Saturday, June 03, 2006

Bersama








Lama dah tak masuk blog. Bila tengok orang lain nyer blog best-best, barulah berkobar nak update blog. Abang, Haziq dan Hazim sampai nihon 13 May 2006. Life jadik sibuk dengan keluarga. Dua minggu selepas semua ada, tv jadik dua, kami pakai kereta suzuki alto (dapat free dari kohai), skypark (nak tengok World Cup), komputer baru, webcam dan macam2 benda kecik yang baru. Dulu kami bujang waktu datang sini so banyak perkara pasal nihon yang kami tak tahu. Tapi bila dah ada anak2 baru tahu yang kalau anak belum sekolah rendah, perubatan semuanya free dengan syarat masuk Health Insurance (bayar setahun seoarang maybe dalam 12,000yen). Nih ada gambar2 Haziq dan Hazim dan keadaan rumah dalam International House kat Yamaguchi University. Bilik family di Yamadai nih ada 2 bilik ngan living room plus dapur yang besar. Tapi kami guna 1 bilik tidur ajer. Oh ya, tuh gambar Hazim Waiz tengah tidur tengahari.

Kami dah jalan2 naik kerata gi Houfu (tempat mensetsu Abang), Ube ngan kawasan sekitar Yamaguchi shi nih. Bandar tak macam Saijo, Hiroshima tempat kami study dulu. Lebih banyak kedai2 kot. Cuma International Shop ajer yang kami tak pergi lagi sebab stok makanan kami bawak utk 3 bulan. Nih ada dua kotak lagi on the way.

Sekarang nih tengah fikir mana nak letak Hazim Hazim kalau nak gi sekolah and abang gi kerja nanti. Maybe nak mintak tolong orang jaga rather than hantar Houikuen (nursery) sebab risau diaorang kecik lagi. Kalau dah pandai cakap barulah hantar kat houikuen. Tapi tengoklah dulu sebab houikuen penuh sekarang nih.

Oh ya, hari nih kami nak gi Ube ambik barang2 kecik dari orang Indonesia yang akan pulang (Pak Arifal dan Kak Wardah). Nak ambil almari2 yang besar2, bilik kat sini kecik so takperlah. nanti kalau pindah rumah baru beli.

2 comments:

  1. Anonymous12:29 PM

    aaa...natsukashinya tengok rumah style jepun ni....besar jugak ek kaikan tu....by the way semua sihat ke?

    ReplyDelete
  2. myzatt, pecah rekod sebab orang pertama dok post comment kat sini. Alhamdulillah semuanya sihat. Hujan jer saikin la..

    ReplyDelete