Wednesday, February 22, 2006

Haziq`s Growth Diary (yang lama2)


Ini semua buat sebelum tahu ada blog. Takut terdelete file so masukkan dalam blog nih.......


6/July/2004( Tuesday)
Start jalan over one week ago. 90% walking. Prefer to do all by himself. E.g Main pagar di rumah makcik and naik basikal Firas. Air liur still meleleh. Sleep nearly 9pm. Before that, main tuang air dalam botol atas katil. Bangun minta susu at 5:20am.

7/July/2004 (Wednesday)
Haziq nak stay dgn. Wan. Bila ambil, geleng kepala. Dinner sama2. Haziq duduk kat kerusi dia. Makan donut, keropok lekur and taufu fa. Apa yang orang lain makan Haziq pun nak makan. Pukul 8pm minum susu satu botol. Suruh tidur bawa Hamtaro dgn botol ke bilik, haziq faham.Tidur pukul 9pm sama ayah. Pukul 5:20am bangun minta susu.

8/July/2004 (Thursday)
Ambil Haziq awal. Mkn. Garlic bread and donut. Penat main tidur awal pkl. 7pm. Bangun kejab pukul 8pm sebab ummi and ayah nak dinner. Tak nak mkn apa2. Maybe sebab kenyang minum susu. Malam tidur lewat. Pukul 9:30pm. Bangun mintak susu pkl. 2pm. Ummi letih sangat nak bangun tapi bangun juga. Kalau tidak kaki Haziq naik atas perut Ummi.

13/July/2004 (Tuesday)
Haziq suka mkn. TauFufa beli kat pasar malam. Main ngan haziq sekejab. Ajr dia flash card.Tiger, donkey, butterfly. Suruh dia tunjuk. Semua betul!!. Malam tidur pukul 9. Sebelum tuh main air dalam botol. Habis basah seluar ngan tilam. Last2 biarkan dia tidur sendiri. Bangun pukul 1 setengah pagi bagi susu pakai botol kecil. Tak sampai hati nak bagi air masak saja macam makcik cakap.Rambut dah panjang. Tunggu jumaat nih baru gi kedai.

14/July/2004 (Wednesday)
Waktu ambik Haziq, Firas tgh main air. Makcik cerita Haziq susah nak keluar dari besen. Mengelupur. Tapi bila tengok Firas mandi, Haziq tak kesah sangat. Makcik dok cium geram ngan Haziq.Beli keropok leko kat pasar mlm. Haziq suka makan keropok leko. Lepas tu still ingat flash card “tiger” “donkey” bagi kat ayah. Bagi Taufufa lgi. Mesti Haziq fikir hari2 makan taufufa. Kenapa ek?. Tak boleh duduk diam kat kerusi makan. Nak panjat keluar ajer. Last2 bagi main kat dining hall. Malam tidur awal lepas dapat sebotol susu. Sebelum tidur Haziq buang flash kad ikut tingkap bilik. Pantang!. Ummi pun hampir tertidur. Bangun pukul 2am mintak susu. Sebelum tuh dok peluk Hamtarou!!Maybe mimpi Hamtarou hilang kot!.

4/ Aug/2004 (Wed)
Dah 2 minggu Ummi tak cerita pasal Haziq. Tapi banyak benda baru yang Haziq dah boleh buat. Macam tutup hidung kalau kata Haziq berak atau busuk!, tunjuk mana mata mulut (hidung tak reti lagi), faham suruh letak botol susu atas meja makan dan banyak lagi. Lepas kerja Ummi ambik haziq awal. Lagipun Ummi nak kena masak. Haziq tgh dok kat dalam kerusi makan kat luar sama wan sambil tengok abg firas mandi. Sambil tuh Haziq makan honey star etc wan suap. Ummi main ngan Haziq jab pastu Ummi nak masak, Haziq main flash card sorang2. siannya. Tapi ok.Haziq ambik buku animal pastu cakap tak faham kononnya thg baca buku. Suka tunjuk gambar tiger ngan zebra. Bila ayah balik, Haziq cepat2 bangun nak menari bila dgr bunyi kereta ayah. makan nasi banyak biar cepat besar ya!.


5/Aug/2004 (Thu)
Waktu Ummi nak ambik Haziq kat rumah Wan, Haziq dah siap pakai kasut. So Ummi turunkan haziq dari kerusi makan. Haziq terus nak jalan keluar. Ummi pun ikut haziq dari belakang. Haziq tahu kat mana rumah siap tunggu depan pintu mintak ummi tanggalkan kasut. Bila masuk ummi bagi makan donut. Haziq suka donut. Bila ayah balik pukul 8:30pm, haziq terus mintak dukung. Amboi!manjanya ngan ayah. Malam, ummi kemas barang nak balik alor star, haziq takleh nak tidur sorang. Last2 ummi pun tertidur sama haziq.

7/Sept/2004 (Tues)
Dah lama Ummi tak tulis pasal Haziq. Haziq dah pandai buat macam2..hari tu belikan teletubbies. Haziq tak sabar2 nak pegang ngna tengok kat rumah.. O’oo kata haziq. Semalam lepak ngan wan ngan kak siti lama sket sambil tuh tengok haziq guling atas lantai depan rumah wan. Dia suka kalau ada ramai orang keliling. Ummi bawak balik bukak teletubbies pastu ummi rehat..penat!.. Malam bila ayah balik makan sama ummi ngan ayah.. Haziq dah kenyang sebab minum susu ngan nestum satu botol so haziq banyak buat main yong tau fu. Ummi biar ajer. Lepas makan ubat demam, lepas maghrib, ummi tukarkan baju lepas tuh kami 3 beranak tertidur depan tv. Ngantuk sangat!

9/Sept/ 2004 (Wed)
Bila Ummi ambik haziq, haziq tgh minum susu kat dalam katil kat rumah wan. Susu tak habis lagi tapi bila dgr suara ummi, cepat2 bangun.. Susu tak habis. Ummi tak larat nak lama2 kat rumah wan sebab puasa. So ummi bawak balik bukak teletubbies kasik haziq main sorang2. ummi terbangun dari tidur sebab ayah balik. Ayah bawak haziq main kereta kat luar. Apa lagi suka hatilah haziq. Bila nak dekat maghrib haziq masuk ummi bagi susu cepat jer habis. Lapar susu kot. Malam ummi bukak puasa kat luar. Haziq makan mushroom soup aje. Tapi tak reti dok diam kat kedai makan.

13/Sept/2004 (Mon)
Hari ini 1st day haziq dok sama Nenek. Ummi Cuma call rumah pagi pukul 8 saje. Nak call selalu takut haziq tgh tidur. Ummi balik cepat2 tengok haziq tgh. Tidur. Nenek kata haziq tidur pagi lambat sket pastu satu jam saje. Petang lak pukul 4 setengah baru tidur. Haziq masih laloq lagi. Badan haziq panas sket pastu ada selsema. So Ummi ngan ayah bawak haziq jumpa doktor. Tunggu doktor lama. So haziq dok tgk fish lepas tuh main lompat2. suka betul. Bila jumpa doktor tak kasik doktor check dada ngan dahi. Tapi bila doktor bagi gula2 habis satu balang nak ambik. Bila masuk kereta nak balik, haziq tidur ngan gula2..kesiannya..

14/September/2004 (Tuesday)
Ummi risau haziq demam lagi so Ummi call rumah tanya nenek. Nenek kata Haziq tgh tidur tapi terbangun dengar bunyi telefon. Alahai. Bila balik rumah haziq tengah minum susu sambil tengok tv. Saikin suka betul tengok tv. Ummi bawak haziq jalan rumah wan. Kakak ngan abang firas suka betul jumpa haziq. Ummi pun rindu nak bual ngan wan. Lepas tuh bawak haziq balik. Haziq punya badan masih agak panas tapi ok. Haziq asyik merengek nak ngan ummi. Ayah balik lambat. Ummi takleh nak buat apa2 sebab haziq merengek nak ikut ummi. Last2 lepas maghrib ummi dok sama haziq picitkan kepala ngan kaki. Haziq tertidur. Selsema dah macam kurang sket. Bila ayah balik, haziq terbangun nak sama ayah. Rindu nak main sama ayah kot.

27/ September/2004 (Monday)
Haziq suka sgt. Tengok ummi balik. Lompat ngan tepuk tangan lagi. Ummi temankan haziq tengok tv pastu ummi main bola sama haziq. Haziq dah faham apa yang ummi suruh buat. Kata kak siti haziq suka sangat makan kek pisang. Lepas tuh ummi ada belikan pisang goreng. Haziq makan sket aje. Bila ayah balik haziq suka sangat. Malam ummi ngan ayah keluar bawak haziq sekali gi bank sat. Haziq dah faham apa ummi ngan ayah cakap. Cuma haziq belum boleh nak bercakap betul2. setakat nih haziq Cuma boleh kata “yak” (berak), “cih” (terima kasih), “ ma” (emak – ummi takleh sebut lagi tapi nak gak suruh panggil ummi).

28/September/2004 (Tuesday)
Nenek cerita haziq tidur sekejab ari nih. Mungkin sebab haziq bangun lambat paginya (7 setengah pagi). Ummi belikan donut utk haziq. Pastu ummi beli mee hoon sup makan sama haziq. Haziq dok kat kerusi makan. Lepas tuh makan banyak. Haziq suka mee hoon ya!/ malam ummi ngan ayah makan pizza. Haziq takleh duduk diam.. Nak berjalan so ayah bawak haziq jalan2. ayah cerita ayah tanya ummi mana. Haziq pandai jalan gi ke meja ummi cari ummi. Pastu haziq makan garlic bread. Lepas tuh ayah belikan haziq teletubbies yang baru yang ada gambar animal. Balik haziq cepat2 mintak ummi pasang vcd. Pastu lambat tido. Tengah2 tgk vcd, ayah bagi hadiah gelang kaki emas kat ummi sebab birthday ummi (28th). Ummi dah tua. Hadiah utk bersalin pun ya gak.

29/September/2004 (Wednesday)
Ummi balik haziq tgh minum air botol. Nenek kata haziq makan nasi banyak ari nih. Lauk lemak labu. Pastuh nenek bagi makan vitamin. Ummi bagi makan keropok lekor. Haziq makan banyak. Lepas tuh haziq dok nempel ngan ummi. Bila ayah balik haziq suka pastu waktu ayah ngan ummi nak sembahyang maghrib haziq pandai ambil kopiah pastu angkat tangan Allahuakhbar pastu sujud. Tengok ayah sembahyang agaknya. Banyak kali kata Allah pastu angkat tangan. Baru 18 bulan dah pandai sembahyang. Harap2 sampai ke besar ya!.

30/September/2004 (Thursday)
Ummi balik haziq tak nak berenggang ngan ummi. Ummi ajak haziq gi rumah wan. Bual2 ngan wan. Haziq sibuk ngan kakak. Nak main badminton. Tapi bila ummi ajak balik, haziq ikut. Hari nih ayah balik awal. Haziq terus ikut ayah. Pantang nampak sejadah, terus nak sembahyang. Nenek kata haziq tak tidur petang so pukul 8malam jer haziq dah tidur depan tv. Ummi nak gi check perut tapi tak jadik. Esok jerlah.

2/ Oct/2004 & 3/Oct/2004 (Saturday and Sunday)
Hari nih haziq, ummi ngan ayah gi party birthday anak kawan ayah. Haziq tidur sepanjang perjalanan so bila sampai tuh enjin tak panas lagi jadik haziq buat dek jek ngan kawan. Mainan pun tak nak main. Ummi suap soto pun taknak. Mungkin sebab dah minum susu satu botol dalam kereta. Nak balik haziq nak bawak balik kereta mainan kawan tapi bila suruh ganti ngan belon cepat2 bagi balik kereta mainan ngan ambik belon. Nasib baik!. Dalam kereta haziq suka sangat makan mamee. Habis sepah dalam kereta. Sampai rumah dah petang so malam tuh haziq tidur awal. Hari ahad ummi ngan ayah bawak haziq gi potong rambut. Nangis2 haziq tak nak kena gunting rambut. Nak senang, ayah suruh botakkan kepala tapi tak sampai botak le.. Kelakar tengok muka haziq. Cantik kepala haziq. Sampai rumah nenek terkejut tgk haziq dah takde rambut. Lepas mandi ummi bagi susu, haziq tidur2 jam. Bangun ummi suap nasi. Banyak gak haziq makan.

9/10/2005
Haziq dah besar. Tapi hari nih Haziq ada batuk2 ngan selsema. Pagi lagi Ummi ngan ayah keluar gi pasar bawak haziq. Haziq tak pakai pampers dah. Sekarang pandai cakap nak kencing. Cuma malam jer kena pakai pampers. Bila sampai kat klinik, Haziq taknak masuk bilik doktor. Takut sampai nangis. Pastu keluar dari bilik doktor sendiri. Lepas ambil ubat, balik rumah. Sampai kat rumah haziq mandi pastu taknak pakai seluar dalam. Nak gak pakai pampers. Haizq dah pandai makan ubat sendiri. Tapi ubat selsema tuh macam pahit sikit so haziq keluarkan dari mulut. Tengahari ummi tidur sama adik hazim kat bilik atas. Haziq lepas makan tidur lagi. Asyik tidur ajer. Mungkin sebab makan ubat kot. Bila cik irma ngan uncle musa datang, Haziq bangun tapi buat perangai taknak salam. Pastu ayah yang pakaikan seluar haziq ngan bawak gi taman mainan. Haziq suka main gelongsor. Lepas tuh pak long satu keluarga datang. Haziq tengah tidur terus bangun tengok abang Fizi ngan abang Mimi. Haziq tengok ajer. Sambil pegang botol dua. Pastu bila semua orang makan buka puasa, haziq taknak makan tapi dok baring ajer. Macam lemah ajer.

16/10/2005
Haziq ikut ummi ngan ayah ke pasar tengok fish. Haziq suka main air kat lantai. Waktu tuh hujan. Adik tinggal rumah. Haziq balik terus mintak susu. Pastu ummi masakkan haziq sup ikan. Ummi ngan ayah keluar. Haziq tinggal sama nenek ngan adik Bila ummi ngan ayah balik haziq dah tidur. Haziq bangun nak tolong ummi ngan ayah tanam rumput. Suka. Pastu petang masuk mandi.

25/1/2006
Bila ummi balik kerja, haziq tengah tengok tv. Tak sedar. Pastu haziq tahu, terus dia keluar main basikal kat luar. Masa tuh hujan sket2. ummi suruh haziq masuk tapi haziq taknak. Last2 pujuk kata ada jajan barulah haziq masuk. Bila masuk, haziq dok kacau hazim tengah tidur. Pastu bila ummi ajak makan mee, haziq makan sket ajer. Malam, ummi ajak haziq sekali pegi klinik check adik demam, pastu haziq suka main gelongsor kat klinik tuh. Bila balik rumah, haziq suruh adik minum ubat, kalau tak abnag matikan tv.. Ewah…pandai suruh adik minum ubat ya…

No comments:

Post a Comment