Friday, February 24, 2006
Abah checkup di IJN
Semalam abah punya checkup di IJN. Tapi tak dapat nak hantar sebab keja. Lepas kerja mintak tolong Shafirul hantar dari embassy ke IJN. Sampai2 nampak kak lin ngan mak tengah bagi susu kat Adam. Alahai, kesian tengok Adam sebab kena bawak sana sini. Mata pulak laloq minum susu botol. Rindu nak pegang baby so ambik Adam dukung, Tapi sekejab ajer sebab Adam nangis nak tidur pulak. Last2 mak tidurkan Adam. Mak kata tangan Adam kena pegang erat2 sebab dia nak tidur.. Alamak!takkan dah lupa cara jaga baby kot!...Abah tengah tunggu ubat. Next appointment abah 27 Julai 2006. Kata abah, doktor akan tengok lagi situation. Maybe kena pasang stern lagik. Aik!.. Nak pasang tang mana lak...
Diari Haziq Hazim
Malam ada Yasin kat rumah sebelah. Haziq ngan Hazim ajak sat. Sebab kalau tinggal camtuh ajer mesti nangis. Haziq ikut ayah pastu Hazim ikut Ummi. Bila sampai nampak ayah tengah bawak Haziq kelaur bilik air. Nih mesti mintak buang air kecik. Orang lain dah mula solat. Ayah mula lambat. Haziq ngan Hazim dok baik adalah dalam 5 minit. Pastu mula perangai ultraman dia. So apa lagi, Ummi bawak balik terpaksa bohong sunat kat Haziq suruh ambik kunci kereta tapi Ummi tunggu kat kereta. Cepat2 keluar kunci pintu pagar depan. Apalagi dengarlah Haziq meraung nak ikut. Balik tanya nenek, Hazim tak nangis cuma Haziq jer nangis. Mungkin sebab Ummi tipu Haziq kata nak bawak naik kereta tapi tak bawak... Alahai..kesian lak kat Haziq. Lain kali takleh tipu anak ya!!. Kata hati kecil Ummi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment