai baru Hazim bangun. Haziq lak tak tidur so bile berhenti kat 7 Eleven Ummi belikan jajan then Haziq makan dalam kereta. Mulanya Haziq merajuk sebab tak boleh ikut Ummi turun gi beli air etc kat 7Eleven tapi lama2 ok. Bila sampai kat Moji ayah cari taman utk nak makan lunch. Memang bandar tepi laut sungguh. Semuanya bangunan ajer.

Nasib baik jumpa taman tapi kena naik atas bukit sket. Sampai ajer Ummi bawak kelaur nasi dan lauk. Haziq dan Hazim dok main gelongsor. Makan pun takbanyak. Tapi Hazim makan banyak. Mungkin sebab tidur tado so bangun lapar kot. Lepas Ummi dan Ayah solat zuhur, kita bertolak gi Kokura. Nasib baik senang jer jumpa. So tengah2 discuss dengan orang kedai, Haziq dan Hazim buat perangai. Mungkin sebab lama sangat discuss kot (dekat 2jam!) so Ummi bawak keluar tengok monorail.

Haziq dan Hazim excited tengok bandar. Macam-macam ada. Dalam pukul 4 setengah, Ummi ngan Ayah naik kereta orang kedai cari rumah. Ada 3 rumah tapi yang ok yang last sekali. Betul2 atas bukit ngan tepi laut. Kat Kazashi. Haziq ngan Hazim excited tengok rumah baru. Sementara tunggu kat situ, Haziq ngan Hazim makan pancake Ummi bawak. Cepat jer Habis. Lapar rupanya. Masa tuh dah pukul 7 petang bila sampai kedai balik. Haziq dan Hazim mula resah sebab tak mandi petang dan penat.

Lepas settle everything kat kedai, kita bertolak balik. Haziq dan Hazim mula buat perangai dalam kereta. Mungkin sebab penat. Sampai rumah dah pukul 10:30malam. Hazim tertidur kepenatan. Haziq lak bangun masuk rumah mandi air panas then tidur. Alahai kesiannya tengok Haziq Hazim penat jalan jauh. First time travel naik kereta jalan jauh ya...

Saturday, July 22, 2006

Gambar terbaru Haziq dan Hazim





Haziq dan Hazim di Ube during makan2.

Haziq nak pergi sekolah

Haziq sekarang nih hari2 mintak nak pergi sekolah. Mungkin sebab tengok Ummi bawak beg gi sekolah so Haziq dan hazim hari2 nak ikut Ummi. Ummi kata tak boleh sebab sekolah Ummi sekolah orang besar. Haziq faham tapi Hazim asyik nangis nak ikut. Ummi kata kat Haziq nanti kalau pindah rumah baru kita gi sekolah budak kecik ya...

Haziq dah kenal Alif, Ba dan Ta. Hazim lak asyik kacau Abang baca Iqra` tapi kalau sendiri2 pandai ambik buku Iqra` baca a ba a ker..kelakar tengok Hazim baca.

Haziq dah pandai lukis gambar macam2 so Ummi letkat kat peti ais. lepas tuh banyaklah gambar yang Haziq lukis yang Haziq nak letak kat depan peti ais. Penuh!!

Monday, July 17, 2006

Laut kat Jepun

Hari ini Ummi ngan Ayah bawak Haziq dan Hazim gi laut. Lepas mandi pagi then makan sarapan terus gi ke laut dlaam setengah jam perjalanan. Mainan Haziq utk buat sand castle dah pecah so Ummi bawakkan yang lain ajer. Bila sampai Haziq ngan Hazim terus mintak bukak baju nak main air. Bila masuk dalam laut cepat2 keluar. Bukannya apa. Air laut sejuk. Angin kuat ngan ombak pun tinggi. Takperlah Ummi ajak Haziq ngan Hazim main pasir. Buat sand castle ngan timbus badan pakai pasir. Tak lama lepas tuh angin mula bertiup kuat. Haziq takut dan badan sakit sebab kena pasir so Ummi ngan Ayah ambik keputusan balik cepat. Takperlah at least Haziq dan Hazim dah kenal laut jepun. Lepas nih nak tinggal tepi laut gak so hari2 mesti boring tengok laut. Bila masuk kereta Haziq ngan Hazim tertidur. Penat main pasir. Tapi bila sampai rumah, lepas mandi terus tak tidur. Main ajer...

Wednesday, July 12, 2006

Haziq dan Iqraq

Haziq dah mula kenal Alif dan Ba. Sekarang nih dah ajar sampai Sa tapi Haziq cuma boleh baca "cha" bukan "sa". Alahai...Bila Ummi ajar Haziq, Hazim lak dok kacau. Tapi mulut ikut Haziq baca Iqraq. "Aa Ba Aa, Aa Aa Ba". Semalam Ummi bawak Haziq dan Hazim gi Shin Yamaguchi Eki utk beli Ayahnya tiket shinkansen (bullet train). Haziq suka bila sampai kat eki (station). Hazim tidur dlama kereta. Ummi dukung pun Hazim ngantuk. Tapi bila Ummi ngan Ayah bawak tengok keretapi kat railwaynya, Haziq ngan Hazim suka sangat. Tanya macam2 pasal keretapi. Asyik kata nak naik keretapi. Exited Haziq bila nampak banyak poster keretapi. Nantilah ya Ummi ngan Ayah bawak naik keretapi.

Sibuknya....

Ada satu berita gembira. Abang dah naitei (dapat kerja) kat KitaKyushu. Alhamdulillah. Within 2 bulan datang nihon dah ada kerja yang betul2 pakai degree. Harap2 semua berjalan dengan lancar termasuk macam mana nak pindah rumah, nak berulang dari rumah (maybe ke Shimonoseki) ke sekolah, macam mana nak hantar Haizq dan Hazim ke hoikuen dan semuanya. Semuanya rasa macam fuan (tak selesa) sebab tak tahu apa future yang kitaorang ada. Tapi sekurang-kurangnya apa yang kami doa termakbul iaitu abang dah dapat kerja kat nihon. Hari nih abang akan gi settle pasal gaji, ada syarat lagi lak sama shacho (CEO) company tuh. Lepas tuh dalam minggu depan lak dah kena prepare utk shiken (exam). Walaupun tak dapat credit tapi nak gak ambik shiken. Terpikir tak nak ambik exam statistic sebab susah nak paham tapi tengoklah dulu.

Saturday, July 08, 2006

Hazim makin aktif

Hazim semakin lama semakin panjang akal. Macam2 idea dia yang ada. Kalau Ummi dan Ayah tak tengok mesti ada benda baru yang dia buat. Hari tuh Hazim gi conteng dinding pakai crayon, pastu koyakkan wallpaper dan yang terbaru yang Ummi tak tahu lah nak cakap apa, Hazim gi koyakkan wall paper yang kat pintu bilik. Banyak lak tuh. Oh ya, Hazim conteng pakai crayon kat tatami. Ummi takleh nak basuh langsung. Nasib baik Haziq dah boleh harap. Siap boleh bagitahu kat Ayah yang adik gi koyakkan wall paper. Lepas tuh, Ummi dah susah nak pujuk Hazim makan nasi. Kalau Haziq senang ajer. Ummi umpan nak bacakan buku cerita then Haziq mesti duduk dengar Ummi cerita sambil makan nasi. Hmm.. nasib baik Haizm suka makan macam2 cuma Ummi risau sebab Hazim kurang makan nasi. Since UmmuMuaz kata takper as long as Hazim makan nasi so Ummi lega sket. Tapi Ummi akan pujuk gak Hazim makan nasi selalu.

Saturday, July 01, 2006

Belajar Nihongo

Ummi baru jer mula ajar Haziq dan Hazim nihongo macam Konnichiwa, Atama, Me, Hana dan Mimi. Paling kelakar time suruh Haziq dan Hazim cakap Konnichiwa, siap dengan kepala sekali mengangguk cam Jepun. Since Haziq dan Hazim belum pergi Hoikuen so Ummi rasa better Ummi ajar sikit2 dari sekarang. Lepas maghrib, Ummi ajar Haziq dan Hazim Iqra` tapi Hazim selalu suruh buka dari belakang buku. Taihen!. Haziq nak belajar tapi Hazim selalu kacau. Setakat nih Haziq ajer yang baru nak belajar Iqra`.

Sunday, June 18, 2006

Hazim dan Haziq menyanyi dalam kereta

Selalu kalau Ummi ngan Ayah bawak Haziq ngan hazim jalan-jalan naik kereta mesti Haziq ngan Hazim tidur tak sampai 5 seconds. So hari nih Ummi ngan Ayah bawak gi beli barang. Haziq suka pegang semua bende baru. Hazim lak suka naik troli. Bila nak balik Ummi ngan Ayah nak makan tako yaki so on the way, Ummi ajar Haziq ngan hazim nyanyi Twinkle, twinkle Little Star, Rock A Bye Baby, Rasa Sayang, Tepuk Ramai-ramai ngan ABC.Haziq pandai ikut Ummi nyanyi. Hazim pun. Bila sampai rumah, Ummi ajar Hazim "Dah sampai rumah yea yea...." so Hazim pun ikut " umah..yea..yea....". Bila sampai rumah, dah rasa macam natsu so Ummi bawak kelaur kipas angin. Ummi ajak Hazim ngan Haziq tidur tapi cuma Hazim jer tidur. Haziq lak dok main keretapi ajer. Tak tidur pun petangnya..ish..malam nih mesti Haziq tidur awal.

Monday, June 05, 2006

Jalan-jalan






Semalam petang boring dok rumah so bawak Haziq dan Hazim jalan-jalan naik kereta. Bila masuk kereta semua lena. Hmm, kami decide gi taman yang dekat-dekat ajer. Bila sampai haziq Hazim suka sangat. Especially bila nampak tasik ngan burung. Pastu ada angsa lak 2 ekor. Kami jalan-jalan keliling taman yang ada air pancut ngan sungai kecik. Cantik. suasana hening jer. aman jer rasanya. Haziq lak happy sangat bila dapat japan-jalan sampai jatuh dan luka kat lutut.Sebelah kiri lak. ish..ish..ish...Bila masuk kereta nak balik, semua lapar. Nasib baik bawak biskut so berebut nak makan biskut.

Saturday, June 03, 2006

Bersama








Lama dah tak masuk blog. Bila tengok orang lain nyer blog best-best, barulah berkobar nak update blog. Abang, Haziq dan Hazim sampai nihon 13 May 2006. Life jadik sibuk dengan keluarga. Dua minggu selepas semua ada, tv jadik dua, kami pakai kereta suzuki alto (dapat free dari kohai), skypark (nak tengok World Cup), komputer baru, webcam dan macam2 benda kecik yang baru. Dulu kami bujang waktu datang sini so banyak perkara pasal nihon yang kami tak tahu. Tapi bila dah ada anak2 baru tahu yang kalau anak belum sekolah rendah, perubatan semuanya free dengan syarat masuk Health Insurance (bayar setahun seoarang maybe dalam 12,000yen). Nih ada gambar2 Haziq dan Hazim dan keadaan rumah dalam International House kat Yamaguchi University. Bilik family di Yamadai nih ada 2 bilik ngan living room plus dapur yang besar. Tapi kami guna 1 bilik tidur ajer. Oh ya, tuh gambar Hazim Waiz tengah tidur tengahari.

Kami dah jalan2 naik kerata gi Houfu (tempat mensetsu Abang), Ube ngan kawasan sekitar Yamaguchi shi nih. Bandar tak macam Saijo, Hiroshima tempat kami study dulu. Lebih banyak kedai2 kot. Cuma International Shop ajer yang kami tak pergi lagi sebab stok makanan kami bawak utk 3 bulan. Nih ada dua kotak lagi on the way.

Sekarang nih tengah fikir mana nak letak Hazim Hazim kalau nak gi sekolah and abang gi kerja nanti. Maybe nak mintak tolong orang jaga rather than hantar Houikuen (nursery) sebab risau diaorang kecik lagi. Kalau dah pandai cakap barulah hantar kat houikuen. Tapi tengoklah dulu sebab houikuen penuh sekarang nih.

Oh ya, hari nih kami nak gi Ube ambik barang2 kecik dari orang Indonesia yang akan pulang (Pak Arifal dan Kak Wardah). Nak ambil almari2 yang besar2, bilik kat sini kecik so takperlah. nanti kalau pindah rumah baru beli.

Thursday, March 23, 2006

Berhenti Kerja

Semalam last day kerja di embassy. Sedih nak tinggalkan tempat tuh sebab lepak sepanjang masa. takde sapa nak kejar utk deadline. Baca paper ajer. Boss, Mr. Sasayama and Kak ros hantar sampai depan pintu. Balik dengan hati yang sayu. Sampai kat kereta baru teringat tertinggal lipstik sayang ngan buku idea. Nanti kena ambil balik. So hari nih dok kat rumah mengarang sambil tengah hujan lebat. Macam dengar Hazim nangis. Ooo.. azan asar rupanya.. siap ngan petir sekali. Tadi hantar barang 2 kotak ke Japan. Kena RM80 satu kotak. kalau lebih 10 kg ke 15 kg kena RM80. 1 kotak 13kg dan satu kotak lagi 11kg. Balik johor esok nak cari bahan makanan utk bawak gi nihon.

Hazim dah banyak cakap. Pandai buat aksi macam2. Mesti ikut Haziq. Naik basikallah, gi sekolah bawak beg, cakap nak air sirap (madu dah tak nak) dan macam2 lagi. kelakar tengok. Comel!!!

Thursday, March 16, 2006

Demam dan macam2 hal

Minggu lepas balik Alor star. Tapi disebabkan Haziq dan Hazim dah demam pastu ayahnya pun demam, kali ini giliran Umminya demam. Argh...sakit kepala. Hari nih pun tak habis lagi selsema ngan sakit kepala.

Next week dah nak resign. Terasa macam2 nak buat tapi sempat ker tak tak tahulah..
Lama rasanya tak tulis dalam blog nih. Nak try keep yang up to date punya cerita.
Kalau boleh nak masukkan resepi2 sekali.

Tuesday, March 07, 2006

Diari Haziq dan Hazim 4 Mac 2006

Birthday Haziq yang ke 3

Birthday Haziq, Ummi cuma panggil cik lin, cik irma ngan tok ibu. Tapi cuma cik irma ngan cik lin jer yang datang. Haziq suka sangat dapat hadiah buku dari cik irma ngan cik ce. Adam pun ada sekali. Haziq suruh cik lin ngan cik irma bacakan buku. Adik pun sibuk nak baca sama. Ada buku Nemo ngan buku kereta siap hon sekali. Haziq ngan Hazim sibuk nak tekan hon ajer ya...

Lepas tuh Wan pun datang ngan Kak nabila ngan kak nasya. Lama Ummi tak jumpa Wan. Wan datang menjamu selera soto yang Ummi buat. Sedap. Pastu Haziq potong Kek. Suka betul Haziq ngan Hazim makan kek choco banana secret receipe yang ayah belikan ya!.

Haziq suka main ngan Adam tapi Adam tak reti main lagik. Adam baru nak masuk 3 bulan. Nangis dengan muka yang sedih sekali. Tapi Hazim tak kesah Adam pakai buaian Hazim. malah Hazim cium kaki Adam tapi kat stokin Adam la..hehehe....Bila tanya Haziq dah berapa tahun, pandai Haziq kata 3 tahun. Cepat besar ya Haziq!!

Friday, March 03, 2006

Kisah Haziq dan Hazim ambil gambar passport

Kami dah bawak Haziq dan Hazim ambil gambar passport di kedai gambar 2 hari lepas tapi yang dapatnya cuma kami punya gambar. Haziq dah awal2 lagi keluar dari kedai gambar bila nampak ayah duduk nak ambil gambar. Hazim lak still ok tapi bila suruh duduk sendiri taknak. dok nangis sambil badan landing kat Ummi dia. So tadi malam tekad nak bawak ambil gambar passport. Sebelum tuh kami ada terfikir nak beli kain biru ambil gambar kat rumah la, practise ambil gambar kat rumah ngan umpan macam2 lagik. So sebelum sampai kedai, Umminya kena turun kat tempat lain. Hanya Ayahnya yang bawak Haziq Hazim ambil gambar. Rasa tak sabar sebab tunggu lama tapi ayah tak call so last2 gi jalan sendiri ke kedai gambar. Tengok dari luar memang tak nampak tapi sekali sekala ada nampak flash gambar. Bila semua keluar, cina pompuan yang ambil gambar senyum meleret, tunjuk gambar, Hah!!jadik semua gambar Haziq dan Hazim. Tak nangis pun. Rupanya kat dalam tuh dah puas pujuk. Macam2 aksi ayahnya kena buat. Haziq leka main stereng kereta mainan, time tuh panggil nama tok abah, tok mak bila dia dongak cepat2 cina tuh ambil gambar. Hazim lak nangis gak tapi ayahnya pegang tangan kuat2 baru dia diam tak nangis then baru boleh ambil gambar.. Ish..awatla..takut sangat nak ambil gambar nih...
Lpeas ambil gambar, kami bawak Haziq beli kerat polis. Hazim tak nak..kaki pegang kuat kat kita....

Friday, February 24, 2006

Musim buah kat Malaysia



Kalau gi Jepun tak dapatlah nak merasa rambutan, durian, cempedak kat dusun alor star. Mesti tiba musim panas kat jepun (bulan 8) teringat musim buat kat kampung. Nanti nak mintak mak ngan ayah pos sket cempedak kampung. Abang suka cempedak goreng. Jangan satu kapal terbang bau cempedak sudahlah. Nih Haziq ngan Hazim mesti merindui saat2 petik rambutan cam dulu2.

Abah checkup di IJN


Semalam abah punya checkup di IJN. Tapi tak dapat nak hantar sebab keja. Lepas kerja mintak tolong Shafirul hantar dari embassy ke IJN. Sampai2 nampak kak lin ngan mak tengah bagi susu kat Adam. Alahai, kesian tengok Adam sebab kena bawak sana sini. Mata pulak laloq minum susu botol. Rindu nak pegang baby so ambik Adam dukung, Tapi sekejab ajer sebab Adam nangis nak tidur pulak. Last2 mak tidurkan Adam. Mak kata tangan Adam kena pegang erat2 sebab dia nak tidur.. Alamak!takkan dah lupa cara jaga baby kot!...Abah tengah tunggu ubat. Next appointment abah 27 Julai 2006. Kata abah, doktor akan tengok lagi situation. Maybe kena pasang stern lagik. Aik!.. Nak pasang tang mana lak...

Diari Haziq Hazim
Malam ada Yasin kat rumah sebelah. Haziq ngan Hazim ajak sat. Sebab kalau tinggal camtuh ajer mesti nangis. Haziq ikut ayah pastu Hazim ikut Ummi. Bila sampai nampak ayah tengah bawak Haziq kelaur bilik air. Nih mesti mintak buang air kecik. Orang lain dah mula solat. Ayah mula lambat. Haziq ngan Hazim dok baik adalah dalam 5 minit. Pastu mula perangai ultraman dia. So apa lagi, Ummi bawak balik terpaksa bohong sunat kat Haziq suruh ambik kunci kereta tapi Ummi tunggu kat kereta. Cepat2 keluar kunci pintu pagar depan. Apalagi dengarlah Haziq meraung nak ikut. Balik tanya nenek, Hazim tak nangis cuma Haziq jer nangis. Mungkin sebab Ummi tipu Haziq kata nak bawak naik kereta tapi tak bawak... Alahai..kesian lak kat Haziq. Lain kali takleh tipu anak ya!!. Kata hati kecil Ummi.

Wednesday, February 22, 2006

Hazim`s Growth Diary



9/10/2005
Hari nih Hazim cukup setahun. Tapi masih belum nak jalan sendiri. Hazim suka main kuali ngan barang2 kat dapur. Hari nih pak long datang so ummi sibuk masak. Sebelum tuh Ummi tidur sama hazim kat bilik atas. Hazim tidur lama. Bila ummi sibuk masak hazim merengek nak ikut ummi. Petang, ummi bawak hazim gi taman mainan. Hazim suka main gelongsonr. Bila ummi naikkan buaian hazim suka. Abang haziq ajer yang gayat. Pastu ummi balik nak masak sayur. Bila pak long satu keluarga datang hazim taknak ngan ramai orang jadik bila semua orang bukak puasa hazim ikut nenek masuk bilik. Bila keluar nampak umii, hazim nak ikut ummi. Hazim dok sebelah ummi makan keropok. 3 keping!!banyak. Hazim suka makan keropok.

16/10/2005
Hazim dah boleh jalan. Maybe raya nanti mesti dok tengah dapat kaki. Hazim kata nenek, makan sikit. Takperlah nanti ummi belikan vitamin. Tapi hazim susah makan ubat. Bila buka puasa hazim ikut nenek sebab hazim tak mahu dudk dalam kerusi diam2..karang ummi tak boleh makan. Haziq pulak susah nak makan malam. Hazim dah pandai panggil abang!. Comel.. Geram tengok hazim.


25/1/2006
Dah lama ummi tak tulis dalam ni. Hazim dah pandai cakap banyak. Abang, ayah, tok abah, tok mak, nenek, jom. Cuma tak pandai kata ummi ajer. Bila suruh sebut ummi, hazim kemam mulut.

Bila balik dari kerja nenek kata Hazim demam. Ini mesti kes jangkit ngan ummi. Hazim tengah tidur kat atas karpet depan tv. Bila ummi tengah dinner ngan ayah, abang Haziq gi kacau2 hazim. Hazim macam dah sedar tapi bila dengar suara ayah ngan ummi, hazim pun bangun nangis nak ummi. Ummi rasa dahi hazim tapi tak panas. Cuma ada selsema ngan batuk ajer. Bawak gi klinik, Hazim tengok doktor macam garang ajer. Nak marah. Doktor ngan ummi boleh tergelak sama tengok hazim punya muka. Garang dan serius habis. Bila sampai rumah, ummi bagi hazim ubat,. Susah nak makan ubat. Last2 hazim telan gak. . Tidur….

Haziq`s Growth Diary (yang lama2)


Ini semua buat sebelum tahu ada blog. Takut terdelete file so masukkan dalam blog nih.......


6/July/2004( Tuesday)
Start jalan over one week ago. 90% walking. Prefer to do all by himself. E.g Main pagar di rumah makcik and naik basikal Firas. Air liur still meleleh. Sleep nearly 9pm. Before that, main tuang air dalam botol atas katil. Bangun minta susu at 5:20am.

7/July/2004 (Wednesday)
Haziq nak stay dgn. Wan. Bila ambil, geleng kepala. Dinner sama2. Haziq duduk kat kerusi dia. Makan donut, keropok lekur and taufu fa. Apa yang orang lain makan Haziq pun nak makan. Pukul 8pm minum susu satu botol. Suruh tidur bawa Hamtaro dgn botol ke bilik, haziq faham.Tidur pukul 9pm sama ayah. Pukul 5:20am bangun minta susu.

8/July/2004 (Thursday)
Ambil Haziq awal. Mkn. Garlic bread and donut. Penat main tidur awal pkl. 7pm. Bangun kejab pukul 8pm sebab ummi and ayah nak dinner. Tak nak mkn apa2. Maybe sebab kenyang minum susu. Malam tidur lewat. Pukul 9:30pm. Bangun mintak susu pkl. 2pm. Ummi letih sangat nak bangun tapi bangun juga. Kalau tidak kaki Haziq naik atas perut Ummi.

13/July/2004 (Tuesday)
Haziq suka mkn. TauFufa beli kat pasar malam. Main ngan haziq sekejab. Ajr dia flash card.Tiger, donkey, butterfly. Suruh dia tunjuk. Semua betul!!. Malam tidur pukul 9. Sebelum tuh main air dalam botol. Habis basah seluar ngan tilam. Last2 biarkan dia tidur sendiri. Bangun pukul 1 setengah pagi bagi susu pakai botol kecil. Tak sampai hati nak bagi air masak saja macam makcik cakap.Rambut dah panjang. Tunggu jumaat nih baru gi kedai.

14/July/2004 (Wednesday)
Waktu ambik Haziq, Firas tgh main air. Makcik cerita Haziq susah nak keluar dari besen. Mengelupur. Tapi bila tengok Firas mandi, Haziq tak kesah sangat. Makcik dok cium geram ngan Haziq.Beli keropok leko kat pasar mlm. Haziq suka makan keropok leko. Lepas tu still ingat flash card “tiger” “donkey” bagi kat ayah. Bagi Taufufa lgi. Mesti Haziq fikir hari2 makan taufufa. Kenapa ek?. Tak boleh duduk diam kat kerusi makan. Nak panjat keluar ajer. Last2 bagi main kat dining hall. Malam tidur awal lepas dapat sebotol susu. Sebelum tidur Haziq buang flash kad ikut tingkap bilik. Pantang!. Ummi pun hampir tertidur. Bangun pukul 2am mintak susu. Sebelum tuh dok peluk Hamtarou!!Maybe mimpi Hamtarou hilang kot!.

4/ Aug/2004 (Wed)
Dah 2 minggu Ummi tak cerita pasal Haziq. Tapi banyak benda baru yang Haziq dah boleh buat. Macam tutup hidung kalau kata Haziq berak atau busuk!, tunjuk mana mata mulut (hidung tak reti lagi), faham suruh letak botol susu atas meja makan dan banyak lagi. Lepas kerja Ummi ambik haziq awal. Lagipun Ummi nak kena masak. Haziq tgh dok kat dalam kerusi makan kat luar sama wan sambil tengok abg firas mandi. Sambil tuh Haziq makan honey star etc wan suap. Ummi main ngan Haziq jab pastu Ummi nak masak, Haziq main flash card sorang2. siannya. Tapi ok.Haziq ambik buku animal pastu cakap tak faham kononnya thg baca buku. Suka tunjuk gambar tiger ngan zebra. Bila ayah balik, Haziq cepat2 bangun nak menari bila dgr bunyi kereta ayah. makan nasi banyak biar cepat besar ya!.


5/Aug/2004 (Thu)
Waktu Ummi nak ambik Haziq kat rumah Wan, Haziq dah siap pakai kasut. So Ummi turunkan haziq dari kerusi makan. Haziq terus nak jalan keluar. Ummi pun ikut haziq dari belakang. Haziq tahu kat mana rumah siap tunggu depan pintu mintak ummi tanggalkan kasut. Bila masuk ummi bagi makan donut. Haziq suka donut. Bila ayah balik pukul 8:30pm, haziq terus mintak dukung. Amboi!manjanya ngan ayah. Malam, ummi kemas barang nak balik alor star, haziq takleh nak tidur sorang. Last2 ummi pun tertidur sama haziq.

7/Sept/2004 (Tues)
Dah lama Ummi tak tulis pasal Haziq. Haziq dah pandai buat macam2..hari tu belikan teletubbies. Haziq tak sabar2 nak pegang ngna tengok kat rumah.. O’oo kata haziq. Semalam lepak ngan wan ngan kak siti lama sket sambil tuh tengok haziq guling atas lantai depan rumah wan. Dia suka kalau ada ramai orang keliling. Ummi bawak balik bukak teletubbies pastu ummi rehat..penat!.. Malam bila ayah balik makan sama ummi ngan ayah.. Haziq dah kenyang sebab minum susu ngan nestum satu botol so haziq banyak buat main yong tau fu. Ummi biar ajer. Lepas makan ubat demam, lepas maghrib, ummi tukarkan baju lepas tuh kami 3 beranak tertidur depan tv. Ngantuk sangat!

9/Sept/ 2004 (Wed)
Bila Ummi ambik haziq, haziq tgh minum susu kat dalam katil kat rumah wan. Susu tak habis lagi tapi bila dgr suara ummi, cepat2 bangun.. Susu tak habis. Ummi tak larat nak lama2 kat rumah wan sebab puasa. So ummi bawak balik bukak teletubbies kasik haziq main sorang2. ummi terbangun dari tidur sebab ayah balik. Ayah bawak haziq main kereta kat luar. Apa lagi suka hatilah haziq. Bila nak dekat maghrib haziq masuk ummi bagi susu cepat jer habis. Lapar susu kot. Malam ummi bukak puasa kat luar. Haziq makan mushroom soup aje. Tapi tak reti dok diam kat kedai makan.

13/Sept/2004 (Mon)
Hari ini 1st day haziq dok sama Nenek. Ummi Cuma call rumah pagi pukul 8 saje. Nak call selalu takut haziq tgh tidur. Ummi balik cepat2 tengok haziq tgh. Tidur. Nenek kata haziq tidur pagi lambat sket pastu satu jam saje. Petang lak pukul 4 setengah baru tidur. Haziq masih laloq lagi. Badan haziq panas sket pastu ada selsema. So Ummi ngan ayah bawak haziq jumpa doktor. Tunggu doktor lama. So haziq dok tgk fish lepas tuh main lompat2. suka betul. Bila jumpa doktor tak kasik doktor check dada ngan dahi. Tapi bila doktor bagi gula2 habis satu balang nak ambik. Bila masuk kereta nak balik, haziq tidur ngan gula2..kesiannya..

14/September/2004 (Tuesday)
Ummi risau haziq demam lagi so Ummi call rumah tanya nenek. Nenek kata Haziq tgh tidur tapi terbangun dengar bunyi telefon. Alahai. Bila balik rumah haziq tengah minum susu sambil tengok tv. Saikin suka betul tengok tv. Ummi bawak haziq jalan rumah wan. Kakak ngan abang firas suka betul jumpa haziq. Ummi pun rindu nak bual ngan wan. Lepas tuh bawak haziq balik. Haziq punya badan masih agak panas tapi ok. Haziq asyik merengek nak ngan ummi. Ayah balik lambat. Ummi takleh nak buat apa2 sebab haziq merengek nak ikut ummi. Last2 lepas maghrib ummi dok sama haziq picitkan kepala ngan kaki. Haziq tertidur. Selsema dah macam kurang sket. Bila ayah balik, haziq terbangun nak sama ayah. Rindu nak main sama ayah kot.

27/ September/2004 (Monday)
Haziq suka sgt. Tengok ummi balik. Lompat ngan tepuk tangan lagi. Ummi temankan haziq tengok tv pastu ummi main bola sama haziq. Haziq dah faham apa yang ummi suruh buat. Kata kak siti haziq suka sangat makan kek pisang. Lepas tuh ummi ada belikan pisang goreng. Haziq makan sket aje. Bila ayah balik haziq suka sangat. Malam ummi ngan ayah keluar bawak haziq sekali gi bank sat. Haziq dah faham apa ummi ngan ayah cakap. Cuma haziq belum boleh nak bercakap betul2. setakat nih haziq Cuma boleh kata “yak” (berak), “cih” (terima kasih), “ ma” (emak – ummi takleh sebut lagi tapi nak gak suruh panggil ummi).

28/September/2004 (Tuesday)
Nenek cerita haziq tidur sekejab ari nih. Mungkin sebab haziq bangun lambat paginya (7 setengah pagi). Ummi belikan donut utk haziq. Pastu ummi beli mee hoon sup makan sama haziq. Haziq dok kat kerusi makan. Lepas tuh makan banyak. Haziq suka mee hoon ya!/ malam ummi ngan ayah makan pizza. Haziq takleh duduk diam.. Nak berjalan so ayah bawak haziq jalan2. ayah cerita ayah tanya ummi mana. Haziq pandai jalan gi ke meja ummi cari ummi. Pastu haziq makan garlic bread. Lepas tuh ayah belikan haziq teletubbies yang baru yang ada gambar animal. Balik haziq cepat2 mintak ummi pasang vcd. Pastu lambat tido. Tengah2 tgk vcd, ayah bagi hadiah gelang kaki emas kat ummi sebab birthday ummi (28th). Ummi dah tua. Hadiah utk bersalin pun ya gak.

29/September/2004 (Wednesday)
Ummi balik haziq tgh minum air botol. Nenek kata haziq makan nasi banyak ari nih. Lauk lemak labu. Pastuh nenek bagi makan vitamin. Ummi bagi makan keropok lekor. Haziq makan banyak. Lepas tuh haziq dok nempel ngan ummi. Bila ayah balik haziq suka pastu waktu ayah ngan ummi nak sembahyang maghrib haziq pandai ambil kopiah pastu angkat tangan Allahuakhbar pastu sujud. Tengok ayah sembahyang agaknya. Banyak kali kata Allah pastu angkat tangan. Baru 18 bulan dah pandai sembahyang. Harap2 sampai ke besar ya!.

30/September/2004 (Thursday)
Ummi balik haziq tak nak berenggang ngan ummi. Ummi ajak haziq gi rumah wan. Bual2 ngan wan. Haziq sibuk ngan kakak. Nak main badminton. Tapi bila ummi ajak balik, haziq ikut. Hari nih ayah balik awal. Haziq terus ikut ayah. Pantang nampak sejadah, terus nak sembahyang. Nenek kata haziq tak tidur petang so pukul 8malam jer haziq dah tidur depan tv. Ummi nak gi check perut tapi tak jadik. Esok jerlah.

2/ Oct/2004 & 3/Oct/2004 (Saturday and Sunday)
Hari nih haziq, ummi ngan ayah gi party birthday anak kawan ayah. Haziq tidur sepanjang perjalanan so bila sampai tuh enjin tak panas lagi jadik haziq buat dek jek ngan kawan. Mainan pun tak nak main. Ummi suap soto pun taknak. Mungkin sebab dah minum susu satu botol dalam kereta. Nak balik haziq nak bawak balik kereta mainan kawan tapi bila suruh ganti ngan belon cepat2 bagi balik kereta mainan ngan ambik belon. Nasib baik!. Dalam kereta haziq suka sangat makan mamee. Habis sepah dalam kereta. Sampai rumah dah petang so malam tuh haziq tidur awal. Hari ahad ummi ngan ayah bawak haziq gi potong rambut. Nangis2 haziq tak nak kena gunting rambut. Nak senang, ayah suruh botakkan kepala tapi tak sampai botak le.. Kelakar tengok muka haziq. Cantik kepala haziq. Sampai rumah nenek terkejut tgk haziq dah takde rambut. Lepas mandi ummi bagi susu, haziq tidur2 jam. Bangun ummi suap nasi. Banyak gak haziq makan.

9/10/2005
Haziq dah besar. Tapi hari nih Haziq ada batuk2 ngan selsema. Pagi lagi Ummi ngan ayah keluar gi pasar bawak haziq. Haziq tak pakai pampers dah. Sekarang pandai cakap nak kencing. Cuma malam jer kena pakai pampers. Bila sampai kat klinik, Haziq taknak masuk bilik doktor. Takut sampai nangis. Pastu keluar dari bilik doktor sendiri. Lepas ambil ubat, balik rumah. Sampai kat rumah haziq mandi pastu taknak pakai seluar dalam. Nak gak pakai pampers. Haizq dah pandai makan ubat sendiri. Tapi ubat selsema tuh macam pahit sikit so haziq keluarkan dari mulut. Tengahari ummi tidur sama adik hazim kat bilik atas. Haziq lepas makan tidur lagi. Asyik tidur ajer. Mungkin sebab makan ubat kot. Bila cik irma ngan uncle musa datang, Haziq bangun tapi buat perangai taknak salam. Pastu ayah yang pakaikan seluar haziq ngan bawak gi taman mainan. Haziq suka main gelongsor. Lepas tuh pak long satu keluarga datang. Haziq tengah tidur terus bangun tengok abang Fizi ngan abang Mimi. Haziq tengok ajer. Sambil pegang botol dua. Pastu bila semua orang makan buka puasa, haziq taknak makan tapi dok baring ajer. Macam lemah ajer.

16/10/2005
Haziq ikut ummi ngan ayah ke pasar tengok fish. Haziq suka main air kat lantai. Waktu tuh hujan. Adik tinggal rumah. Haziq balik terus mintak susu. Pastu ummi masakkan haziq sup ikan. Ummi ngan ayah keluar. Haziq tinggal sama nenek ngan adik Bila ummi ngan ayah balik haziq dah tidur. Haziq bangun nak tolong ummi ngan ayah tanam rumput. Suka. Pastu petang masuk mandi.

25/1/2006
Bila ummi balik kerja, haziq tengah tengok tv. Tak sedar. Pastu haziq tahu, terus dia keluar main basikal kat luar. Masa tuh hujan sket2. ummi suruh haziq masuk tapi haziq taknak. Last2 pujuk kata ada jajan barulah haziq masuk. Bila masuk, haziq dok kacau hazim tengah tidur. Pastu bila ummi ajak makan mee, haziq makan sket ajer. Malam, ummi ajak haziq sekali pegi klinik check adik demam, pastu haziq suka main gelongsor kat klinik tuh. Bila balik rumah, haziq suruh adik minum ubat, kalau tak abnag matikan tv.. Ewah…pandai suruh adik minum ubat ya…

Landskap rumah baru

Waktu cari idea untuk tulis dalam nih, terjumpa lakaran landskap time nak pindah rumah baru. So far adalah ikut sket2 tapi since nak gi jepun tak lama lagi so terpaksa tangguh. Ada tanam ros jepun warna warni. Putih, oren, merah, pink dan pink keputihan.Kalau pukul 10 pagi keluar ke depan, bunga tengah kembang. Memang cantik.