Wednesday, February 22, 2006

Hazim`s Growth Diary



9/10/2005
Hari nih Hazim cukup setahun. Tapi masih belum nak jalan sendiri. Hazim suka main kuali ngan barang2 kat dapur. Hari nih pak long datang so ummi sibuk masak. Sebelum tuh Ummi tidur sama hazim kat bilik atas. Hazim tidur lama. Bila ummi sibuk masak hazim merengek nak ikut ummi. Petang, ummi bawak hazim gi taman mainan. Hazim suka main gelongsonr. Bila ummi naikkan buaian hazim suka. Abang haziq ajer yang gayat. Pastu ummi balik nak masak sayur. Bila pak long satu keluarga datang hazim taknak ngan ramai orang jadik bila semua orang bukak puasa hazim ikut nenek masuk bilik. Bila keluar nampak umii, hazim nak ikut ummi. Hazim dok sebelah ummi makan keropok. 3 keping!!banyak. Hazim suka makan keropok.

16/10/2005
Hazim dah boleh jalan. Maybe raya nanti mesti dok tengah dapat kaki. Hazim kata nenek, makan sikit. Takperlah nanti ummi belikan vitamin. Tapi hazim susah makan ubat. Bila buka puasa hazim ikut nenek sebab hazim tak mahu dudk dalam kerusi diam2..karang ummi tak boleh makan. Haziq pulak susah nak makan malam. Hazim dah pandai panggil abang!. Comel.. Geram tengok hazim.


25/1/2006
Dah lama ummi tak tulis dalam ni. Hazim dah pandai cakap banyak. Abang, ayah, tok abah, tok mak, nenek, jom. Cuma tak pandai kata ummi ajer. Bila suruh sebut ummi, hazim kemam mulut.

Bila balik dari kerja nenek kata Hazim demam. Ini mesti kes jangkit ngan ummi. Hazim tengah tidur kat atas karpet depan tv. Bila ummi tengah dinner ngan ayah, abang Haziq gi kacau2 hazim. Hazim macam dah sedar tapi bila dengar suara ayah ngan ummi, hazim pun bangun nangis nak ummi. Ummi rasa dahi hazim tapi tak panas. Cuma ada selsema ngan batuk ajer. Bawak gi klinik, Hazim tengok doktor macam garang ajer. Nak marah. Doktor ngan ummi boleh tergelak sama tengok hazim punya muka. Garang dan serius habis. Bila sampai rumah, ummi bagi hazim ubat,. Susah nak makan ubat. Last2 hazim telan gak. . Tidur….

No comments:

Post a Comment